Ads

April 9, 2009

AF7 Concert - 4th Week


Ni dah konsert ke-4. Layan jap konsert dengan Nor, Yat dan Alya kat Stadium Bukit Jalil. Dah minggu keempat tapi baru first time i tengok konsert betul-betul habis dari awal hingga ke akhir. Minggu-minggu sebelum ni busy memanjang setiap malam minggu. First week tengok konsert half way coz ada wedding invitation malam tu. Second week plak outstatio ke Jakarta. Third week busy dating with my dear. Forth week ni barulah free layan konsert kat stadium bukit jalil. Thanks Nor for the ticket.

For me, forth week is the best concert so far. Rata-rata vocal pelajar kali ni memang superb. Performance pun mantap sebab can see they all macam dah biasa buat show. Mereka diberi peluang menyanyikan lagu2 popular dari penyanyi top Malaysia iaitu Amy Search and Datuk Siti Nurhaliza. Tribute for them. Bukan senang woo nak nyanyikan lagu2 depa berdua ni. Amy biasalah dengan genre rock and Siti dengan lagu2 popnya yang mendayu2. Tetapi pelajar2 ni membuat persembahan dengan begitu cemerlang sekali.

Pelajar cemerlang pilihan i malam tu ialah Hafiz (suka suara dia), Claudia (bestnya lagu Amy tu) dan Zizi (you rock babe!). Tapi sayangnya dan sedihnya bila Zizi terkeluar malam tu. Rubisa pun terkeluar. Both of them telah memberikan persembahan yang bagus sekali. Tapi apa nak buat...pilihan ditangan penonton. Walau bagus camanapun tapi kalau penonton tak nak undi...maka rezeki tidak memihak pada mereka. So sadlah Zizi terkeluar. And one more thing i like dengan attitude Zizi yang selamba dan bersahaja di Dairi.





pentas AF....lighting byk sangat.....dewan jadi panas....aircond tak kuatlah

kami duk di belakang penyokong2 Aril.....bingit betul depa ni..

di saat2 Rubisa terkeluar...
sorry gambar agak blur..
with alya.....
with yat...


Yang tak best pasal konsert AF kali ni :
1. Dewan panas, aircond tak cukup power...berpeluh kami tau.
2. Tak nampak jelas pelajar menyanyi....dihalang oleh kepala-kepala orang. Kalau orang tu tinggi, bukan tengok orang menyanyi tapi tengok kepala orang.....hampeh tul. Macam kat dewan MPPJ dulu tu lagi best.
3. Muzik agak kuat!! Berdentam-dentum telinga kami.
4. Ayooh! Lighting pentas betul-betul fokus ke muka kami...silau weehhh.
5. Kami bengang betul dengan petugas Astro yang berlagak dan macam bagus. No camera dalam dewan. Tapi nak tegur tu baik2lah sikit. Janganlah buat muka bengis mcm nak pukul orang. Menjerit panggil orang macam kita ni buat kesalahan besar pulak. Kok ye pun 'eksklusif' namanya tak boleh amik gambar....takkanlah amik gambar sendiri pun kena sound memaki hamun macam tu. Siap gertak nak rampas kamera tu. Macam bangang kan. Hello Astro....i pun selalu attend TV3 punya program live lagi....i amik gambar selamba tak pernah kena sound pun...ok aje. You all ni memang banyak songehlah. Tolonglah jangan berlagak dan tunjuk kuasa.

2 comments:

Rosmawati Idris said...

wah! panas nampak!!..nampaknya tak semangat la akak nak p tenguk pas nih...but elok gak leez hentam cam tu..astro ni memang berlagak!!

Leez said...

memang geram kak. Astro ni berlagak sangat. Takda eksklusif mana pun AF ni.