Ads

April 2, 2009

Day 3 - Jakarta-Bandung Shopping Trip : Tanah Abang


Hari ke-3 kami di Jakarta. Lepas breakfast kami menuju ke Tanah Abang for shopping. Dekat aje hotel kami ke sana. Tapi kami amik keputusan untuk naik mikrolite...satu pengangkutan awam yang ringkas dan senang selain bajaj. Mikrolite ni macam van jugak. Hanya bayar Rp1k untuk sampai ke Tanah Abang...dekat yang amat.

Kami terus menuju ke Blok F. Sempat borong telekung, blouse dan kain batik di sini. Kedai-kedai kat Blok F masih di bangunan lama...so agak panas sedikit. Kat sini juga adalah jualan borong. Kalau kita beli dengan kuantiti yang banyak, dapatlah harga murah lagi. Kita kena pandai bargain serendah-rendahnya. Try jugak cakap Indon dengan penjual ni tetapi akhirnya dorang dapat tau gak i ni bukan orang sana. Padahal dah siap-siap pakai tudung cara sana.

posing dgn Shima
dengan mama tengah beli telekung kat Blok F
kain lace yang cantik


Selepas itu, kami jalan depan sikit ke Blok A. Blok A ini terletak di bangunan baru dan di dalamnya ada aircond. Agak selesa sikit berbanding Blok F. Kami terus ke Tingkat 8 for lunch. Ada food court di sini dengan pelbagai jenis makanan. I makan Texas Friend Chicken..saja nak mencuba. Lupalah plak nak snapping kat sini. Dah lapar sangat ler tu.

Di Blok A, kami sempat beli kain lace, langsir, baju kebaya yang dikirim oleh Cik An dan pelbagai jenis tudung yang cantik-cantik belaka. Memang puashati sangat sebab sempat beli mcm-mcm fesyen tudung dengan pelbagai jenis warna. Senang nak matching dengan apa-apa baju. Kebaya kat sini memang cantik. Setiap tahun datang sini, mesti fesyen kebaya akan bertukar ganti. Tu yang i suka sangat. Kain-kain lace pun mcm2 jenis ada....sekarang banyak lace jenis sulam yang memang superb.



Sempat juga menemankan Shafik tolong carikan pakaian pengantin jawa yang akan dipakai di majlis perkahwinannya nanti. Waduh...cantik dan murah banget. Baju dah siap jahit dan beads yang sarat hanya RM100+++ sahaja. Kalau beli kat Malaysia boleh sampai beribu tu. Shafik juga sibuk mencari kain batik jawa yang sesuai untuk dipadankan dengan baju dan kebaya. Siap belangkon tu. Apa tu belangkon??? Topi jawa tu lah. Shafik, ko pakai belangkon tu memang persis orang jowo ler.

Kita jadi giler ler bershopping di Tanah Abang ni. Sehari suntuk kami di sana terasa masa berjalan begitu pantas sekali. Itupun tak banyak floor yang kami pergi jelajah. Lama sangat kat Lantai Dasar untuk beli kain. Next time kalau datang lagi, memang kena gi 2 hari berturut baru boleh cover semua bahagian.




Cantikkan...kebaya-kebaya ni...



tak byk posing kat sini sebab busy shopping..hehehe
suka sangat fesyen-fesyen tudung di sini...murah plak tu
Bangunan Blok A Tanah Abang...masa ni dah nak balik
muka penat bershopping...balik naik mikrolite

jam kat sini...nampak tak hotel kami tu...dekat aje dgn Tanah Abang

Esok paginya my mum and my auntie sefamily akan berangkat pulang ke KL. But, I and the others akan sambung lagi sehari stay kat Jakarta.

6 comments:

awin said...

bgaimana cara untuk ke tanah abg dan berapa kosnya,hotel yg d tnh abg 2 apa namanya?juga budgetnya.tq

awin said...

kalau dr airport nk g tanah abg naik apa?berapa kos?apa nama hotel kat tanah abg n budgetnya?tq

Leez M. Saaid said...

Awin - Nama hotel tu Hotel N1. Kalau from airport ke hotel tu hanya Rp150,000 melalui pak erwan. Phone number dia ada dalam entry yg awal. If naik cab pun boleh....Rp90,000 rasanya. Kalau u ramai 4 orang...better naik avanza pak erwan. Call him first b4 u come.

Anonymous said...

betowlke ke kebaye kat bandung murah2..klu cam kebaye kat atas yg cantik tu brp sepasang...? sye nak bajet sbb bln 12 ni sye pown nak pegi jugak..

Unknown said...

assalamualaikum...
kak nak tanya kalau guna pak erwin ok ker...
kira hotel yang akak tinggal tu berapa harga dan boleh ke jalan kaki pi tanah abang

Unknown said...

Assalamualaikum...
kak nak tanya kalau tinggal di hotel tu berapa semalam dan boleh ke jalan kaki dari hotel ke tanah abang...
pak erwin tu ok kee