Ads

September 11, 2014

Day 3 : UK Honeymoon Trip - Chelsea Football Club (Stamford Bridge Stadium) & Harrods


Salam semua.
Bersambung lagi.
Dari Victoria kami naik tube dan berhenti di Station Fullham Broadway untuk ke Stamford Bridge Stadium iaitu Chelsea Football Club. Aku tak tahu apa2 benda pun pasal nak pergi ke stadium ni. Nak berhenti kat mana pun aku tak tahu langsung. Cik abang aku yg sangat beriya-iya dan over excited. Agaknya malam tadi dia tidur siap terbawa-bawa dalam mimpi. Dia sebenarnya peminat MU Club bukan Chelsea tetapi impian dia adalah utk menjejakkan kaki ke stadium bolasepak utama Club Liga Inggeris di UK ni. Senyum sampai ke gigi uolssss.

Apabila kami sampai di Station Fullham Broadway.....kena jalan sikit lebih kurang 50 meter akan terus nampak Stadium....dekat yang amat uolsss. Alangkah bertuahnyan kita kalau Stadium kat Malaysia mcm ni. Di keliling stadium ialah kawasan perumahan penduduk di sini. Bukak pintu rumah dah nampak stadium. I can't believe it when first time arrived here. Totally different ....tak sama mcm negara kita. Maknanya kalau nak ke stadium ni jangan gatal nak bawak kereta bagai. Guna tube dan jalan sikit terus nampak stadium. Mudahkan!!!!


cuba tengok tangan husband aku bila dia tengok tix dah sold out. Hehehe....taklah sebenarnya bukan mcm ni....dia bukannya nak beli ticket pun...giler nak beli dan tengok bole time ni!!! Bukan perkara mudah tu. Dia buat mcm tu untuk memberitahu bahawa dia bukan Chelsea Fans....He is MU Fans you know.... hehehehe!!!!

walaupun husband aku bukan peminat Chelsea tetapi dia tetap jugak nak dtg ke sini nak tengok sendiri stadium ini. Aku tak larat nak tawaf keliling satu stadium.....aku biarkan husband gi sendiri. Mak rela jadi penunggu di depan ni.....hinggakan ramai pelancong yg minta mak jadi jurufoto utk mereka...hahaha. Tak kisah lah....dapat gak pahala bantu orang.

tengok tu...mesti dalam hati dia kata.....Aku bangga dapat sampai sini!!!

Bini pun tak mau kalah berposing....walaupun dalam hati kata....cepatlah nak balik!!!!

kat belakang tu ialah rumah orang.....boleh?

me @ Chelsea Football Club

tu dia...berangan tak sudah. Kononnnnnnnn!!!!!

aduhaiiii...siap letak tangan atas bahu orang tuuuuuuuu......sib baik gambar tu tak bernyawa.



Mesti uolss nak tengok wajah-wajah husband aku ketika memegang piala tempohari. Biar betul ni. Bila masa plak dia jadi player bolasepak....tetiba jer nak pegang piala. Jom kita tengok...

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>








waduhhhh...mcm real lah cik abgku pegang piala tu......siapa senyum tersengehh!!!!

ni plak macam nak berebut jer piala tu...hahaha

Cuba tengok mulut dia ternganga besar persis kononnya dialah player Chelsea sebenar...hahahaha....propa jer tu!!!

inilah dia Stadium Stamford Bridge. Kami tak amik tour stadium sebab tak cukup masa. 

husband aku keliling luar stadium sendirian sambil snap gambar2 apa yg ada



untuk pergi ke stadium tour kena melalui pintu ini.



kalau nak beli merchandise ada di sini. Kami tak beli apa2 pun. Sebab dah aim nak beli kat stadium lain.



ok dah selesai...jom kita balik gi tempat lain. Beginilah keadaan jalan di luar stadium utk menuju ke tube stastion. Jalanraya lengang giler...sunyi ajer. 

kat belakang aku tu boleh nampak tak signboard tube station...di situlah Fullham Broadway Station.

Sebelum ke tempat lain kami plan nak singgah ke Harrods dulu. The nearest tube station ialah Knightsbridge Station. 

Di kawasan ini banyak terdapat butik2 branded outlet. Tempat ini happening dengan pelancong yang hendak membeli-belah. 

wahhh...dah nampak Harrods. Second time aku jejak tempat ni. Dulu pergi waktu malam.....kali ni aku jejak waktu siang. 

walaupun kat KLCC ada butik Harrods....tapi tetap berbeza bila kita sendiri jejak Harrods London yang sebenar. 

pusing punya pusing dalam tu.....jadi giler jap bila masuk bahagian Food. Giler tengok coklat, candy, cakes dan mcm2 lagi. Department lain jangan cakaplah....aku tak mampu nak membeli uolsss.



nak tau tak apa yg ada disebalik plastik putih jenama Harrods tu???

ini ajer yg kami beli hahaha. Sampai ke hari ini jem strawberry tu masih belum dibuka lagi hehe. 


Di tepi bangunan Harrods ni juga kami melepak duduk kejap sampai memerhatikan telatah pelancong di sini. Aku pun buka bekalan roti sardine yang aku buat pagi tadi. Perut pun memang dah lapar bebenor. Crackers tu pun kami buka dan makan di situ jugak. Sambil makan dan borak2...kami ditegur oleh seorang wanita yg berhijab membawa stroller baby yg ada baby dalam tu. Dia menadah tangan sambil meminta wang dari kami. Aku terkejut sebab yang meminta tu seperti bukan orang tempatan tetapi orang luar yang mana mukanya persis orang pakistan atau India.

Di belakang kami ada sekumpulan wanita Arab yg juga berhijab menegur aku supaya jangan beri wang pada perempuan tadi sebab dia berniat tak baik ingin mencuri sesuatu dari bag. Mereka siap pesan kat aku supaya berhati2 dengan bag. Bila perempuan tu nampak sekumpulan wanita ni bercakap....dia terus lari meninggalkan tempat kami hingga tidak kelihatan. Tak berapa lama kemudian selepas sekumpulan wanita tu beredar....perempuan tu datang kembali tetapi kali ni dia mengganggu pelancong2 yang lain. Memang nampak dia sangat mencurigakan. Tapi yang aku sedih...dia berhijab dan membawa baby. Apalah agaknya pandangan pelancong lain bila melihat perempuan Muslim ini jika betul2 kantoi mencuri. Akhirnya Islam juga yang akan mendapat tempias kata2 kesat golongan ini. Sedihlah.

Then, kami pun beredar dari situ dah ke destinasi yang lain pulak. Ke manakah kami??? Tunggu next entry kay......

p/s - makin lama makin malas......kenapa yea?







2 comments:

j.e.j.a.r.i. said...

maksudnya...dari Fullham station kena naik semula tube ke Knightsbridge Station to go to Harrods & all those branded outlet?

tata said...

salam kak.. terbaiklah info2 & perkongsiannya...

nak tanya kak...mcmna perjalanan dari Malaysia klu nak ke Chelsea ni?? teringin betul mau melancong tahun depan...tp, langsung tidak tahu mana nak mula & mana nak pergi utk sampai ke Chelsea... thanks