Ads

June 13, 2012

Korea Be Inspired - Shopping Items


Salam semua.
Ini ialah entry terakhir pasal trip Korea. Muak dah nak update pasal Korea ni. Kali ni aku nak share dengan korang semua barang-barang yg aku shopping di sana dan budget aku ke sana. Jangan ingat aku nak menunjuk plak yea. Ini sebagai guide utk korang bila bershopping di sana. Ada barang yg aku beli agak mahal harganya dan ada yg sangat berpatutan. Korang nilaikan sendiri lah. Maaf ada juga barang yg aku dah lupa berapa harganya....agak2 ajerlah.

Budget aku ke Korea :
1. Flight ticket AA = RM833 (termasuk tax, baggage, insurance and meals)
2. Pocket money (shopping + transport + hotel + food) = RM3,000 and still got balance RM200
3. Total expenses = RM833 + RM2,800 = RM3,633.00

So...korang agak-agaklah berapa banyak duit nak bawak. Sebab aku ni jenis suka shopping...maka aku bawak lebih skit dalam RM3K. Kalau korang tak nak shopping...bawak RM2K pun dah lebih dari cukup. Tapi ingat....kami bawak bekalan makan dari Malaysia. Makan di luar cuma 2 kali ajer iaitu di Itaewon dan Dongdaemun. Yang lain semua makan di guest house...masak sendiri. So dah jimat sikit di situ. Kalau semua nak makan di luar...mmg lebih sikitlah budgetnya dan makanan halal di Korea ni sangat mahal. So...up to you guys....tepuk dada tanya selera di perut anda.


Maaf yea gambar kurang jelas sbb camera aku masih tak dibetulkan lagi. 


cushion cover 5 helai beli di Dongdaemun. Harga KWR 10,000 x 5 = KRW50,000 (RM150)

table cloth 8 chairs (kalau mesia 6 chairs) beli di Namdaemun Market. Harga KRW40,000 (RM120)

alas katil beli di Dongdaemun KRW20,000 (RM60). Aku ada beli 3 pasang kain ela...lupa plak nak snap pic.

comforter beli di Dongdaemun KRW45,000 (RM135)

baju my niece beli di Namdaemun Market KRW25,000 (RM75)

baju and seluar utk my niece KRW5,000 setiap pasang. Total KRW5,000 x 2 = KRW10,000 (RM30)

tshirt Korea KRW5,000 (RM15) beli di Insadong dan KRW4,000(RM12) beli di Namdaemun Market

utk budak kecik baju ni 3 helai for KRW10,000

baju utk my nephew KRW5,000 (RM15) utk sehelai

FM Korea ni satu papan ada 4 unit FM harganya KRW7,000 (RM21) beli di Insadong

semua ni beli di Namsan Tower...lupa dah harganya. Mahal sikit sebab harga atas puncak hehehe. Kecuali yg 2 belah kanan tu harga seunit ialah KRW2,500 (RM7.50) seunit beli di Insadong

keychain ni beli di Insadong KRW3,000 (RM9) setiap satu. Harga keychain ada pelbagai mengikut kualiti dan design. Yg aku beli ni jenis elok skit.

pen tu aku dah lupa harganya. Chopstick ni harganya KRW8,000 (RM24) beli di Insadong

nail clippers ni pun aku dah lupa harganya. Aku agak dalam KRW7,000 (RM21) beli di Insadong

brooch beli di Namdaemun Market. Yg colourful tu harganya KRW5,000 (RM15) dan yg swarovski tu harganya KRW10,000-KRW30,000.

setiap satu lotion ni harganya KRW1,000 (RM3) dan lipstick brand TheFaceShop tu harganya RM4,000 (RM12)

perfume + lotion + body  = KRW20,000 (RM60)

kiub dan namsan tower miniature beli di Namsan Tower...lupa harga

piring hiasan beli di Insadong KRW20,000 (RM60)

cawan lukisan Korea ni beli di Insadong harganya KRW4,000 (RM12)

lupa dah harga ni...beli di Insadong

socks adidas tu beli di Namdaemun Market harganya KRW1,000 (RM3) dan stokin belah kiri tu 10 pasang harganya KRW5,000 (RM15)


Ok tamat sudah entry pasal Korea. Sebarang pertanyaan akan dikenakan bayaran hehehe.....acah ajer. Boleh ajer tanya selagi aku termampu yea kawan-kawan. So, aku tutup dulu cerita pasal Korea ni buat masa ini. Penat betul nak habiskan satu per satu. 

Taraaaaaaaaaaaaa....ada sesapa nak gift di atas?? Kena jawab soalan aku ni kay. Siapa cepat dia dapat. Aku akan pilih sesapa yg menjawap dengan cepat dan tepat.

Soalan :  Kepada yg mengikuti catatan percutian aku ke mana-mana sure dah dapat agak apa benda wajib yg aku akan beli di setiap negara (jika ada). Tetapi di Korea ni...aku tak beli pun benda tu. Apakah itu???

Sila jawabbbbbbbbbbbb....hehehe. Hadiahnya aku akan beri sehelai tshirt i luv Korea dan FM Korea.



p/s - tak sabar nak main lempar2 ais salji di Nami Island plak nanti dengan tuttttttttttt (berangan ajer). Tetiba nangis tengok citer Winter Sonata yg dah 10 tahun basi tu especially tengok hero yg ensem tu menangis meleleh air mata. Uwakkkkkkkkkk......



39 comments:

syu_hada said...

hehehe.tiap2 malam follow pasal entry g korea nih..tp bila nak sampai pun tak tahu..huhuhu..bestnyer cuci mata tgk brang2 yg dibeli...tp baju budak yg merah tu mahal lg ddr yg pink tu ek..mebi material elok sikit kot... ;)

Unknown said...

assalamualaikum,

t-shirt hard rock... betul tak?

Farah

muhamad nizam semail said...

jwpanye makanan ringan...hahahaha...

Thisomimie said...

saya rasa akak lupa beli t-shirt Hard Rock...kan?

Malina Mat Wazip said...

Hi kak leez, nk teka..short glass hard rock cafe =)

Buzu Ediany said...

short glass / tshirt HRC ... yayyy

Bariah said...

saya teka t-shirt dan short glass Hard rock Cafe. heee betul x?

Norkarzihan said...

kak Leez, jawapan die t-shirt hard rock cafe!

Norkarzihan said...

kak Leez, jawapan die t-shirt hard rock cafe..

Azi said...

Saya nak jawab...fridge magnet...lame betul tunggu kisah percutian korea akak ni habis...tertunggu-tunggu tiap hari.

budakkglarkin said...

Salam,

Okay since Leez dah abis citer psl Korea nih, saya nak tanya beberapa soalan :
1.) Leez ada citer masak nasi lemak, mcm mana tu, bawak rice cooker dari sini ker, mcm mana lak dgn utensils ? pakai yg dorang punya atau sendiri.
2.) Mcm mana dgn tenga voltage disana, kena bawak transformer atau adapter atau boleh guna terus.

Itu saja. Nice story & lovely stuffs from Korea. Dan jawapan utk soalan Leez ialah = Shortglass.

Azi said...

saya nak jawab...fridge magnet..setiap hari tertunggu-tunggu citer korea akak..akhirnya habis jugak n tak sabar tunggu citer baru..:)

Azi said...

eh...sila padam jawapan saya yang sebelum ni...jawapan sebenar adalah t-shirt hard rock cafe.

Anonymous said...

tshirt hard rock cafe!

Fazlinil Irma said...

HRC punya barang xde.. :)

ANR said...

Mug or Short Glass kot. xpun HRC stuff. tp Korea xde HRC. wakakaka

Nabilah Amaani said...

Adakah T-shirt HRC? hehe.

Btw, bila baca blok Kak Leez rasa macam saya pun ada sekali kat sana. Best! Keep on blogging :)

Nabilah Amaani said...

Adakah T-shirt HRC? hehe.

Btw, bila baca blok akak rasa macam saya pun ada kat sana sekali. Best! Keep on blogging :)

Nabilah Amaani said...

Adakah T-shirt HRC? hehe.

Btw, bila baca blok akak rasa macam saya pun ada kat sana sekali. Best! Keep on blogging :)

Nieda said...

Piring hiasan dah beli ....Tshirt Hard Rock Korea kut.

laniey said...

akak...saya rase saya tau..saya jawab dulu eh.hehe.t-shirt hard rock.. :)

laniey said...

hopefully betulla jawapan saya tuh..hehehe

illa said...

t-shirt hard rock :)

Anonymous said...

SALAM SIS

cawan/mug hardrock cafe korea kot...suhailizulkifli@gmail.com

suhaili said...

rasanya jajan (makanan) tempatan negara dilawati.

Unknown said...

Baju Hard Rock ek???

Anonymous said...

Leez,
Akak rasa jawapannya ialah T-shirt HRC (Hard Rock Cafe).

dari
Kak Lina
pembaca blogmu yang setia

masz_73 said...

Salam Leez..
jawapan sy.. shortglass.. betul x? ngehehehe...

selama ni jd silent reader jer tp Insyaallah kalo ada $$ nk join g korea ngan u..boleh? ;)

Unknown said...

Assaalam Leez,
biasa baca aje psl Leez punya traveling, tapi hari ni nk cuba jawab soalan tu.
Jawapanya barang2 Hard Rock....betui dak....

Muna said...

kak leez, harga utk penginapan xda pun...ke sy yg terlepas pandang...hehehe

p/s: nak cuba jwb leh x? kot2 la btol dpt la hadiah dr kak leez...hihi jwpn saya brangan dari hard rock cafe kot...;p

sepul said...

t-shirt HRC
benda makan


motip beli stokin adidas kat korea? motip???

yana2605 said...

Glass kan??

yana2605 said...

short glass..

Azwa said...

bju HRC kn?

Anonymous said...

baju tidur .....

Anonymous said...

Shot glass

Aku eligible masuk kontes tak?

GG

Nor Syafiqah said...

Makan ringan. Contoh cake, coklat lebih kurang mcm tuh laa.

Jangmi said...

Liz,

Nampaknya Liz tak beli apa-apa barangan daripada Hard Rock Cafe masa kat Korea.

Nor Syafiqah said...

T-shirt "Hard Rock" dan barang-2 hard rock =)