Ads

September 24, 2014

Day 6 : UK Honeymoon Trip - Northampton



Salam semua.
Hari ke 6 kami berada di Northampton. Hari ni tak nak pergi jauh2 sebab plan nak masak sedap2 skit today. Tetiba aku rindu masakan Malaysia (padahal baru jer 6 hari di negara orang). Husband aku kata dia nak makan nasi lemak air tangan isterinya. Maklumlah sejak kami berkahwin aku belum sempat masak untuk dia. Yelah kan...lepas 3 hari menikah dah terbang ke negara orang hehe.

So pagi tu kami dah bergerak ke bandar Northampton untuk membeli barang mentah untuk memasak. My friend cakap masak ajer lah apa sajer you nak masak. Selain daripada nasi lemak...aku plan nak buat rendang ayam....kononnya. Agak2 aku sempat tak nak masak rendang tu...hehehe.


hari ini cuaca sangat cantik...terang benderang. Spring @ Northampton

sempat singgah kat outlet Boots. Aku borong perfume di sini....tapi tak semua jenis perfume yang murah di sini. It depands on what day gak....so aku hanya beli yg murah2 ajer dan kebetulan ada diskaun.

jom kita beli bahan2 mentah di sini. Kawan aku bawa ke kedai Bangla.

aku pun pilih apa benda yang aku nak masak. Alamak....tak semua bahan2 utk buat rendang ada di sini...so kita cancel masak rendang. Kita masak kari ayam ajer lah kay.

geramnya tengok lamb tu......ikutkan semua benda nak masak hehehe

kawan aku kata pizza ni sedap...halal tau!!


Sebaik sampai di rumah, aku terus bersilat di dapur menyiapkan nasi lemak dan kari ayam. Ibaratkan makan nasi lemak untuk lunch sekali lah ni. Maaf lupa nak snap gambar sebab bila busy jangan harap nak pandang camera. Alhamdulillah husband aku menjilat jari sampai licin menikmati masakan isterinya. Pecah rekod....pertama kali merasa masakan isteri di UK hokay...bukan di KL.

Lebih kurang jam 12 tengahari kami ada urusan sikit. Kebetulan isteri kepada kawan aku tu nak jumpa bos dia. So kami ni terhegeh2 nak ikut. Memandangkan hari ni ialah hari Ahad...so boleh jer kalau nak menyibuk kan. Sajer nak tengok tempat orang. Isteri dia bekerja sebagai nurse di sebuah Nursing Home di area sini. Di Nursing Home ini juga bukan takat menjaga orang tua...tetapi juga ada pesakit mental.

Sebaik kami sampai di tempat itu, kawan kami ni terus masuk ke bilik bosnya dan kami laki bini duk di lobby ajer. Husband aku plak kata dia nak gi toilet jap....tinggallah si bini duduk sorang2 di situ. Tetiba......aku ternampak seorang pemuda masuk ke lobby. Ingatkan dia nak duduk...tetapi bukan!!! Pemuda itu datang ke arah aku seperti nak menerkam ....Oh My God.....matilah aku macam ni. Tak semena-mena dia berhenti seketika dan terus memalingkan kepala ke kiri...ke kanan berulang2 kali. Alamak dia nak buat apa ni???? Kaki aku memang nak lari jer masa tu. Tetiba ada orang bersuara di sebalik kaunter di lobby tu. "Hey....what are you doing?". Pemuda tu jawab. " Hmmmm...." Fuhhhh lega mak oi!!! Orang sakit mental rupanya.....

Terus aku nampak husband aku keluar dari toilet. Alahai lamanya dia di toilet.....sian kat bini kena kacau dengan orang sakit mental. Dia tercengang kenapa mamat mental tu ada depan aku...hehehehe. Aku terus kata kat husband...jomlah kita kuar dari sini. Alaaaa.....buat tak tau ajer....jangan pandang muka dia..kata husband aku. Ya Allah...memang seram giler tengok telatah org sakit mental ni. 

Tak lama kemudian .....ada pulak seorang makcik tua ni (juga pesakit mental) duk peluk2 bos kawan aku ni....dia kata dia sayang kat bos tu. Hehehe...lawak pun ada. Bos ni muda hensem...tapi diminati oleh pesakit mental yg dah tua mcm nenek hehehe. Sempat juga aku berborak dengan bos tu.....dia ada gak offer kami bekerja di situ kalau berminat. Tapi kena ikut procedure2 tertentu kalau nak bekerja di UK. Dia takda masalah nak buatkan permit kerja. Takpalah.....kami selesa bekerja di Malaysia ajer. Kat sana banyak potong tax dan cost of living sangat mahal.


Petang tu kami nak lepak2 di taman. Lupa dah apa nama taman ni

baru habis musim sejuk...pokok togel ajer heheeh

Ramai yang membawa anak2 bermain playground di sini

sepatutnya kami nak buat wedding outdoor photoshoot di sini juga...tapi tak larat nak tukar baju dgn cuaca yg sejuk ini. 



apalagi....kami berdating ajer....sambil berposing laki bini huhuhu



kalau pakai baju wedding lagi nampak cantik dgn permandangan mcm ni

menahan kesejukan....padan muka kami tak bawa jacket hehehe....dalam kereta lahhhh

amboi encik....apa hal tu????

tolong ignore fesyen yg ntah apa2 tu...hehehe. Sebab sepatutnya pakai jacket di luar.



 laki bini bergurau senda dan berposing syok sendiri hehehe

 sian si bini dah kena dera sebegitu rupa...hahaha

alhamdulillah dengan perkahwinan ini...


Waktu tu dah nak maghrib. Marilah kita beredar dari sini. Esok ada satu hari lagi untuk kami berjalan2 di bumi Kingdom ini sebelum balik ke Malaysia. Ke manakah kami? Tunggu esok aku update.

p/s - alhamdulillah.....







3 comments:

Sumaiyah Abd Ghani said...

Aww so romantic hihi. i miss the UK!

Jemput baca blog saya :)

zarulfarhana said...

Ala sweetnya..

Badar The Great said...

seronoknye akak tgok uols berdua ...
mmg uols sgt cute. Moga kekal bahagia hga ke jannah . amin.