Ads

October 14, 2011

Day 3 - Penang Trip 2011 : Nasi Kandar Kg Melayu


Sudah masuk hari ke-tiga kami berada di Penang. Tak sangka pulak baru hari ke-tiga sebabnya sepanjang 3 hari tu pelbagai aktivi kami dah rasa mcm seminggu berada di Penang pulak hehehe. Anyway...this trip was awesome and memang puashatilah. Harap korang yang membaca entry Penang ini tidak boring sebab berlarutan berepisod-episod untuk menghabiskannya. Aku yang menaip ni pun rasa letih semacam. Sabaq naa...tinggal satu entry jer lagi. Pastu aku switch ke citer lain pulak.


Pagi jam 8 kami dah check-out. Uikkk kejap bebenor kami duk di hotel ni. Rasa mcm tak berbaloi plak. Tapi tak pa semua itu anggap sebagai satu pengalaman indah. Hotel ini menyediakan simple breakfast. Makan ala kadar ajer sebab selepas itu kami ada tujuan lain sebenarnya. Apakah itu????


Masa check-out ini kami berempat sahaja. Manakala Norma dan Syazana masih ngorok dalam bilik hotel. Depa tak mau ikut kami jalan-jalan tempat lain. Nanti tengahari baru jumpa kat one place ni.


ini cafe di dalam hotel tu

we just took simple breakfast...oklah tu.


wehuuuuuuuuu...tu dia kembaq dengan baju barunya. Adidas uolsssss!!! Sehati sejiwa gitiewww.


bergambaq di depan lobby hotel sebelum kami berangkat meninggalkan Batu Feringghi. Mcm tak puas ajer duk sini.....aku pasti kembali lagi selepas ini.



Destinasi seterusnys...jeng..jeng...ke manakah kami??? Huhuhu....sila lihat signboard di atas. Kampung Melayu Lama? Apa ada di stu? Apa yg istimewa sangat disitu sampaikan beriya-iya kami nak pi jugak?


Tadaaaaaa....inilah tempatnya yang aku kata ada nasi kandaq tersedap di dunia. Namanya ialah Nasi Kandar Kg Melayu. Ia terletak di kawasan flat Kampung Melayu. Aku sebenarnya tak reti nak pi sana. Korang ikut jalan ke Bukit Bendera. Nanti sebelum tu akan nampak signboard ke Kampung Melayu. Follow ajer signboard itu sehingga nampak perumahan flat di situ. Kat bahagian belakang flat tu ada pasar. Sebelah pasar tu jer boleh nampak rumah kedai Nasi Kandar Kampung Melayu. Kat situ juga ada kedai-kedai jualan lain. Cuma nak ke sana agak tersorok sikit. Tetapi.....walaupun tersorok nasi kandar ini sangat terkenal di kalangan orang-orang Penang.


Mulanya aku memang tak tau pasal nasi kandar kat sini. Yang aku tau terkenal ialah Line Clear dan yang kena beratur panjang tu. Pastu bila kami dah sampai penang dan berjumpa dengan orang-orang tempatan di Penang....dorang rekemen kan tempat ini. Katanya yang pi kat beratuq tu kebanyakannya orang luar. Ramai tak tau pasal yang kat Kg Melayu ni.


Wahhh macam teruja bila mendengarnya. Disebabkan aku agak frust dengan yang beratuq tu....why not aku nak mencuba yang kat sini pulak. Sib baik Zaharah pandai tunjukkan jalan. Orang Penang mesti terer bab-bab jalan ni kan. Untuk pengetahuan semua nasi kandar ini hanya dibuka pada waktu pagi sahaja. So...kalau korang nak mencuba kesedapannya kena datang waktu pagi. Tutup hingga sebelum tengahari rasanya.




bila kami sampai...tu dia ramai dah beratuq. Walaupun ramai yang datang makan kat sini.....still tak lama menunggu. Sebabnya sesapa yang nak beli bungkus kena beratur kat sebelah...depa asingkan. Baguslah mcm tu kan.


masa ni aku belum makan...tengah beratur. Tengok lauk yg berperiuk-periuk tu aku dah tau mesti sedap punya. Dia akan campurkan kesemua kari tersebut.....menarik bukan???? Lauk tu masih panas dan sangat fresh....ni barulah dipanggil nasi kandaq ya tuan-tuan dan puan-puan.


overkan minah ni...nak jugak tu berposing di sisi mamak tu..hehehe


di sebelahnya ada jual roti canai....yang beratur boleh tahan ramai jugak. Still under restoran yang sama.


ini ialah tempat makan. Kat sebelah ada lagi satu space utk tempat makan. Masa ni memang ramai orang. Mesti sedapkann.


menu dan harga yg dipamerkan


ini lauk yg aku amik. Ayam goreng dan sayur kobis. Karinya memang nampak sangat menarik. Ayam goreng tu panas dan sangat sedap.....aummmmm lapaqnyaa!!!!


ni Azim punya nasi kandar...wahhhh kuah banjirr uolsssss.


jemput makan semuaaaa....Bismillah.....


taulah korang kembaq....takkan makan sepinggan kot!!!!!


masa kami makan ni tetiba zaharah takda. Rupanya dia pi pasar sebelah tu dan beli kueh dan buah2an di situ. Tengoklah meja kami penuh dengan makanan.


Zaharah belikan kueh apom telur. Ya Allah sedapnyaaaaaaaaa....lembut dan enak.


what i can about the food here....sangat sedap dan highly recommended. Tengok kat tangan aku tu.....memang terbaik!!!!! terima kasih pd org2 Penang yg rekemen tempat ini.




Alhamdulillah kekenyangan sudah. Destinasi seterusnya ialah....kami ke Little India....tujuan nya aku nak beli rempah sebab nak masak nasi kandar pulak. Nak jemput kawan2 mai rumah merasa nasi kandar aku ...hehehe. Boleh caya ke? Tungguuuuuuuuuuuuuuu.......



p/s - tetiba mcm rindu pada seseorang. Dia sibuk agaknya.




16 comments:

kasihredha said...

kena cari ni leez kalau ke Penang.
Akak tertarik sgt dengan apom telur tu :)

Anum said...

sweet holiday

Alin Marlini said...

Kak Leez..lagi sedap dr Line Clear ke?

Miss. Tina said...

Tina berkenan dengan apam telur tu jer...nak try jugak one day

h4ni3 said...

entah bila nak sampai penang ni..
tapi kalau terrrrsampai satu hari nanti, saya mesti refer blog k.leez balik! :D

Rozita said...

I pernah makan kat line clear. Suka sangat dengan lauk telur sotong. Kat Kg Melayu tu, ada tak lauk telur sotong ? Rasa cam nak makan nasi kandaq la niii jugak !!

@xiM said...

miss me lah tu kan??

ahakss..

kemang~ said...

outing dgn geng2 blogger eh?

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

apom telur tu mmg sedap...mcm serabai gak
..kena cuba tu kak

Leez M. Saaid said...

anum -

yess..sweet
sweet memories

Leez M. Saaid said...

alin -

yeaa....lagi sedap drp line clear
tgk tak jalan2 cari makan....ada masuk tadi..

Leez M. Saaid said...

Tina -

mmg sgt sedap apom telur tu...
teringat2 plak....

Leez M. Saaid said...

hani-

hari2 singgah blog kak leez pun takpa....i x charge pun..hehehe

Leez M. Saaid said...

rozita -

rasanya ada lauk telur sotong tu...
lauk di sini mmg sedap dan terbaik...masuk dlm jalan2 cari makan...wehuuu

Leez M. Saaid said...

axim -

biarlah rahsia...ahaksss

Leez M. Saaid said...

kemang -

geng blogger sorang jer...yg lain2 tu bukan blogger. Ada lagi sorang plak blogger dah pencen..hehehe