Ads

June 5, 2012

Day 3 - Korea Be Inspired : Insadong Cultural Street





Salam semua.
Maaf blog ni mcm dah bersawang sebab dah seminggu aku tak update. Busy sangat2 dengan persiapan Cabaran Sihat. Hari ni aku cuba yg terbaik utk habiskan entry ini. Ada lagi 2 hari di Korea aku kena habiskan...aduhh.

Selepas kami menghabiskan jalan-jalan di Itaewon ...kami plan nak gi bershopping di Dongdaemun pulak. Ok jom kita ke sana. 


Direction from Itaewon to Dongdaemun (subway)

1. From Itaewon station to Dongmyo Station
2. Take Line 1....direct to Dongdaemun Station



kawasan ini sangat terkenal dengan gedung beli belah jualan borong. Terlalu besar sukar mahu digambarkan.

boleh nampak sungai ini lagi...

sebaik kami sampai....alamak!!! Banyak kedai dah tutup. Masa ni dah jam 5 petang. Kami sempat jalan-jalan kejap. Rasa tak berbaloi nak shopping dalam keadaan tergesa-gesa. Then kami mengambil keputusan mengubah haluan destinasi. Hari terakhir di Korea nanti kami nak datang lagi utk shopping sampai pengsan. Tapi...kemana kah kami selepas itu??



singgah beli manjoo hana ni lagi di tempat lain pulak..aku suka sangat. Dalam tu ada custard.

rasanya mcm kaya ball tetapi dalam tu dorang letak custard yg sangat sedap.

di manakah tempat ini? tempat ini namanya Insadong Cultural Street


Direction from Dongdaemon to Insadong (subway)

1. Take subway from Dongdaemon station to Jongno 3 (sam)-ga station
2. Take Line # 3...subway to Anguk Station (exit 6)


yeahaaaa dah sampai Insadung Cultural Street yg sangat terkenal dengan brg souvenirs dan kraftangan Korea



Insa-dong (인사동), located in the middle of the city, is an important place where old but precious and traditional goods are on display. There is one main road in Insa-dong with alleys on each side. Within these alleys are galleries, traditional restaurants, traditional teahouses, and cafes. 


The galleries are the heartbeat of Insa-dong. There are about 100 galleries in the area and you can see every example of traditional Korean fine art from paintings to sculptures. The most famous galleries are Hakgojae Gallery, which functions as the center of folk art, Gana Art Gallery, which promotes many promising artists, and Gana Art Center. The best way to visit these galleries is to use the “Art Gallery Tour Bus.” It will take you to over 10 of the most famous galleries at a very reasonable price. 

The teahouses and restaurants are the perfect complement to the galleries. At first they might be hard to find, but if you take the time to stroll around the twisting alleyways, the window shopping in itself can be very entertaining. The shops in Insa-dong are very popular among all age groups, because each one is unique. 

Every Saturday from 14:00 – 22:00 and Sunday from 10:00 – 22:00, some streets are blocked off from traffic and it becomes a cultural space. Stores set up booths outside and others set up shops (Korean candy merchants and fortune tellers.) There are traditional performances and exhibits as well. Insa-dong is especially popular with foreign tourists. This is where they can experience and see traditional Korean culture firsthand, and also purchase pieces of fine art. On the street you can eat Korean taffy and traditional pajeon (Korean pancake), and see many foreigners lost in all the joyous festivities of the street.




saat aku menjejakkan kaki ke tempat ini.....aku dah jatuh cinta. Aku memang suka sgt tempat ini.

nak cari segala jenis kraftangan Korea....di sinilah tempatnya...

nak cari fridge magnet yg pelbagai jenis dengan harga yg lebih murah....aku recommend anda semua beli lah di sini. Kat tempat lain ada jugak jual tetapi lebih mahal

kraftangan ini semua adalah buatan Korea sendiri....bukan made in china hokay!!!



jadi giler kejap bila tengok barang-barang souvenir semua ni. Aku memang akan spent lama kat tempat souvenirs walau di mana negara aku berada. Aku pastikan akan membeli mana2 collection wajib yg aku nak.

tshirt pun ada jual di sini. Boleh dapat KRW5,000 (RM15). Tetapi aku boleh dapat lebih murah tshirt Korea kalau beli di Namdaemun dengan harga KRW4,000 (RM12)

sakan memilih yang berkenan di hati

aku memang borong sangat banyak di sini. Kami berpecah dua kumpulan. Ada aku gi satu kedai souvenirs ni....siap duduk atas kerusi tokeh. Aku tunjuk ajer mana aku nak....sib baik ahjussi ni baik sangat...dia layan kami terbaik punya. Setiap barang aku mintak kurang...mati akal dia hahaha. Sampaikan dia kata....aku ni sangat hebat bargain harga. Hmmmm...itulah yg aku buat setiap kali ke mana-mana negara. Orang marketing gitiewwww lah hehehe.

sana sini penuh dengan kedai pelbagai jenis cenderahati dan kraftangan. Orang sangat ramai ketika ini.



ternampak kedai ini jual kueh tradisional yg ada kacang merah di dalamnya. Tapi aku tak rasa pun.

Kak Zila rekemen kami beli kueh tradisional ini....dia kata kueh gula tarik. Dalam tu ada kacang tumbuk. Yang putih mcm bertali-tali tu dibuat daripada honey. Then, dia akan tarik honey tu sehingga menjadi ribuan tali itu....

lepas tu letak kacang tumbuk di dalamnya.....sangat sedap uolss. Tak berapa manis sgt.

sempat bergambar dengan pemuda Korea ini. Muka dia cute mcm artis K-Pop tapi tetap not my taste.

harga utk kueh tradisional korea dalam bekas ini ialah KRW4,000(RM12)

pastu nampak gerai menjual kekacang ini. Ahjuma ni siap memakai hanbok lagi....comel ajer. Masa nak amik gambar dia...baik dan sporting plak tu.

masa kami dah nak balik ......ternampak ada penggambaran tv dengan artis Korea ini. Sorry aku memang tak kenal tetapi memang ramai yg kerumun dia. Siapakah dia? Ada sesapa boleh tolong bgtau siapa dia ni? Penyanyi or pelakon?

persembahan jalanan ini pun ada. Pun ramai yg merumum. Nampak mcm muka mat salleh....bukan org korea.


Lepas sakan bershopping di Insadong ini...kami terasa laparlah pulak.Plan nak makan ikan bakar pulak. Kak Zila dah buat research di blog dan internet tentang tempat makan ini di Dongdaemun. Then, kami naik teksi ajer ke tempat ini....sebabnya dah tak larat nak berjalan masa ni. Masing-masing dah kesakitan kaki yg amat sangat....especially aku lah. Memang tak larat dah nak naik turun tangga di subway tu. Naik cab ajerlah. Ehhh..tak lah mahal sangat pun.

Aku rekemen kat korang...kalau pergi beramai-ramai ke Korea. Takat nak bergerak di kawasan yg berdekatan di dalam bandar Seoul ni...naik cab ajerlah. Kalau 4 orang naik dalam satu cab....boleh share 4 orang dengan menggunakan T-money. Harganya pun lebih kurang kalau naik subway. Tak penat dan tak sakit kaki. Menyesal pulak kami kenapa tak naik cab dari hari pertama lagi. Tetapi kalau destinasinya jauh seperti Nami Island or Everland....janganlah pulak naik cab.

Sebaik kami sampai di Dongdaemun untuk mencari kedai ikan bakar tu.....penat ke sana sini tetapi tak jumpa pun kedainya. Direction yg kami dapat di blog tu memang hampeh. Tak membantu langsung dan tidak details. Masa ni aku dah mcm naik hangin sebab info yg kami dapat tu menyusahkan kami semua. Lain kali kalau nak bagi direction tu tolong bagi detail sikit. Dah tanya orang yg lalu lalang di sini...semuanya tak tahu di manakah tempat ini dan tak paham direction yg diberi.

Akhirnya kami semua balik ke hotel dengan perasaan yg sangat hampa....dan perut yg kelaparan. Balik naik cab jugak....senang citer. Sampai hotel...kami semua makan maggi ajer...senang dan ringkas. Alhamdulillah dah kenyang tetapi kaki aku sangat sakit yg amat. Malam tu sebelum tidur aku dah gosok kaki dengan minyak panas. 


malam tu jugak kami sempat basuh kain pakai washing machine yg disediakan di guest house ni. Korang paham tak bila tengok gambar di atas? Hahaha....pening ahkak tau. Sib baik kat dinding ada tunjukkan cara-cara nak guna dalam bahasa Inggeris. Thanks Siti tolong basuhkan baju-baju kami guna mesin ini.


Esok ajer bila aku bangun pagi untuk bersiap ke destinasi seterusnya....apakah yg terjadi pada diriku? Jommm tunggu next entry pulak. Tungguuuuuuuuu.


p/s - kembali stress dengan event Cabaran Sihat uwakkkkk...




8 comments:

Azian Elias said...

aduiii...rambang mata akak tgk nya.. food n barang2 tu yg best..

Anum said...

seronoknya jalan2

Leez M. Saaid said...

kak yan -

saya pun rambang kak tengok brg2 souvenir tu.....jadi giler hehehe

Leez M. Saaid said...

anum -

jalan2 mmg seronok...duit habis pun seronok hehe

Husna Alias said...

w/pun duk layan drama korea selalu..tp tetap xkenal artis tu.ataupun artis baru..hehe. best shopping~!!souvenir y cantek2..nk2 y doll pakai hanbok tu..

Unknown said...

Yang tu artis lm..cuma pelakon tmbahan..dia dlm cite the successful of a bright girl..jang nara n janghyuk wtk utama..

Anonymous said...

salam. berapa bajet untuk belanja kat sana, contohnya sewa bilik + entrance fee + transportation + etc. thank you sgt. really inspiring me to visit korea inshaa Allah next year. Ameenn.....

Nor Razlinda Abdul Rahim said...

assalamualaikum. T Money untuk berapa hari kegunaan.perlu top up atau pakai buang