Ads

September 17, 2014

Day 3 : UK Honeymoon Trip - Arsenal Football Club, Tottenham Hotspur Football Club & Oxford Street


Salam semua.
Bersambung lagi kita di sini.
Dari Harrods kami bergerak lagi naik tube. Kali ini agak jauh sikit. Husband kata dia mesti pergi tempat ini....wajib katanya. Oklah....si isteri turutkan juga kehendak si suami. Syaratnya....tak boleh lama sangat yea sebab kita ada banyak lagi tempat nak pergi. Esok kami dah nak meninggalkan kota London....ke tempat lain pulak.

Aku ikut ajer mana husband nak pergi. Lepas ni kita kene stop ke Arsenal station. Oooooo....nak gi stadium club Arsenal ke??? Oklah sayangku. Sebaik sampai di Arsenal station...kami perlu jalan sedikit lebih kurang 100 m macam tu. Dekat jugak dengan station Arsenal. Yang ni pun dikelilingi dengan perumahan. Buka pintu rumah dah nampak stadium. Aku dengar citer...kalau ada game kat stadium tu....ada jugak yg sanggup panjat bumbung rumah kalau ticket dah habis.. Fuhhh...giler lah dorang ni.


wajib ambil gambar di bawah tube ni...sebagai bukti!!!

stadium ni dari luar memang nampak lebih besar daripada Stamford Bridge Stadium (Chelsea)

masa ni kaki aku dah sakit dan cuaca sangat sejuk...sebab angin kuat.

cewah suami ku.....mcm lah dia yang player plak. Untuk pengetahuan... husband aku ni memang giler bola. Walaupun dia bukan Arsenal Fan tapi dia tetap nak tengok stadium ini depan mata walaupun tak masuk dalam pun.

aduhai....tak tahan tengok bila dia dah start berposing mcm tu....wekkkkk

tu diaa.......ahkak ni jugak yg jadi mangsa tukang amik gambar.

jujur cakap....stadium ni memang gempak lah. Emirates Stadium - Arsenal Fan Club

and again....my husband tawaf keliling stadium tanpa isterinya. Isterinya duk lepak kat tangga tepi tembok menahan kesejukan....angin kuat uolsss.

setelah sakan berposing di sini jom kita balik....kaki aku dah bertambah sakit masa ni

nampak tak perumahan ni....betul2 depan stadium. kelass rumah ko jah!!!

kami masuk dalam ni nak beli merchandise di sini.....jadilah beli beg kain satu hehehe.

this is arsenal station

masa nak balik ke tube station...husband aku kata nak pergi satu lagi stadium kat area london ni...hahhhh????? udahlah tu cik abe oi.....kita pergilah tempat lain pulak. Ikut plan actually kami nak pergi Oxford Street for shopping. Dia kata.....kita kena pergi jugak stadium ni...sebab dah dekat. 

Tau tak kami ke mana???? Dia nak pergi Tottenham Hotspur punya stadium pulak.  Masa kami kat Chelsea punya stadium kami ada terjumpa dengan seorang rakyat Malaysia ni....muda ajer adik ni. Dia datang ke UK semata2 nak melawat stadium. So dia ada berborak dengan my husband pasal stadium2 di sini...yang mana dekat dan yg mana jauh. So dia suruh husband aku gi Tottenham pulak sebab terletak di kawasan London ni jugak. Kami kena stop kat Tottenham station dan amik bas utk ke stadium. Haiyooooo.....nak naik bus no apa plak ni. Husband aku nekad nak pergi jugak.....kita gamble ajer naik bas apa2 kat sini. Ya Allah...gigih betul husband aku ni. Gambar di atas ialah bukti kami naik bas utk ke stadium. Bila berada dalam bas....mcm org tak betul mencari2 stadium kot2 ternampak...hehehe lawak pun ada. So aku memberanikan diri tanya kat mamat yg dalam gambar atas tu.....nak berhenti kat mana kalau nak gi stadium...sib baik dia tolong kami. 

akhirnya kami selamat sampai di sini. Area ni agak sibuk sikit dengan manusia dan banyak kenderaan di jalan raya. Stadium pun agak tersorok sikit. But still tak boleh lawan kegagahan stadium kelab Arsenal dan Chelsea.

Inilah dia stadium nya.



Ini pulak pintu masuk utama bahagian management. 

tengok muka dia...punyalah seronok. Dalam sehari dia berjaya jejak 3 stadium. Itupun dia kata nak pergi lagi satu stadium iaitu QPR Club....ohhhh nooooooo. Cik abe udahlah tu...jom kita shopping pulak.

ada seorang pelancong Jepun tolong ambilkan gambar kami......muka kami pun dah comot masa ni.

kalau sesapa nak ke stadium ini boleh naik bas no ini...dari Tottenham Station kat luar tu ada station bus. Kejap ajer....naik bas dalam 5 minit dah sampai.

Tengok pada gambar di atas mesti korang dah agak di manakah kami ketika ini. Yahoooo boleh shopping dah. Tapi kami sampai dah nak malam uolsss. Ramainya manusia masa ni....macam ulat taik. Aku rasa Oxford Street ni tak pernahnya tak ramai orang. 3 kali aku pergi....mesti jugak ramai manusia. Dari satu ke kedai satu kedai kami bergerak......seronoknya. Tapi yang tak seronok...kaki aku dah sakit sangat2 sebab hari ni banyak sangat berjalan.

cuba tengok di kiri manusia yg ramai dan di kanan kereta yg banyak serta traffic jem pulak tu. Time ni ialah peak hour....orang balik kerja.

Oxford Street...syurga membeli belah di London

wajib beli caramel nuts ini kalau berada di London

Kat Next butik aku banyak beli baju2 utk anak buah kami berdua. So kami nak ke Primark pulak. Tempat shopping paling murah di UK hehehe. Orang kaya tak shopping di sini...tapi jangan terkezut...Che Ta pun shopping kat sini tau....berbeg2 dia bawak balik uolss. For me...harganya reasonable. Bukan semua barang di sini low quality....ada juga yg bagus qualitynya. Aku banyak borong baju tidur di sini. Disebabkan kaki aku dah sakit sangat....aku duduk jer tapi husband aku yg pi cari kan baju tidur utk aku. Mcm2 fesyen yg menarik uolss....harga pun sekitar GBP5  mcm tu. Biarlah dia carikan utk isterinya.....ikut taste dia. Dia juga yg nak tengok isterinya seksi di mata dia kan...bukan utk orang lain pun oppsss heheheh. Sempat juga aku beli seluar jeans di sini......terbaiklah aku suka. 

tu dia... satu paper beg besar Primark.....jomlah kita balik sayang....tak larat nak jalan jauh lagi. Dia pun rasa kaki dah sakit.

Untuk pengetahuan semua...Oxford Street ini sangat panjang dan ada banyak station tube boleh berhenti. Tapi disebabkan Primark ini terletak agak ke hujung jalan...maka aku telah tersalah tube station...jauh kami kena jalan. So station yg paling dekat dengan Primark ialah Tottenham Court Road Station. 


Masa ni dah jam 9 malam. Moh lah kita balik ke hotel. So sama seperti semalam...kami kena berhenti di Victoria terlebih dahulu dan di situ barulah kami amik train lain untuk ke Gatwick. Sebaik kami sampai Gatwick....kena amik bas lagi utk sampai ke hotel. Kami terpaksa keluar dari bangunan tu untuk menunggu bas. Aduhaiiii sejuk sangat di luar...lebih sejuk daripada semalam. Nak tengok camana rupa husband aku menahan kesejukan......




>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>



siannya diaaaaaa.......kesejukan yg amat. Aku agak masa ni -5C.


cuaca yg paling sejuk sepanjang kami berada di London. Pulak tu lambat pulak bas nak sampai. 


Sebaik sampai di hotel. Kami terus mandi air panas untuk melawan kesejukan yg melampau ini. Malam tu kami kelaparan yang amat......juadah kami ialah 2 mangkuk manggi seorang hehehehe. Malam tu jugak kami kena berkemas untuk check out dari hotel esoknya. Esok kami akan berangkat ke tempat lain....ke manakah???? Tungguuuuuuuuuuuuu.


p/s - Next trip.....bulan 11 ni.



2 comments:

zila@akulovetravel said...

2-4 stadium ek cover..minat sungguh cik abe Leez ni..hehehe. Sampai 2 mangkuk magi?? mak aii..hahaha

WawaYuni said...

husband akak gambar depa tangan macam akak la..hehehe