Ads

September 4, 2014

Sembang Travel





Salam semua.
Lama juga rasanya tak borak-borak pasal travel. Entry pasal London tak habis lagi...pastu nak citer pasal negara lain plak hehehe. Sorry uols.....tergendala sebentar journal perjalanan kami ke London. Sebabnya....aku dah lupa mana letak memory kad yang simpan gambar2 kami di London. Bukan hilang....tapi lupa letak di mana. Adohaiiiii........tu pasal lah citer London tak disambung-sambung huhuhu. Sabaq na. Nak sambung citer tu memerlukan persediaan mental yang tinggi....perlu ingat balik banyak benda. Tu yang malas sebenarnya. Tunggu dalam masa terdekat ni.

Now jom kita borak-borak pasal travel. Ramai dah hint aku...bila lagi nak terbang? Lama benar rasanya aku tak terbang ke oversea sejak percutian ke London yang lepas iaitu bulan Mac yg lalu. Lama tuuuuuu!!! Tapi dalam masa 6 bulan tu ada jugak aku gi cuti-cuti Mesia honeymoon bersama en suami. Planning kami nak bercuti manja2 bulan November atau Disember ni....tapi tak tau lagi nak pergi ke mana. Mungkin pergi negara yang dekat2 ajer kot. Sekarang ni agak susah jugak nak bercuti selalu sebab en suami terikat dengan kerja di tempat baru dan susah nak apply cuti lama selagi dia belum confirm. Insya Allah trip untuk tahun depan dah ada...hehehe. Lagipun masa tu en suami dah boleh cuti lama. Dah ada 2 trip untuk bulan Januari (oversea) dan Mac(dalam Mesia)....semoga dipermudahkan percutian kami nanti. Kalau aku masih bujang......rasanya dah melambak flight ticket aku beli hahaha......tapi sekarang kena fikir juga pasangan kita....bukan macam dulu lagi selagi ada ruang...selagi tu nak terbang...hahaha.

Sejak peristiwa MH370 dan MH17 yang lalu....memang agak fobia jugak nak naik flight. Seram ada...takut ada.....macam2 terbayang. Tapi tak boleh lah macam tu....think positive. Ajal dan maut tu semua di tangan Allah walau di mana kita berada....cuma cara kita diambil nyawa berbeza setiap manusia. Yang kita harap ialah agar kita selamat pergi dan kembali ke tanahair di samping yang tersayang.

Banyak juga negara yang aku belum jejak dan nak sangat sampai ke sana. Ke mana kah????

1. India - ramai yg terkejut bila aku kata nak pergi India. Tak panas ke? Tak kotor ke? Kalau korang nak tau...kat negara inilah macam-macam benda aku boleh citer dalam blog. Nak tau apa benda nya.....tungggu aku sampai sana dulu....hehe.
2. Maldives - aku nak honeymoon dengan en suami di tempat yang sangat privacy dan hanya kami berdua ajer di sekeliling. Kami nak swimming dan snorkeling sama2 tanpa gangguan  Aku rasa di sinilah tempatnya yang sesuai.
3. Italy - memang sejak dulu lagi aku nak ke sini dan sepatutnya tahun lepas bulan Nov memang aku ke sini...tapi apakan daya jodoh tetiba datang tanpa diduga. Terus aku cancel. Insya Allah kalau ada rezeki dan diizinkan Allah aku nak jejak negara ni. Salah satu sebabnya? Nak shopping beg berjenama idaman aku di sini....harga lebih murah dan pastinya original. Yang penting....en suami tolong bayarkan yea hehehe. Sebenarnya...banyak tempat2 menarik di sini yang aku nak sangat pergi.
4. Mesir - aku nak tengok depan mata sendiri keajaiban dunia The Great Pyramids of Giza yang menjadi kebanggaan dan mercu tanda negara Mesir. InsyaAllah one fine day.
6. Greece - aku nak sangat jejak di Pulau Santorini yang mempunyai laut berwarna biru permata dipadankan dengan susunan bangunan warna putih di persisiran pulau. Ia terletak pada gunung berapi yang masih aktif. Sila google kalau nak tau lebih lanjut.


Ok cukuplah takat ni ajer. Ikut kan panjang berjela wish list aku ni. Nanti angan jer lebih tapi tak sampai2 pun huhuhu.



 thanks pakcik google

thanks pakcik google


p/s -  angan2 tinggi nak jadi busineswoman tapi mcm tak confident jer....


4 comments:

zila@akulovetravel said...

Hi Leez..lama xbaca entry pasal travel awk. My sis pun teringin nk gi Italy..wlpn saya takde keinginan mcm dia, nanti kena jugak la pergi sebab sebelum ni dia ikut saya gi korea wlpn dia tak suka..hehehe.

ismahasmi said...

salam kak leez. lama perati blog sepi tanpa berita.. uhuhu.. saya memang tunggu2 je entry travel akak.

actually mana2 tempat akak pegi saya pon nak pegi jugak.. lebih2 lagi greece tuh. Mintak2lah dapat pegi suatu hari nanti.

jangan lama2 menyepi ye.. rindu nanti.. huhuhu

Miss said...

Kak syarliz!! amboi nak jalan2 lagi kah? bestttttttt..nak ikuttttt!!

p/s: Kim salam kat kak zila ye..thehehehe

-Miss-

Jari Manis said...

Salam leez, lama betul Jm x singgah sini namun begitu Jm tetap setia nk tahu kisah travel leez tu :-)
Semoga wishlist leez tu tercapai aminn