Ads

October 17, 2011

Hari Raya With Friends Part 3


Alhamdulillah dah habis citer Penang. Sambung balik citer raya..hehehe. Dah sebulan Syawal habis tapi citer raya aku tak habis-habis lagi. Tahun ni memang aku sakan beraya dan meriah dengan jemputan open house. Terima kasih pada rakan-rakan yang mengingati diriku dan kesudian menjemputku beraya ke rumah korang semua.


Kali ni aku nak citer pasal beraya di rumah Pak Azuan. Mesti korang terfikir kenapa aku panggil dia Pak Azuan....sebabnya dia ni dulu pernah duk Jakarta selama 3 tahun. So nama Pak tu mcm dah sebati dengan diri dia....secocok orang Indon kata...ahaksss. Jangan marah hah pak!!!!
Kami berempat termasuk aku, Azim dan Zaharah pi beraya umah Pak Azuan ni. Ada lagi 2-3 orang yang dia jemput tapi semua ada hal pada hari tu. Kebetulan juga Azim turun KL sebab dia masuk KL Marathon pada esok harinya. Korang yang baca blog aku ni....mesti terpikir balik2 muka dorang ni dalam blog aku...hehehe. Apa nak buek dorang bertiga nilah yang setia bersamaku ke mana saja aku pergi. Ahaksssss.......


Jom kite tengok apa yang Pak Azuan jamu kami pada hari tu. Makanan malam tu sedap-sedap uolsssssss. Mak ajuan yang masak...



Ada nasi dagang yang dimakan dengan gulai ikan tongkol dan gulai ayam.....yummy!!!

kami tetamu sebelum menikmati juadah...tuan rumah tukang snap gambar


selepas makan......bergambar lagi. Gitulahhh kami.


Akhirnyaaa...barulah gambar tuan rumah keluar. Pak Azuan yg belah kanan tu. Korang mesti kenalkan.....sebab muka dia bersepah2 dalam blog aku ni...huhuhuhu.



-----------------------------------------------------------





Jemputan beraya yang seterusnya ialah di rumah Qis/Burn. Disebabkan aku ada hal pada tengahari tu di Banting...so aku sampai agak lambat sikit. Jangan tak tahu......Azim dan Azuan pun ada sama waktu tu.....biasalah dorang tu asik nak mengekor aku jerrkkk. Hahahah...kena lagi sebijik. Taklah....dorang pun dapat jemputan juga.


Kami boleh dikatakan tetamu yang paling akhir sekali. Habis jer makan.....azan maghrib pun kedengaran. Dorang berdua singgah solat di surau dan aku plak terus balik ke rumah...Mak cuti tak leh solat masa tu!!!!! Juadah untuk kami pada hari tu ialah soto, nasi impit, kuah kacang, rendang, spaghettie dan lontong kuah lodeh. Alhamdulillah sedap semua makanan... terima kasih tuan rumah.



bergambar dengan tuan rumah


masa ni dah nak balik...bergambar di arch ni mcm acara wajib gitu.....



------------------------------------------------------------




Jemputan ini pula ialah daripada ahkak kesayangan ku Kak Rose. Sebenarnya masa ni bulan Syawal dah habis pun....tapi niat dia ialah nak menjamu kawan-kawan untuk majlis harijadi puterinya sekali. Oklah tu....two in one. Kak Rose masak mcm2 uolssss......memang tak larat aku nak makan...sebab banyak sangat makanannya. Yang paling aku tabik spring ialah...semua tu dia masak sendiri. Aku ulang sekali lagi....dia masak sendiri uolssss!!!!


Nak tau apa yg dia jamu kami? Ada lemang, satay, bakso, laksa Penang, nasi dagang, sosej, nasi goreng, ayam BBQ, kerang bakar, tapai....dan macam-macam lagi. Semuanyaaa sedappppppppppp!!! Air tangan Kak Rose memang meletop. Tapi aku ralat gak sebab tak dapat nak jamah semua. Kekenyangan ahkak tau!! Malam tu lepas maghrib plak ada jemputan lagi satu rumah.




kawan secompony....Amira and Jack ....ehhh...baru perasan sedondon kita ekk. :p


teman seoffice dan secompany (lain branch).. Kak Asmah, Kak Rose, Kak Shikin, me, Amira and Jack


Pak Ajuan pun ada...dulu dia secompany dengan aku. Skrg dia dah gi ke puncak tinggi di tingkat 69.


sessi potong cake untuk puteri Kak Rose..Alia.


--------------------------------------------------------------------




Selepas beraya di rumah Kak Rose, aku ada lagi satu jemputan di Shah Alam. Kali ni jemputan daripada teman blogger Kak Yan. This was my 2nd time jumpa dengan Kak Yan. Masa 1st time jumpa...dia datang beraya ke rumah ku. Aku dah biasa gak area Shah Alam ni...so takda masalah nak cari rumah Kak Yan. Besar dan cantik rumah dia.


Kebetulan Kak Yan kata majlis makan-makan ni adalah dibuat khas untuk blogger-blogger.
Aku nama ajer blogger tapi tak semuanya aku kenal. Ada beberapa orang blogger yang aku jumpa malam tu di rumah Kak Yan...tapi aku tak kenal mereka. Dalam ramai-ramai tu aku kenal sorang ajer iaitu blogger Alin.


Malam tu Kak Yan menjamu kami makanan yang sedap-sedap...homemade. First time aku merasa burasak (makanan org Bugis). Walaupun datukku ada keturunan Bugis tetapi aku tak pernah merasa makanan ni. Burasak ni dimakan dengan opor ayam dan sambal goreng...fuhhh sedap!!!. Selain tu ada laksa Johor dan spaghetti bolognese & meatball. Alhamdulillah terima kasih tuan rumah.




dessert utk kami pun sedap2 belaka....jujur cakap memang sedap.


belah kiri blogger Ain, Suhaila, Kak Yan and me....juga first time jumpa. Blogger lain yang jumpa ialah DrHanie dan Alin.....tapi lupa plak nak bergambar ramai-ramai.


blogger Alin yg paling rajin menegur aku di blog ini. First time jumpa Alin...comel orgnya.


Kak Yan bergambar dgn Alin....



Ok selesai sudah majlis makan-makan dengan kawan-kawan. Seronokkan sesekali jumpa kawan di majlis macam ni. Alhamdulillah sejak menjadi blogger ni aku jumpa ramai kawan baru. So far semuanya aku boleh ngam dan boleh jadi kawan untuk sembang-sembang. Lagi ramai kawan bertambah panjang perjalanan dan bertambah banyak contact kita diserata negeri. Sepanjang aku menjadi blogger ni aku tak pernah bercouple dengan sesapa di alam maya ni...kecuali sorang ni. Hmmm....banyak yang aku tak tahu pasal dia rupanya. Akhirnya pecah tembelang dgn perangai dia seorang penipu dan kaki perempuan. So aku dah serik kenal mana2 guys yg nak jadi bf aku di alam maya ini....serik maa!!! Setakat menjadi kawan...aku no hal.



3 comments:

OAK said...

Pak Azuan ingin menegaskan walopun mukanya bersepah dalam blog femes ini, dia bukanlah seorang yang mendambakan publisiti. Atas dasar itu jugalah blognya yang bertaraf nusantara di tutup kerana tidak mahu bergelumang dalam dunia glamor yang penuh pancaroba.

- PA Gadhogadho

Leez M. Saaid said...

alahai pak ajuan....mengaku ajerlah yg kamu seronok merasa tempias keglameran sejak muka bersepah2 dalam blog ini.....suka bukan??

jangan poyo kay!!

@xiM said...

hai..tumpang lalu sat...