Ads

June 8, 2012

Day 5 - Korea Be Inspired : Shopping @ Dongdaemun


Hari ke-5 kami di bumi Korea iaitu hari terakhir kami di sini. Kejap ajer rasanya masa berlalu. Malam ni jam 12 tengah malam flight kami balik ke tanahair. So, seharian di sini kami habiskan masa dengan bershopping sahaja. Duit Won masih berkepuk ni ....ada banyak lagi benda yang hendak di cari.

Di awal pagi jam 7 kami dah siap-siap simpan beg di bilik satu lagi. Hari terakhir ni kami amik satu bilik sahaja. Check-out time di sini ialah jam 11 pagi. So, pagi tu kami dah siap2 check-out. Duit pada card T-Money pun banyak lagi....so kami naik teksi ajerlah. Harga pun lebih kurang ajer.

Destinasi kami pagi tu ialah ke Dongdaemun. Kami nak terjah beli kain ela di sini. So, minta orang teksi tu hantar ke Kwang Jang Market yang terletak di kawasan Dongdaemun ni jugak. Pada mulanya pemandu teksi tu mcm pelik jugak sebab at this hour perempuan-perempuan ni nak gi shopping. Orang yg gi opis pun belum bangun lagi huhuhu. Jalan raya memang sunyi sepi walaupun dah terang benderang ketika ini.

Sebaik kami sampai di Kwang Jang Market ni...aikkkk macam pelik sebab sunyi ajer. Hari tu tanya kat org sini...market di sini bukak jam 6 pagi. Ooooo kat dalam dah ada yg bukak. Luar nampak sunyi tapi kat dalam bangunan ni dah banyak kedai yg bukak. Banyak sungguh kedai fabrik dan pakaian di sini. Kebanyakannya ialah jualan borong. Aku rekemen korang kalau nak cari kain ela atau fabrik2 yg lain....mai ke market ni. Jangan keliru tau sebab kat area Dongdaemun ni banyak sangat bangunan yang besar-besar. Cakap ajer nak pergi ke Kwang Jang Market. So, korang pergi dari awal hingga ke hujung bangunan...penuh dengan segala mcm fabrik.


mula-mula nampak kedai baju ni....jualan borong


Dongdaemun Market opened in July 1905 in Yeji-dong (예지동 ), whose name means "a neighborhood for learning politeness", so the market was originally calledBaeugaejang (배우개장, "market for learning"). The market was also called Gwangjang Market (광장시장) as a company of the same name was set up as market management.
The market was set in a closed structure until the Korean War, when the market was completely destroyed. The market slowly rebuilt over the years, and in 1959 a building was constructed and the market was revived. In 1998 and 1999, large shopping malls such as Geopyeong Freya, Migliore, and Doosan Tower were built in the district and the market was renovated with a modern atmosphere among the traditional market.
Dongdaemun Market is located near Dongdaemun of which it takes its name. The market is divided into five shopping districts -- A, B, C, D and a shopping town, with 26 shopping malls situated over 10 blocks, 30,000 speciality shops, and 50,000 manufacturers.
The market sells all types of goods but notably silks and fabric, clothes, shoes and leather goods, sporting goods, plumbing and electronics, office supplies, fortune tellers, toys and food areas specialising in Korean cuisines. It also has many pet shops. The Market is on the Seoul list of Asia's 10 greatest street food cities for the Korean snack Sundae and mandu.
The market was traditionally a night market and wholesalers once operated from 1:00 a.m. to 1:00 p.m. Now, the area is open for 18 ½ hours a day from 10:30 a.m. to 5:00 a.m., with some stores open 24 hours a day, although most stores close on Mondays and holidays.




tapi not my taste lah sebab mcm fesyen baju orang tua huhuhu

pastu nampak kedai baju crochet....cantik dan harga sangat berpatutan. Siti sempat beli sehelai baju di sini

jalan lagi ke depan...nampak hanbok utk budak-budak. Cantiknyaaaaa tengok fesyen dan fabrik yg digunakan.

orang sini gunakan Korean Silk untuk membuat hanbok (Korean Traditional Clothing)

cantikkan!!!

harga setiap hanbok yg dah siap mcm ni boleh sampai beribu ringgit duit kita. Kalau nak yg murah sikit pun ada tetapi kena pakai jenis kain yg murah sikit lah.


ntah bila lah dorang nak pakai baju ni...time majlis perkahwinan ajer lah kan. 



Kami berjalan lagi ke hadapan dan akhirnya ternampak banyak kedai menjual comforter seperti dalam gambar di atas. Terlalu banyak kedai...bukan satu dua tetapi beratus-ratus kedai di dalam bangunan tu meniaga comforter ni. Cantik sangat dan kami semua bagai nak giler kejap tengok. Comforter ni memang sesuai dengan negara dorang yang sejuk ni. Sebab tu ia dijual melambak-lambak di sini dengan pelbagai fesyen dan material kain yg berbeza. Bila peluk comforter tu...aduhaiiii sejuknyaaaa dan mcm nak terlena pun ada. Kat sini kami tak jumpa seorang pun orang Malaysia membeli di sini. Agaknya tak ramai yg tau pasal market ini.

Aku memang dah aim nak beli satu untuk bawak balik kenangan dari Korea. Lagipun aku tidur malam memang guna comforter...aduhhhhh bestnya tidur. Nak memilih yg berkenan di hati bukan perkara mudah. Bila tengok yg ini cantik...pastu tengok kat tempat lain pun ada yg lebih cantik...letak balik tak jadi beli...amik yg lain. Nak memilih ajer dah mengambil masa yg lama. Pastu kena tanya harga. Aku nak bgtua korang...di sini ialah jualan borong dan harga yg dorang bagi tu memang dah murah habis. Sebab tu kalau aku nak bargain lagi...dorang tak layan huhuhu. Itu satu hal....pastu pikir pulak camana nak bawak balik. Conforter yg gomok tu nak bawak masuk flight...cuba korang pikir???? Haaaaaaaaaah.....tokeh kedai tu telah menyelesaikan masalah kami...jom tengok apakah caranya ittiewwww???


jom kita pilih.....jadi giler kita dibuatnya

korang tergoda tak??? 

tengoklah aku tengah mengendeng tokeh kedai ni nak mintak murah lagi huhuhuhu

kami semua sudah jumpa yg berkenan di hari....tengah tunggu nak bungkus ajer

ini pilihan hati Kak Azimah....more to Korean concept. Ini ialah alas katil.

tadaaaaaaaa.... aku berkenan yg ini. Ini ialah alas atas katil...bukan untuk selimut. Harganya KRW20,000 (RM60). Murah tak??? Aku ada beli satu comforter besar sikit dengan harga KRW45,000 (RM135). Kainnya sangat lembut, wangi dan sejuk.

tadaaaaaaaaaaaa. Ini caranya untuk mengempiskan comforter tu. Ahjussi ni sedut udara dan akhirnya ia menjadi kempis. Selesai sudah masalah kami camana nak bawak balik naik flight. Nak bawak pun ringan sikit dan tidak makan space. Lega!!! Tak semua kedai ada perkhidmatan ini. Ahjussi ni sangat sabar melayan kami yg songeh ni hehehe.

boleh pilih fabrik lain dan tempah ikut ukuran yg kita nak

english design



habis sudah ahjussi ni packing barang-barang kami. So, kami bergambar sakan dengan dia. Kayo pakcik ni huhuhu. Ahjumma pakai baju pink belah kiri tu dia meniaga buah depan kedai comforter ni....suka betul dia tengok kami semua. Bila panggil dia bergambar sama....cepat ajer dia datang hahahaha.

Aku siap singgah beli pisang montel kat kedai dia...sian tengok dia dok memanggil kami beli buah dari kedai dia ni.

kami tanya pekedai sana...camana nak cari korean silk....dia kata naik kat tingkat atas. Bila kami naik...alamakkkkk ini kedai menempah hanbok. Rupanya orang sini buat hanbok guna korean silk. 

Korean silk jenis mcm ni. Tapi kami tak mau. Kami nak korean silk kain ela yg biasa buat baju kurung tu. Cari punya cari....memang tak jumpa.

kat tingkat bawah tu jugak ada banyak jual kain ela cotton. Semuanya dah siap potong 4 meter dengan kain selebar 60 inch. Aku beli 3 pasang kain di sini. Harga 4 meter ialah KRW10,000 (RM30). Murah tak???

kalau korang pernah ke Behn Tan market di Ho Chi Minh.....sama ajer jenis kainnya.

bantal-bantal kecil di buat hiasan pun banyak....guna korean silk. Sangat cantik!!!

aku beli cushions cover di sini. Sangat cantik design di sini. Cumanya saiznya agak besar sikit. Kena cari bantal yg besar. Harganya KRW10,000 (RM30) utk sehelai yg dah berjahit.

kami masuk ke dalam bangunan tu lagi...jumpa kedai jual manisan mcm ni. Sangat kreatif tetapi tak beli pun

manisan di sini banyak bermotifkan kekacang dan gula atau honey

the way depa decorate sangat cantik. Kreatif betul.



nampak kedai buah-buahan. Waduhhhhhhhhhhh besar giler buah kat sini. Buah limau sana sebesar buah tembikai kita.

jalan lagi ke dalam kami nampak pasar basar jual seafoods. Bersih ajer pasar kat sini.

apakah itu? itu ialah octopus

nampak pulak ahjumma ni tengah buat kueh-mueh tradisional korea. Kebanyakan kueh sana banyak menggunakan tepung pulut dan red bean. Lebih kurang jugak dengan kueh-mueh kita.

ok sudah!! Kami dah tak larat nak meneroka bangunan ni lagi. Kami keluar dari bangunan tu dan jalan terus menuju ke tempat lain pulak. Kami dah janji nak cari kedai ikan bakar yg tak jumpa hari tu...nak cari lagi. So...kena bergerak ke depan lagi dengan melalui bangunan shopping complex yg besar-besar ni. Kami lalu tepi-tepi kedai ajer. Tertiba nampak kedai borong jual pelbagai jenis dan saiz tuala. Murah betul dan jenis kain cotton yg sangat lembut.

tengoklah pelbagai jenis kain tuala jenis cotton.....rambang mata wei

 kedai jual benang crochet pun banyak

kami masuk salah satu kedai jual benang crochet di sana. Ternampak beberapa orang ahjumma tengah sakan mengait baju. Memang tabik spring lah kat depa ni. Ada yg dah tua tetapi tak guna spec pun untuk mengait. Maknanya mata depa nampaklah. wowwww.

terjumpa kedai jual apron. Aku beli sehelai. Harganya KRW4,000 (RM12)

penat berjalan bawak barang shopping yg berat. Duduk kejap kat bangku tepi jalan tu melepaskan lelah. Sambil tu duk perati urusan jual beli di sini. Aku tengok org sini sangat jujur. Barang kat tepi-tepi jalan ajer...sebelum nak masuk dalam lori. Tapi tak hilang pun dan takda sapa nak curi. 

kedai jual buku pun banyak tetapi tak paham sebab semuanya guna bahasa korea.


Ok selesai sudah aktiviti shopping kami di Dongdaemun. Semua geng cik kiah ni tersenyum lebar sebab setiap seorang duk bawak balik sehelai dua comforter dan beberapa helai kain ela cotton hehehe. Walaupun berat nak angkut tapi kami gagahi juga. 

Masa ni dah nak dekat jam 12 tengahari. Masa untuk lunch.....dah plan nak makan di kedai ikan bakar tu. Apakah yg terjadi pada kami selepas itu....kami jumpa tak kedai tu or kami terus balik ke hotel dengan kehampaan??? Tunggu next entry kayyyyy.


p/s - penat, letih, tired, tak larat....semua ada.



26 comments:

husna said...

ending y selalu suspen.. ^^
giler kot shopping kat sana..brang2 banyak n souvenir comel2..

Azian Elias said...

aduiii..wa sudah lambang mata maaa..manyak cantik2 loorrr..

Cawan said...

same2 suke travel, bila agaknye nk bertembung skali ye? ha haa.. kot2 terjumpa kat kedai shopping.. :p

kalo beli sepapan kain ni, jenuh jugak nk bawak..

ANR said...

gosh, shopping sakan. heaven. oh my, baju crochet yang ahjumma tu kait adalah cantik.

p/s octopus sdap nya klau bakar ltak sambal. kenyal² yums

kasihredha said...

bab sopim ni akak suka..
kalau sopim kaki tetiba je tak sakitkan walaupun kena angkat byk barang ...semangat:)
cantik apron dan alas tilam tu :)

Chik Na said...

teringat cerita drama korea "fashion king" kat channel astro

Nieda said...

Yang baca cerita ni pun seronok sama.Best la shoping comfeter

Rozita said...

Bestnya tempat u pergi ni. I tak pergi area ni lah walaupun dah sampai kat namdaemun tu.

Buzu Ediany said...

Oh sgt teruja baca coretan perjalanan ke Seoul...Thanks kak leez sbb share info yang menarik...leh buat reference di masa hadapan :)

Leez M. Saaid said...

husna -

hahaha sajer bagi suspen....keep reading kay.

mmg best shopping di sini sebab brg2 di sini kualiti.

Leez M. Saaid said...

kak yan -

bukan takat rambang mata tgk brg2 do sini....malah boleh pengsan sebab terlalu cantik.

Leez M. Saaid said...

cawan -

rugi kalau gi oversea tapi tak shipping. Sebab kita takkan dpt that item di negara kita...kalau ada pun...lebih mahal.

kalau jumpa di mana2...tegur lah yea.

Leez M. Saaid said...

ANR -

mmg sangat cantik crochet yg ahjumma buat tu....sangat kreatif dorang ni.

kat sana mmg byk octopus....geram tengok

Leez M. Saaid said...

kak kasih -

mmg best shopping kak.
sy punya style travel mmg budget tapi shopping tetap penting hehehe

ubat utk sakit kaki ialah shopping hahaha

Leez M. Saaid said...

chik na -

sy mmg buka follower drama korea....sbb tu tak tau sgt pasal tempat2 menarik di sini yg ada dalam drama dorang

Leez M. Saaid said...

nieda-

saya nak bawak pembaca blog ni sama2 enjoy membaca dan seolah2 mereka turut bershopping dan sama joint trip ini.

Leez M. Saaid said...

rozita -

area ni bukan kat namdaemun. tempat shopping yg jadi giler ni kat dongdaemun....syurga membeli belah

Leez M. Saaid said...

buzu -

plan dari sekarang kalau nak ke korea...boleh kumpul duit pelan-pelan. Harap entry akak ni dapat membantu insya Allah.

Muna said...

kak leez, bestnye market tu...rs x sabar nk borong comforter tu semua...hahaha sb dh lama admirer corak comforter dorang, nmpk cantik sgt...;)

Anonymous said...

Hi kak..sy tgh google pasal kain kt korea, n tejumpa blog akak. Klo tak keberatan, sy nk tanya soalan. Ada tak jual kain lace kat situ, harga murah ke mahal?

ezdiani said...

salam kak, nk taye sikit bleh? sy pon nk pegi jugak market ni nak beli alas katil g akk n kawan2 beli tu....nanti masuk ikut pintu mana ye?susah ke nak cari kdai tu?kalau dr dongdaemun tu mmg terlalu jauh untk jalan kaki ke?excited baca blog akk :)

tq

zt said...

Salam, saya pun singgah di Gwang Jang market. Sempat jugak beli comforter yg lembut di situ ^^
Peniaga2 di sini lebih mesra dari Korean di luar.

athirah aznan said...

Salam nk tanya hanbok untuk dewasa brpa ?

athirah aznan said...

Salam nk tanya harga hanbok untuk dewasa brapa ?

athirah aznan said...

Salam nk tanya hanbok untuk dewasa brpa ?

cheema said...

TQ Tq bagi info..bulan dec ni nak p sana..nak borong kain gakkkk...wish me luckkk