Ads

October 18, 2011

Pertemuan Generasi Hj Muhammad Amin & Hjh Maimunah (Moyangku)


Pada penghujung Syawal yang lalu, aku sekeluarga mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Usrati Pertemuan Generasi Hj Muhammad Amin & Hjh Maimunah iaitu moyangku. Ini merupakan majlis perhimpunan keluarga moyang belah arwah papa ku. Aku merupakan generasi ketiga selepas papaku dan datukku. Perhimpunan ini merupakan pertama kali dan julung kali diadakan.


Perhimpunan ini telah diadakan di Banting...rumah salah seorang kaum keluarga kami. Difahamkan perancangan hendak membuat perhimpunan ini dah lama tetapi baru kali ini ia terlaksana. Terima kasih kepada tuan rumah. Semoga usaha anda menghimpunkan kesemua sedara mara dari serata pelusuk negera ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.


Ok aku nak citer sikit pasal salasilah keluarga moyangku ini. Mengikut kata jurucakap pada majlis itu, moyangku Hj Muhammad Amin & Hjh Maimunah berasal dari Tanah Jawa dan dibesarkan disana. Kemudian mereka berhijrah dan bertapak di Singapura. Asal usul Hj Muhammad Amin merupakan daripada keturunan Syaikh Ahmad Mutamakkin iaitu seorang ulamak, ustaz dan kiyai. Juga mempunyai darah keturunan raden (kerabat raja Jawa..wahhhh keturunan raja kah aku ni???? hehehe ).


Moyang lelaki dari keturunan Jawa "Magelen" dan moyang pompuan dari keturunan Jawa "Pati". Moyang lelaki juga merupakan seorang ulama yang sering berulang dari selatan ke utara Malaya mengepalai rombongan Haji ke Mekah. Moyang pompuan pula merupakan seorang peniaga dengan menguasahakan perniagaan menjual songkok. Mereka dikurniakan seramai 9 orang anak (5 putera dan 4 puteri) dan datukku merupakan anak yg ke 6. Akhirnya mereka telah berpindah ke Klang dan membuka sebuah kampung yang dinamakan Kampung Rantau Panjang. Walaupun kehidupan mereka berpindah randah tetapi kehidupan moyang lelaki sebagai seorang ulamak tetap diteruskan. Moyang lelaki dan pompuan telah lama meninggal dunia dah dikebumikan di Kg Rantau Panjang, Klang.


Pesanan moyangku kepada anak cucunya : JANGAN SESEKALI ANAK CUCU MEMAKAN IKAN TALANG KERANA IA MERUPAKAN SUMPAHAN KETURUNAN. Difahamkan ikan ini telah menyelamatkan salah seorang keturunan yang hampir lemas ketika menaiki kapal untuk mengerjakan haji. Ketika itu beliau seakan bersumpah agar keturunan tidak akan memakan ikan talang. Wallahuaalam.


Sekarang ini, kesemua anak-anak moyangku telah meninggal dunia dan yang tinggal hanyalah generasi kedua, ketiga dan seterusnya. Yang generasi kedua pun ramai yang telah meninggal dunia termasuklah arwah papaku. Semoga roh mereka-mereka ini dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan para solihin dan org2 yg beriman. Al-fatihah.



hanya kami berlima dari familyku yang hadir.....yang lain ada hal

salasilah moyangku....page 1


salasilah moyangku - page 2


anak-anak Hj Muhammad Amin dan Hjh Maimunah. Datukku Hj Ishak merupakan anak yang ke enam.



hasil perbincangan perhimpunan keluarga....berderet2 hingga tak cukup space white board tu.


wajah moyang lelaki - Hj Muhammad Amin ....hensemkan. Ramai kata mcm rupa arwah papaku sikit2.


ini pulak wajah moyang pompuan - Hjh Maimunah. Wajah datukku Ishak saling tak tumpah wajah ibunya....sebijik!!!!


perhimpunan bermula....start dengan wakil anak yang pertama ke hadapan...hingga seterusnya.


punyalah ramai....dari serata negara datang berkumpul. Penuh dan padat. Kat dalam khemah pun ada lagi.


hehehe aku ler tu!!!.



Aku terpaksa tampil di depan untuk menerangkan salasilah keluarga arwah datukku Ishak. Adik-beradik papaku ada 6 org kesemuanya dan hanya seorang sahaja yang masih ada.... my auntie di PJ. Yang lain semua dah meninggal. Disebabkan my auntie tak dapat hadir dan aku satu-satunya cucu yang hadir awal dan dikenali di kalangan sedara mara.....tetiba namaku di panggil gitiewwwww. Nevess hokay!!!!


Aku dikehendaki menerangkan nama-nama anak kepada Ishak dan ada berapa orang anak dan tinggal di mana mereka-mereka tu. Cousin-cousin aku semuanya datang lambat....mak terpaksa jadi wakil jurucakap weiiii. Sib baik aku ingat semua nama2 pakcik dan makcikku. So everything smooth and success. Alhamdulillah.


Untuk pengetahuan semua...dikalangan adik-beradik arwah papa ku...dia lah yang paling rajin mencari dan mengunjungi sedara-mara dari seluruh negara. Duduk celah mana dia akan cari juga. Aku masa tu masih kecik lagi. Sebab tu walaupun papa ku dah meninggal....sedara mara masih mengenali aku. Lagipun aku ni boleh dikatakan paling peramah dengan dorang dan cepat mesra dengan sedara mara. Masa aku datang tu....sedara mara semua peluk cium aku sebab kami dah lama tak jumpa. Disamping tu aku ada juga merujuk pada mamaku mana-mana sedara mara yang aku tak kenal.


Masa aku bagi speech tu sebak sangat. Sebabnya aku teringat pada arwah papa. Kalau dia masih ada ketika itu...dia lah orang yang paling gembira. Papa ku seorang yang sangat disenangi dan disayangi oleh sedara mara. Masa arwah meninggal dulu....rumah aku penuh dengan sedara mara dari seluruh Malaysia. Semua turun dan memberi penghormatan terakhir untuk arwah. Insya Allah aku akan jaga nama baik arwah dan tidak lupa untuk mengunjungi sedara mara mana yang aku termampu. Walaupun papa dah meninggal....aku tak mau hubungan dengan sedara mara terputus begitu sahaja. Ikatan ukhuwah itu penting.



generasi kedua yang masih ada...mereka ialah sepupu kepada papa ku. Semua tu datang dari jauh. From left Pakcik Hashim(Maran), Pakcik Mohd (Raub), Pakcik Adnan (Kuantan), Pakcik Romley (Bangi) dan Makcu Ramlah (Bagan Serai)


sebahagian generasi ketiga...termasuk aku ler. Cuma tengok most of them dah berumur dan dah jadi nenek...tapi aku still muda lagi berbanding mereka. Ini kerana datukku merupakan anak ke enam berbanding abang kakaknya yang jauh umur dari dia. Sebab tu dua pupu ku semua ni agak jauh umur daripada aku. Boleh dikatakan ramai diantara mereka ialah golongan alim ulamak...alhamdulillah.


bersama pak sedara sepupu...Pakcik Hashim and wife daripada Maran, Pahang.


ni pulak dua pupu aku....abang Ali (Klang) dan kak Han (Kuantan).....seronok jumpa dorang.


ni pun dua pupu aku ...abg Man (baju hitam) with his family.


bersama pak sedara sepupu....dari kiri Pakcik Mad (Bagan Serai) dan Pakcik Adnan (Kuantan)


bersama mak sedara sepupu sambil menjamu selera.......


Alhamdulillah semuanya selesai. Terima kasih kepada tuan rumah di atas jemputan dan jamuan yang meriah ini. Hidangan jamuan sangat sedap dan ada pelbagai jenis makanan. Aku makan sikit jer sebab seronok borak-borak dengan sedara-mara. Pulak tu adik aku sibuk ajak balik cepat.....geramm!!!!!. Tak puas aku nak berborak2 dengan dorang. Boleh dikatakan aku balik awal jugak dan tak sempat nak bergambar ramai-ramai kesemuanya. Takpalah panjang umur boleh jumpa lagi. Insya Allah.



p/s - this week aktiviti cabaran sihat ialah futsal match...wehuuuuuu. Ada sesapa yg murah hati nak sponsor hamper????



7 comments:

Azian Elias said...

dasyat lah leez. siap ada gambar moyang lagi tu..

kasihredha said...

terharunya..
best dpt jumpa sanak saudara

P/s : ada keturunan raden ye..:))

Leez M. Saaid said...

kak yan -

gambar moyang tu sy dapat drp sedara mara yg ada simpan. Hmmm....jumpa moyang pun tak pernah kak..hehehe.

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

yes seronok jumpa sedara mara.
haah ada keturunan raden.....wahhh tak sangka ada darah raja jawa...hehehe.
jawa pun jawa lahhhhh.

Unknown said...

ehh sama lahh sis . saya punn keturunan tak boleh makan ikan talang :) jalan cerita sama jeeeee

b'tia said...

keluarga saya juga tak boleh makan ikan talang, apa mungkin kita ni satu keturunan, atau cuma kebetulan saja. di jawa timur walisongo sunan drajat juga berpesan kepada keturunannya tidak boleh makan ikan talang sebab ikan talang pernah menyelamatkan sunan drajat saat berdakwah ke pesisir gresik. apa kita keturunan walisongo atau cuma kebetulan. hehe wallahualam

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM, BOLEH BERBAGI CERITA. KETURUNAN SAYA PUN TAK BOLEH MAKAN IKAN TALANG APA KITA BISA SALING BERBAGI CERITA. MOHON IJINYA.