Ads

April 3, 2009

Day 4 - Shopping Trip to Jakarta-Bandung : Bandung


Hari ke-4 kami ke Bandung. Perjalanan ke Bandung mengambil masa 2 jam melalui highway. Kami tak ikut jalan melalui Puncak sebab jauh ikut jalan tu.....jam pulak tu. Singgah sebentar di Dunkin Donut tepi highway for breakfast. Sempatlah jamah sandwich kat sana. Sedap tu.

So, sampai di bandung jam 9.30 pagi. Kami langsung terus ke Pasar Baru. Kalau nak tau, sebenarnya banyak lagi benda yang kami tak sempat membeli di Tanah Abang. Plan shopping kat Pasar Baru aje. Tau tak...kami spent time about 6 hours di sini...muahahaha...tak ingat dunia betul. Lunch pun kami skip semata-mata tak nak buang masa di Pasar Baru. Nak tengok apa yg ada kat Pasar Baru....see pictures below.


breakfast kat Dunkin Donut....
ahli pasang gigi....muahahaha
pelbagai jenis lace di sini...tapi lagi cantik kat Tanah Abang
tak byk snapping kat sini...busylah konon tu..
kedai utk tempah langsir pun ada...
Lantai 4...tempat jual kain-kain
pilih alya...jgn tak pilih....tengok tu Shima sakan berposing..heheh
plastic bag kiri kanan penuh dah....

Kat sini i sempat shopping beberapa helai kain ela untuk dibuat baju kurung. Oklah harganya kena pandai bargainlah.
Terus terang bgtau, i lebih suka shopping kat Tanah Abang berbanding di Pasar Baru Bandung. Ini adalah kerana harganya lebih murah, fesyen lebih up to date dan banyak choice. Fesyen tudung, kebaya dan kain lace kat Tanah Abang lebih terkini dan cantik. Tiap tahun singgah di Tanah Abang mesti fesyennya bertukar ganti . Tetapi di Bandung sama aje fesyennya. Satu lagi di Pasar Baru ni ramai bebenor orang Malaysia. Sebab ramai orang Malaysia depa letak harga tinggi dan susah betul nak bargain serendah-rendahnya.
Uniknya tentang Bandung, sebab kat sana banyak Factory Outlet. Ada pelbagai jenis pakaian jenama terkenal dijual di sana. Tapi awas! ada yang palsu. So, kena hati-hati memilih yang asli. Harga pun berpatutan dan banyak choice.

Pasar Baru Bandung

Kat Lantai Bawah belah luar ada jual pelbagai jenis pisang salai dan keropok

i borong 10 packet pisang salai goreng....sedap tu!!
Dah 6 jam shopping kat Pasar Baru, kami teruskan perjalanan ke Paris Van Java Mall sebab alya nak beli baju Polo. Masa ni baru terasa perut dah lapar bebenor. So, kami makan di Pak Chik Met Restaurant...makanan sunda di Jalan Sukajadi. Dulu 2 tahun lepas, pernah makan di sini. Memang sedap terangkat. I order set makanan ikan gurame, sotong dan udang. Hanya RM15 sahaja...murahkan. Memang sedap hingga teringat-ingat.
Kami belum shopping di Factory Outlet. Sempat singgah di Rumah Mode aje...itu i tak beli apa-apa. Tak jumpa apa yang i nak. Masa tu dah gelap malam. Kaki pun dah penat berjalan sana sini. Nak pergi FO yang lain pun dah tak larat.
It sahaja catatan perjalananku ke Bandung. Masa yang agak terbatas dan pendek. Segalanya amat pantas dan ringkas.

kat Paris Van Java Mall
kat Restoran Pak Chik Met

sedap makan kat sini....yummy

makanan sunda ikan gurame
FO Rumah Mode

4 comments:

Sharunizan Mohamed Mahusin said...

salam..
nak tahu la brape kos supir dr jakarta ke bandung. then pergi pagi balik malam ke?
tq

Leez said...

Rp450K sehari...pergi dan balik.

Anonymous said...

http://eviewtravel.blogspot.com/

Anonymous said...

salam..tanah abang 2 dekat mna??