Ads

October 10, 2011

Day 2 - Penang Trip 2011 : Bukit Bendara (Penang Hill)


Lepas dah solat Zuhur, kami berangkat menuju ke destinasi seterusnya di pulau plak. Destinasi kami ialah ke Bukit Bendera Penang Hill. Dulu masa zaman muda belia aku ada gak naik Bukit Bendera ini...aduhaiiii azab gilos masa tu. Tau tak kenapa? Sebab tren tu masa nak mendaki mcm setengah nyawa. Berjam2 aku rasa nak sampai ke puncak.


Tetapi sekarang dah cantik dan baru. Walaupun orang ramai kena beratur nak membeli ticket...tetapi nak menunggu naik ke atas tidaklah lama sangat. Semuanya lancar dan cepat. Masa tu kan weekend yang panjang sebab cuti Hari Mesia...so orang memang ramai lah beratur nak membeli ticket. Harga ticket sekarang untuk seorang ialah RM8. Tetapi syaratnya kena tunjukkan Mykad.

Kami yg wanita turun kereta dulu beratur untuk membeli ticket dan yang jejaka pulak busy mencari parking. Parkling di sini sangat azab hokay. Terpaksalah kami parking di kawasan rumah orang.



ramai betul yg beratur nak beli ticket...panjang hingga ke gate

ni plak beratur kat dalam...


aku bergambar dgn blogger femesssss......ahakss


yeaaa....dah dapat ticket. Thanks Zaharah tolong beraturkan utk beli ticket.


ini ticketnya RM8


yahoooo...dah masuk dalam tren. Cuaca di atas nampaknya agak berkabus dan sejuk


beginilah suasana di dalam tren yang baru itiewwww.


ketika ini dah sampai di puncak atas....cuaca sejuk dan berkabus. I likeeee!!!!


i wuz here babe!!!


ehemmm...gambar ni eksklusif sebab ada dalam camera aku ajer. Empunya diri pun takda gambar ni. Berapa mau bayar??




Cuaca ketika kami sampai di Bukit Bendera ini agak sejuk dan berkabus. Lupa plak nak bawak baju bulu-bulu. Ahaksss over......ala2 versi kat obersea lah ni hehehe. Betullah kan...sebab aku nak sampai ke sini kena redah sea......over the sea apa.


Ketika ini dah nak masuk waktu solat Asar dan kebetulan di atas ni ada masjid. So di kesempatan itu kami bersolat Asar terlebih dahulu. Orang yang berada di atas ni boleh tahan ramai. Food court ada tetapi agak tidak teratur sebab masih under construction. Niat nak beli cup corn yg sedap di sini tetapi tak jumpa plakkksss.



ada gaya model tak?? huissshhhhhh


nak ke masjid kena mendaki sikit. Memang berpeluh dan beribu kalori terbakar.


kalau dah namanya blogger femes.....mana2 ajer mesti nak berfoto. Sampaikan kek yg Zaharah bawak pun depa nak snap...haishhh.


alhamdulillah selesai sudah solat asar di sini.


Masjid Bukit Bendera......dan 2 orang penjaga masjid!!! :p


di mana ceruk puncak...mesti nak berposing


kalau ada sesapa nak bergurau senda dengan ular pun boleh. Uikkkkk aku geli bab2 ulau ni.....


lihatlah betapa ramainya orang di atas puncak Bukit Bendera ini



nampak tak bangunan yg tinggi tu? Itulah bangunan Komtar...dulu dikenali sebagai bangunan tertinggi di Malaysia. Cantikkan permandangan dari atas...bandar Penang


boleh nampak Jambatan Pulau Pinang dari atas.......nice view!!!



Ok...selesai sudah pengembaraanku di Penang Hill. Oklah just nak amik experience merasai naik tren yg baru tu. Cepat dan pantas. So, sesapa yg dah tak pernah naik ke Penang Hill ni boleh gi nanti. Dengan syarat korang kena tunjukkan Mykad untuk mendapatkan harga RM8. If not, korang kena charge harga pelancong....entah tak tau how much but more expensive lah.



p/s - Badanku sakit2 selepas mengikuti fitness training di Celeb. Fitness. Badan ku terkejut kot...hehehe.




8 comments:

kasihredha said...

waktu kecik2 dulu je naik bukit bendera ni...teringin nak naik lagi bila tengok gambar2 leez ni :)

ogy azmin said...

wah!!3x... beraya sakan smpi ke penang eh? best sgguh nmpk gayanye...
entry leez ini sgt membantu sbb G akan ke penang next month pulak...bergilir kite yea. so, jgn lupa bagi tahu nama nasi yg best tue yea. x kuasa G nk beratur pjg2 tue..

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

yelah kak...kena try lagi naik tren yg baru ni....oklah cuma mahak skit.

Leez M. Saaid said...
This comment has been removed by the author.
Leez M. Saaid said...

Ogy -

pasal nasi kandaq yg sedap tu....tunggu entry seterusnya.hehehe.
Kena gi tempat tu....org Penang yg rekemen...mmg sedap. tak pyhlah duk beratuq berjam2 kat tempat lgi satu tu...huhuhu

@xiM said...

best tak bukit bendera??hahahaa..

dah turun berapa KG kak leez???

Leez M. Saaid said...

axim -

oklah best.

hmmm...lupa nak timbanglah...ahakss

Miss. Tina said...

Masa Tina g Penang (Feb 11) x siap lg tempat nih....ini yg nak kena repeat nih view sangat cantik kalo snap gambo nih..