Ads

September 8, 2014

Day 2 : UK Honeymoon Trip - Bayswater & HRC London


Tadaaaa...I'm back.
Dah jumpa memory card.....alhamdulillah.
Terkezut kejap bila tengok pic suamiku......kurusssssnya. Sekarang dia dah gomokkk....pipi penuh dan ada double chin. Alhamdulillah pandai isterinya menjaga makan minum dia yea...hahaha. Ok jom kita sambung kisah percutianku bersama suami di kota London ini.

Dari Westminster kami bergerak ke Bayswater pulak. Di tangan kami ada tube map....so refer pada map tu kami turun naik tube sehinggalah sampai ke station Bayswater. Kenapa agaknya kami nak ke sini? Rupanya semalam lagi my husband dah bermessage dengan lecture dia masa belajar di UIA Kuantan few years ago. The lecturer ternampak kami update status di FB bahawa kami sedang honeymoon di London. Rupanya lecturer dia pun berada di London kerana menghadiri conference di sana. So....his lecturer Bro. Said contact my husband ajak lunch di Bayswater sebab nak belanja kami as newly wed. Wahhh...best tu rezeki kami namanya. So janji dengan dia nak jumpa jam 3petang di depan station Bayswater. Jujur cakap....first time aku jejak tempat ni walaupun dah 2 kali sampai London sebelum ni. Sebaik sampai.....terus aku jadi teruja.....jom tengok gambar2 kami di Baywater.


husband ku yg kurus ketika ini....bergambar di tube station bawah tanah di Bayswater.

kami tunggu Dr Said di depan phone booth ni. Sementara tunggu dia datang....jom kita posing di sini sat.

Inilah dia bandar Bayswater. Tempat ni memang happening sebab....banyak makanan halal, banyak restoran Malaysia, banyak hotel yg harga reasonable, souvenir murah dan Malaysia Hall pun terletak di sini. Dari sini boleh jer naik bas untuk ke Oxford Street...dah dekat. Di sini juga dekat dengan Hyde Park...sebelah ajer.

Nak makan apa sajer...semua ada di sini. Orang Asia pun ramai di sini. Muka student dan pelancong Melayu memang bersepah2.

Salah satu restoran yang kami lalu di sini...iaitu Restoran Rasa Malaysia. Aku tak pernah makan di sini....tapi Bro Said kata....food di sini kureng. Entah....sebab tak pernah rasa pun.

Tu dia Bro. Said.....yg tinggi lampai...merupakan my husband's lecturer di UIA Kuantan. Akhirnya kami memilih untuk makan di sini.

kami order 3 jenis makanan bergoreng iaitu nasi goreng, mee goreng dan kuetiaw goreng dan makan share sama-sama. Setiap pinggan adalah big portion. Percaya tak...kami dapat menghabiskan makanan tu semua sehingga licin.....lapar benar lah tu. Yelah...dah jam 3 petang baru nak makan....pulak tu cuaca sejuk. Bila cuaca sejuk...perut memang cepat lapar. Lama juga kami lepak di sini...sambil berborak pasal travel dengan Bro Said.....rupanya dia juga seorang kaki travel mcm kami. Selepas habis conference di sini...dia sambung cuti tour Europe pulak untuk yg entah berapa kali. 

Lepas makan....Bro Said kata jom kita layan teh tarik pulak di Malaysia Hall. Ok jom...kami kena jalan sikit untuk sampai ke Malaysia Hall. Kat bawah bangunan tu ada restoran. 

tu dia....layan teh tarik di London. Bila cuaca sejuk mcm ni memang segar giler bila pekena teh tarik yg sedap di Malaysia Hall ni.

di sini juga ada jual makanan lauk pauk masakan melayu...nampak sangat menarik uolsss.

nampak few students sedang makan di sini. Mat Saleh pun aku tengok layan makanan melayu di sini. Ok nak jalan tempat lain pulak. Masa ni Bro Said nak gi jalan2 di Oxford Street...naik bas ajer dia kata. Thank you very much for the foods and belanja us makan2 di sini. Nice meeting you bro. 

Kami meneruskan perjalanan dengan hanya berjalan kaki ajer di sini. Jom kita cari souvenir di sini. Aku plan nak beli di sini ajer....malas nak buang masa gi beli tempat lain. Kat sini pun dah murah.

Di kedai ni aku beli London FM...dapat 12 biji for GBP10....murah kan? 

my husband first time tengok kedai souvenir yg ada pelbagai jenis barang mcm ni...dia sangat teruja. 



jadi giler tengok brg2 di sini. Aku hanya beli FM, tshirt, sweater, bag dan Ahmad London Tea di sini. Yang lain semua...aku dah ada byk koleksi di rumah...cukuplah tu.

oklah beli sepasang untuk kami berdua. Kami pun beli sweater London di sini....ok price not bad.

ahkak pun nak posing di sini uolsss....tiap kali datang London mesti jugak nak posing...walau entah yg ke berapa kali hehe. Masa ni dah nak maghrib....jom kita beredar ke tempat lain...cuaca pun makin sejuk dan kaki pun makin sakit.

beginilah keadaan escalator di dalam tube di London.....panjang dan tinggi. 

Kami nak pi HRC London....husband kata nak beli tshirt.


Direction to Hard Rock Cafe London
1. Take the tube to Green Park station (Victoria, Jubilee, Piccadilly Lines)
2. Come out the North Exit
3. Walk along Piccadilly towards Hyde Park Corner


tadaaa kami dah sampai. Husband pilih design tshirt ini untuk kami berdua.

ramainya orang nak masuk ke cafe....kami hanya mampu bergambar di luar ajer. Perut dah kenyang kan.



susah betul nak minta tolong orang ambilkan gambar kami....sebabnya semuanya buat hal sendiri dan buat tak tahu dengan kami uhukkk. Akhirnya ada seorg minah salleh ni yg juga tourist ambilkan gambar kami. Kami pun ambik gambar dia juga. 

balik tu nampak Mark&Spenser supermarket....nak beli biskut katanya. Aku borong mcm2 jenis biskut di sini...sedap my feveret. Kali ni aku banyak borong biskut berbanding coklat....biskut sana memang sedap 

My husband kata jom kita lepak kat area ni kejap sebelum balik ke hotel. Happening tempat ni. Masa kami sampai di sini...husband ternampak Lillywhites sports branded outlet....ada sale masa ni. Besar giler kedai ni. Aku malas nak naik atas...husband aku yg jadi giler shopping barangan sukan di sini. So aku just duduk di bawah melihat telatah warga remaja London bershopping di sini. Itulah aku.....suka memerhati kan perangai, budaya dan lifestyle orang luar. 

Untuk ke sini turun di Station Piccadilly Circus. 

Orang makin ramai di sini merakamkan gambar2 bangunan menarik yg bercahaya.

Makin lama makin ramai orang......aku pun makin rimas. Badan dah penat, kaki sakit dan cuaca sangat sejuk.

jomlah kita balik. Kami menuju ke Victoria Station semula untuk catch train to Gatwick. Masa ni dah jam 9.00 malam waktu UK.


Sebaik sampai di hotel...tetiba rasa lapar pulak. Nasib baik bawak maggi cup. Heheh...laki bini layan maggi cup di dalam hotel...walaupun sebenarnya kami tak minat manggi. Bila dah travel mcm ni.....belasah ajer. Ok esok kita sambung lagi percutian di London untuk hari yg ketiga. Dalam diam my husband dah buat beberapa research tanpa pengetahuan isterinya.....ke manakah dia nak pergi tu???? Tungguuuu......


p/s - alangkah seronok kalau dapat menjadi seorang ahli perniagaan...InsyaAllah satu hari nanti.






5 comments:

Anum said...

bestnya

Mizs Kay said...

hi dear..nak g sports outlet n mark n spencer tu turun kat picadily circus?

Leez M. Saaid said...

Misz Kay,

Yeap...di station Picaddily Circus

Unknown said...

Assalam,

Minta maaf tuan blog.. Mohon kebenaran nak iklankan homestay kami di London.

http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/

Minta maaf dan terima kasih ye tuan blog.

Unknown said...

salam sis,

stay dekat hotel mana ya ?