Ads
April 5, 2009
Day 5 - Shopping Trip to Jakarta-Bandung : Final Day
Our flight pulang ke KL petang. So, pagi tu kami bersiap packing barang yang hendak dibawa balik. We still have time to shopping kejap kat Mangga Dua. Last minute shopping untuk menghabiskan rupiah yang tinggal saki baki.
Kami keluar rumah jam 10.30 pagi. On the way to airport tu, singgah jap kat ITC Mangga Dua. Pak Sopir bagi kami masa setengah jam sahaja untuk bershopping. Dengan sepantas mungkin kami berpecah dan sempat mencapai 2 helai blouse, 2 jenis brooch dan barang make-up yang dipesan oleh Kak Rose. Setakat shopping di ground floor sahaja.
Jangan tak tau kami punya beg dan barang-barang shopping yang hendak dibawa balik KL penuh satu Innova dan sampai cecah bumbung. Belum lagi beg yang dipangku atas paha. Begitulah perempuan kalau bershopping. Sanggup buat apa sahaja asalkan hajat nak bershopping sakan dipenuhi. Itu belum cerita excess baggage yang kami kena dek AA tu. Bila bershopping tak berhingat pastu bila dah kena excess terus terdiam. Barang yang kononnya murah dah jadi mahal after campur tolak excess tu. Itulah penangan shopping kami berkampung 5 hari di bumi Jakarta dan Bandung. Akan tetapi kami tetap jadikan Jakarta sebagai destinasi tahunan kami untuk bershopping. Gonna miss Jakarta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Post a Comment