Ads

June 5, 2012

Day 4 - Korea Be Inspired : Everland & Shopping @ Namdaemun Market






Hari ke-4 di bumi Korea.
Malam sebelumnya aku tidur lambat jugak sebab duk mengemas beg dengan barang2 shopping malam tadi. Esoknya awal pagi dah bangun untuk solat suboh jam 4.30 lebih kurang. Tetiba kaki aku kejang semacam...tak boleh berdiri. Badan pulak rasa menggigil mcm nak demam. Semalam kami memang banyak berjalan....pecah rekod berbanding hari-hari sebelumnya. Oooo tak boleh jadi ni. Camana aku nak gi jalan hari ni?? Kaki sakit, kurang tidur dan badan nak demam. Aku sapu ubat panas kat kaki, makan panadol dan tidur semula. Pukul 7 pagi bangun semula...still badan tak bermaya dan kaki sakit.

Sepatutnya destinasi kami hari tu ialah ke Everland...taman tema paling popular di Korea ni. Memandang keadaan diri aku yg tidak berapa sihat....aku tarik diri utk joint rombongan cik kiah ke sana. Memang lah rasa rugi sebab tak pergi...tapi ada nak buat kalau keadaan tidak sihat dan tidak bermaya. Yang stay kat guest house pagi tu ialah aku dan kak azimah. Yang lain semua joint gi Everland. Kat bilik aku hanya berehat dan tidur. Tapi tetap tak nyenyak sangat sebab kaki sakit berdenyut. 

Walaupun aku tak joint gi Everland aku tetap update pasal trip ke sana. Gambar-gambar hasil snapping mereka berlima. Jom kita tengok gambar-gambar di sana. Korang tengok gambar tu dan buat caption sendiri yea...sebab aku nak citer lebih2 pun aku tak tau sebab tak pergi.


Direction to Everland

1. Take subway from Myeong-dong station to Dongdaemun History & Culture Park Station
2. Take line # 2 and take subway to Sadang Station and Exit no. 2 or 3
3. Take bus 1500-2 to Everland (travel time 80 mins)


hanya mereka berlima yg pergi ke Everland

admission fee to Everland seperti tertera di atas

dapat diskaun sebab kami ialah pelancong Malaysia (ada kupon diskaun)...admission fee seorang ialah KRW37,000 (RM111)

musim bunga tulip dah penghujung musim...tulip pun dah kembang semangkuk hehehe





Everland Resort was opened in 1976 as the first family park in Korea. Though originally called ‘Yongin Jayeon Nongwon,’ the company changed its name to ‘Everland’ to make the name more recognizable to international audiences. The park is home to over 40 heart-pounding rides and attractions. In addition to ‘Safari World’ featuring white tigers, tigers, lions and bears, ‘Herbivore Safari’ opened in April 2010, letting visitors get up close and personal with the safari’s giraffes, elephants, and ostriches. Everland is also known for its gorgeous flower arrangements and beautiful gardens, which have been year-round fixtures since the Rose Festival in 1985. Other great spots for family fun are the Snow Sled (the first and the longest of its kind in Korea), Caribbean Bay (an outstanding water park) and Everland Speedway (a racing track). Full of exciting attractions and entertainment, Everland is one of the most popular places in Korea for families, friends, and couples.


* Everland
‘Dreams Become Reality, the Land of Year-Round Festivals!’
Everland is divided into five sections: American Adventure, Magic Land, European Adventure, Zoo Topia and Roller Coasters, in addition to the Global Fair.

Located near the front entrance of Everland, the Global Fair is home to a large bazaar decorated with reproductions of castles from France, Middle Eastern countries, Spain, India, and Russia. Not only visually captivating, the various architectural styles invite visitors into the culture and history of other nations, such as the Ancient and Medieval Periods of Europe.

The Four Seasons Garden of Everland is decorated with beautiful flowers arranged in a French garden style. Surrounded by Holland-style architecture, the gardens are the stage for seasonal flower festivals (tulips from April to June, lilies from July to August, and chrysanthemums from September to October), laser shows, and musical fountain shows.

The Zoo Topia section of the park is the where guests can find the ever-popular Safari World and Herbivore Safari. In safari world white tigers, tigers, lions, and bears roam around freely, providing guests with an up-close look at these amazing creatures. In Herbivore Safari, visitors can even feed some of their favorite animals like elephants, giraffes, camels, and ostriches.

* Caribbean Bay
Opened in 1996, Caribbean Bay is a huge water park equipped with multiple attractions and health facilities. Modeled after the pristine beaches of the Caribbean and decorated with Spanish-styled stone buildings, palm trees, tropical plants, and a shipwreck, guests will feel like they’ve taken a tropical vacation without ever leaving the country.

Caribbean Bay has a number of hair-raising waterslides and a relaxing lazy man river. The Sea Zone generates waves over 2.4m-high and is a huge crowd favorite. If you need a break from the sun, escape to the Indoor Water Park to enjoy the Wave Pool, Children’s Pool, or the various spa-like facilities with herbal treatments using jasmine, peppermint, lemon, ginseng, and mugwort. Cold and hot bath areas are also available. Caribbean Bay is a unique water park that not only provides a thrilling water park experience, but also the best in spa and relaxation facilities.

* Everland Speedway
The first car racing track in Korea, Everland Speedway offers thrilling car races year-round (such as Motor Championship Contest).

*The Glen Ross Golf Club
Running under the same principles of course management as the renowned Anyang Benest, the Glen Ross Golf Club is a beautiful golf with excellent facilities that are sure to earn a spot in even the most avid golfer’s heart. The club is conveniently located near Everland, the Ho-Am Art Museum, and several gardens (for more information, call +82-31-320-9600).

* Spooky’s Fun House
Opening in February 2003 and located in Magic Land, Everland, the Spooky Fun House offers visitors a fun-filled journey in the world of magic and mystery, led by the cute little ghost, ‘Spooky.’ Build in collaboration with the world-famous attraction design company HEIMO (Germany) the Spooky Fun House is an entertainment facility fueled by the curiosity of the visitor. Pressing bells, pushing photo frames, or simply passing through corridors unleashes fresh bouts of fun sounds and visual effects.




nice...

actually aku bukanlah seorang pencinta taman tema....aku lebih suka scenary jika gi oversea

skyway yg berada dalam Everland



ada berani????



four season garden



tulip ohhh tulip. Cantiknya berwarna-warni. Lepas tulip ni dah layu...akan ganti dengan bunga ros pulak



dorang bergambar di depan cermin ajaib hehehe

ada show parade...semua mata sepet...tak best!! Kalau kat negara omputih...semua mata biru... i like!!!


Ok habis dah citer pasal Everland. Anggap aku pun joint sama yea hehehe. Korang nak tau tak aku gi mana semasa ketiadaan kawan2 aku tu? Lebih kurang jam 1.30 tengahari aku dan kak azimah gi shopping di Namdaemun Market yg terletak depan guest house yg aku stay tu. Masa ni kaki aku pun dah okay sikit sebab dah berehat panjang. Tak sabar-sabar nak bershopping di sini. 

Kami berdua memang shopping sakan di sini sebab excited tengok barang-barang yg dijual di sini. Kalau korang nak beli brooch di sinilah tempatnya. Tetapi jgn pergi hari ahad sebab tutup. Aku frust sebab tak dapat nak beli brooch masa ni sebab hari ahad huhuhu. Takpa esok aku leh repeat lagi. Kalau nak beli brooch beli kat dalam bangunan dan bukan di luar. Suasana di Namdemun Market ni tak ubah mcm Petaling Street dan perangai penjual pun lebih kurang jugak...ganas, bengis dan berlagak. Kalau korang nak minta diskaun....korang akan kena marah balik. Tak pun...sebelum korang tanya harga....dah kena sound..."cannot...cannot...this is expensive!!". Nampak sangat muka orang Malaysia ni muka kaki diskaun hhahaha. Bagi aku harga barang di sini ada yg mahal dan ada yg murah. Bergantung pada apa benda yg korang beli. Aku ada beli baju dengan harga KRW10,000 (RM30). Kualiti kain dan barang di sini sangat bagus dan berkualiti hokay. Jangan bandingkan dengan kualiti barang made in china....memang jauh beza. So kalau beli slack or baju kemeja pompuan dengan harga KRW10,000 (RM30) dah kira murah lah tu. Nanti aku tunjukkan apa barang yg aku shopping di penghujung episod korea ni.


masa nak gi Namdaemun market...kena lalu Myeongdong dulu

butik mahal di sebelah Namdaemun ajer

singgah butik LV jap nak beli beg.....percaya ke?

inilah dia Namdaemun Market. 

dari guest house kami...hanya 10 minit berjalan kaki...dekat sangat

walaupun nampak panas tetapi sejuk dengan angin yg kencang


Named for its nearby namesake of Namdaemun (Great South Gate) and located near the downtown area, one of Korea's largest wholesale markets covers over 10 acres. It is filled with over 1,000 shops, stalls, retailers, street vendors, and has several department stores nearby. Here you can find clothes, shoes, fabrics, tableware, flowers, vegetables, ginseng products, toys, and watches. Under Namdaemun-no (the main street to the north of the market) is an extensive underground arcade.

Although many of Namdaemun's shops are within the buildings that make up the area, the most colorful aspect of the market is the group of street vendors that setup in the alleys and walkways between the buildings. Wholesalers operate from midnight to 6:00 a.m., and retailers are open from 7:00 a.m. to 5:00 p.m. Although most retailers close their stores on the 1st and 3rd Sundays of each month, many street vendors operate stalls in the alleys.

Due to its location near downtown and the convenient bus service to and from Itaewon, many foreigners visit here. Most of the vendors can speak a few words of English or Japanese, but you will generally need an interpreter for any intense bargaining. Because many shops are willing to take non-Korean currency, there is also a thriving black market for money exchanging, with rates generally a little better than those of banks. Should you decide to exchange money this way, take great care not to get ripped off. 



nampak tak harganya? Kualiti slack dan baju di sini sangat bagusss....amat berbaloi beli di sini.

macam suasana di Petaling Street...cuma bezanya di sini perniagaannya dari pagi sehingga petang ajer

aku sempat beli bawang dan cili segar di sini...sebab nak masak sambal sardin

aku jugak beli cili serbuk di sini...harga sebungkus yg besar tu ialah KRW10,000 (RM30). Cili serbuk di sini banyak dijual di merata-rata untuk membuat kimchi.



tengoklah minah ni bershopping....tangan kiri kanan penuh dengan beg plastik



seaweed pun melambak2 di sini....kena pandai bargain harga kay.

aku sempat beli sandle kulit lagi di sini....tukar kasut lagi sebab kasut putih tu kaki aku melecet lagi

aku juga ada beli alas meja makan buatan Korea.

walaupun dah nak habis musim bunga....winter coat pun ada dijual jugak...harganya wehuuuuuu mahal wei!!!

kalau nak beli baju children pun ada......tapi bukan di luar sini...kat dalam satu bangunan di sekitar market ini. Nanti esok aku update pasal tempat itu.

nak beg pun ada,,,melambak-lambak. Tapi aku tak tau mahal atau murah.



aku rekemen korang beli baju I Love Korea di sini...murah. Sehelai ialah KRW4,000 (RM12)



Masa tengah asik bershopping dengan Kak Azimah....tetiba ternampak geng lima orang yang pergi ke Everland tadi. Sebaik balik dari Everland mereka singgah bilik sekejap utk solat dan terus pergi bershopping di Namdaemun Market. Katanya.....mereka hanya sempat berada di Everland selama 2 jam sahaja. Perjalanan ke sana pun dah amik masa 3 jam dari Namsan ni. Fuhhhhhh...penat atas jalan raya ajer. Mereka tak sempat nak cover keseluruhan tempat di Everland ni. Asal dapat jejak ke Everland pun dah bagus.

Di Namdaemun mereka sempat shopping kejap jugak sebab kedai dah nak tutup masa ni. Masa nak balik kami nak singgah makan di sini sebab menurut kata Kak Zila ada kedai kebab halal di kawasan Namdaemun ni. Sementera dia pi mencari kedai tu...kami melepak kejap di tepi kedai yg banyak-banyak di situ. Tetiba ada pekerja di kedai hadapan kami tu menegur kami supaya merasa kueh tradisional yg dijual di situ. Kami rasa sikit.....pastu berborak-borak lagi peniaga tu. Mereka ajak kami masuk ke dalam kedai sebab nak suruh kami merasa apa yg ada di dalam kedai tu. Ooooo...rupanya ni ialah kedai souvenir dan barang2 tradisional Korea seperti ubatan tradisonal, ginseng, seaweed, kueh tradisional, FM dan mcm2 lagi.

Punyalah peramah giler pekerja di sini. Semua benda dia bagi kami merasa. Sakan kami merasa seaweed dan macam2 lagi. Bergelak ketawa kami dengan telatah pekerja di sini yang sangat lucu dan lucah muahahaha. Macam-macam benda yg kami borong di sini sebab dia bagi harga murah. Dah rezeki dia kan....


di dalam kedai yg aku ceritakan tu. Aku tengok ajer telatah kawan-kawan melayan pekedai yg lucu tu hehehehe.

tengoklah beg shopping masing-masing selepas memborong seaweed di sini. 

pekerja ahjuma ni yg lucu aku ceritakan tu.....bukan takat lucu tetapi lucah pun ada muahahaha. Dia bagi kami merasa air buah delima yg sangat mujarab utk menambahkan tenaga lelaki dan wanita.....siap aksi tu muahahaha. Lawak sungguh dia ni.

aku tak berapa gemar seaweed ni. Tapi selepas merasa kat kedai dengan pelbagai perisa seaweed...eh sedap pulak yea.

aksi kami beramai-ramai selepas bergelak ketawa dengan pekedai ahjuma di sini hehehe. Best sangat masa ni....bila ingat2 balik hehehe.


Kesimpulannya...Kak Zila tak jumpa kedai kebab yg dicari tadi. Sebabnya menurut kata teman Kak Zila yg tinggal di sini....kebanyakan kedai di sini selalu bertukar dan berpindah-randah. Kalau korang datang this year...tak tentu next year kedai tu ada lagi. So....maknanya memang takda rezeki kami nak makan di sini lagi selepas tak jumpa kedai ikan bakar yg dicari-cari di Myeongdong semalam. 

Balik ajer di hotel....kami terus ke kitchen dan memasaklah sebagai jawapannya. Lauk segera yg dibawa pun banyak lagi. Kami masak nasi putih, masak ikan sardin sambal, masak kari ayam dan ikan bilis goreng. Wahhhh banyak betul lauk pauk kami. Semua lauk2 tu adalah daripada makanan tin yg dibawa dari Malaysia. Kami panaskan balik dalam periuk dan makan dengan nasi panas. Alhamdulillah sangat berselera kami petang tu sebab makan tengah kelaparan...memang sedap!!!

Malam tu after maghrib kami nak jalan-jalan dan shopping ke tempat lain pulak. Ke manakah kami???? Tunggu next entry kay!!!!


p/s - orang yg menganiaya kehidupan orang lain dengan menggunakan bomoh ilmu hitam...hidup dia tak akan aman dan tenteram. Ingatlah ...Allah akan balas segala perbuatan hina kau tu.



11 comments:

ridoma said...

seronok tengok gambar dari korea. nampak bersih n cantik je

~~zana@pb~~ said...

Seronoknya...boleh bayangkan riuhnya gelak ketawa dgn kwn2 tu.
Seaweed tu sedap ke? selalu anak akak je yg mkn, akak tak suka.

last ayat tu, masih ada manusia mcm tu kan, dlm famili akak pun ada....frust sgt.

Rozita said...

I pun tak suka seaweed tapi lepas makan kat korea terus suka pulak...
Kesian you berjalan sampai sakit sakit kaki. Tapi memang cam tu lah adat ber travel kan, rugi kalau tak make use time while we were there. Sakit pun sakit lah, asalkan dapat berjalan

rasfor75 said...

seronoknya dpt sampai ke korea....sejuk mata memandang segala bunga2 tu....

Leez M. Saaid said...

ridoma -

kat korea memang bersih dan persekitaran cantik.
satu lagi...org sana sgt jujur

Leez M. Saaid said...

zana -

sebelum ni sy memang tak suka seaweed tu. Tapi bila merasa kat sana dengan palbagai perisa,....sedap pulak hehehe

Leez M. Saaid said...

Rozita -

sama lah kita....sedap jugak seaweed tu.
my kaki hari tu memang sangat sakit dan badan demam. So, kalau pergi pun memang tak enjoy. Lagi pn i tak berapa minat team park.

Leez M. Saaid said...

rasfor75 -

sana mmg cantik dan bersih.
bila gi musim bunga....mestilah bunga melambak2..heheh

Azlin said...

salam leez. dh update ke brapa cost ke sana?
i nk pg 25hb ni mlm dgn MAS> ticket staff je. tp xtau plak ada namsan guesthouse. tak khatam google lglah nampaknya ni.
pastu kitorg bookedla irene city hotel kat myeongdong tu. asalnya nk pg ber2 je skali husb suh bwk ank 3 thn. stress. ok leez pape tlg i ye.

Leez M. Saaid said...

azlin -

i bawak 3K masa kat sana....still ada duit lebih RM200.
So u kena agak2...kalau nak shopping lebih skit...bawaklah lebih.

fazli ady said...

Mana brg2 yg dshoping kt korea tu nk tgk gak