Ads

April 12, 2011

UK Trip : Snowing @ Edinburgh

Nampak tak tulisan di atas? Liz @ Edinburgh..huhuhu.. Pagi tu aku tidur mati tidak sedar diri. Tetiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu gedegang-gedegung....sapa plak pagi2 buta mengacau aku tidur ni. Sekali bila aku bukak...kawan aku cakap cepat selak langsir tu...and tengok apa ada kat luar. Aku dengan muka mai-mai pun selak langsir tu...Ya Allah it's snowing!!!! bestnyaaaaa.......melompat aku masa tu ahaksss!!! Kawan aku suruh cepat mandi dan bersiap kita ambil gambar kat bawah. Masa tu aku dah berangan nak golek-golek atas snow kat bawah..hehehe. Akhirnya impianku menjadi kenyataan juga. Aku ingat balik kata-kata taukeh kedai kebab yg aku makan semalam.... dia kata mana tau esok pagi tetiba turun snow di bumi Edin ini. Memang betul apa yg dia cakap. Kat sini memang boleh tengok weather forecasting and they said ada snow kat Edin tetapi masa aku sampai semalam takda snow turun di sini. Rupanya rezeki aku memang nak merasai snow turun di bumi Edin ini pagi tu. Bukan di Beijing dan Seoul tau....ahakss!!!. Syukur sangat....merasa jugak aku titik-titik snow turun di atas tangan aku ni...hehehe.


tu dia... aku merakam kan di saat snow turun.....masa ni tak lebat pun setiap snow yg turun akan cair....

apahal plak bawak beg HRC tu?? Sebenarnya pagi tu aku nak tukar baju yg aku beli semalam....aku nak tukar design lain hehehe

aku bergambar di hadapan guesthouse yg aku stay tu

kat cafe dalam guesthouse tu





Pagi tu kami meronda lagi di bandar Edinburgh. Actually mengikut planning kami ialah nak pergi ke Loch Ness....juga tempat castle and lake yg cantik (lake tu ada monster). Akan tetapi kami decided not to go bcoz jauh sangat hingga 4 jam perjalanan. Pulak tu keadaan cuaca yg tidak mengizinkan. Merbahaya katanya nak bawak kereta. Orang kata tempat tu memang cantik dan tidak sah perjalanan anda ke Scotland jika tidak singgah ke tempat itu. Takpalah takda rezeki kami. Aku kena kesian gak kat kawan aku kena drive sorang-sorang.

Then, kami decided nak ke Calton Hill ajer....juga terletak di bandar Edin ni. Tempatnya juga di kawasan bukit. Dah nampak dari jauh tapi tak reti camana nak cari entrance. Nasib baik orang Edin ni baik2 belaka.....membantu kami mencari entrance. Free ajer ke sini tak perlu bayar. Dari jauh aku dah nampak tempat ni sudah dipenuhi dengan snow. Weehuuuuu.

sesat cari jalan.....aku sempat snapping pic ini di kawasan park...kat situ kelihatan bunga tulip baru tumbuh sikit....nanti spring menjelma sure dah besar pokok tulip tu.

ahakssss..

jalan punya jalan....aku nampak lake ni....Subhanallah cantiknya tempat ni...keputihan dengan salji


apalagi snapping sakan lah aku....pulak tu pakai baju hitam putih....memang sesuai dengan background putih gunung bersalji tu


i like this background


entah tak tau apa nama lake ini


aku dikelilingi oleh itik2 yg kesejukan itiewww......comel ajer itik2 itu




masa ni kawan aku tu duk dalam kereta dan Denniz yang keluar tolong ambilkan gambar aku. Dah puas berposing....aku pun berlari nak masuk ke dalam kereta. Belum sampai kereta...aku dah tergolek...alamakkkk!!! Rupanya jalan tu licin sebab ada ais. Aku jatuh merangkak...habis kotor jeans aku....cisssss.... Padahal kawan aku dah pesan...jgn berlari coz tempat ni licin. Hmmmmm padan muka :p





berhenti lagi di tepi jalanraya...sebab nak berposing berlatarbelakangkan gunung ini...aku tengok ramai yg berjalan kaki naik ke atas tu....ishhhh sejuk2 mcm ni




aku ingin terbang.....tolong jgn muntah tgk aksi aku terbang tu ehhh.. :p





Akhirnya kami jumpa camana nak masuk Calton Hill ini. Aduhai kena mendaki tu....pelan-pelan naik Insya Allah sampai. Masa ni sejuk giler sampaikan nak press butang camera pun susah. Kena bukak glove tapi tangan rasa beku sangat. Jangan tak tahu...angin pulak tu bertiup kencang. Aduyaiiiii betul-betul dugaan aku kat sini.


Pada mulanya kawan aku tu malas nak naik sejuk sangat and he said nak duduk dalam kereta ajer. Ishhhh....aku marah kat dia. Ada ke dia suruh aku pi naik atas tu dengan Denniz berdua. Hmmmm...aku dah tarik muka masa ni. Aku terus tarik si Denniz...jom kita pergi tinggalkan dia. Macam drama plak masa ni. Denniz gelak ajer...hahahaha. So, aku share pakai payung dengan Denniz and kawan aku alone at the back. Dalam diam membontot aku kat belakang sorang-sorang. Hahahah kelakar masa ni...kes merajuk punya pasal. Aku ni memang mengada sikit...hehehe. Kat atas angin kuat.....habis payung kami patah hahahaha. Dengan muka tak malu aku tumpang payung kawan aku tu plak...hehehe



amik berkat pegang snow...mana tau satu hari Mesia pun turun snow gak....hahahah




di atas Calton Hill....belakang aku tu ialah bandar Edin



nampak tak yg pakai payung belakang aku tu......dia bawak diri sorang-sorang sebab aku tak layan dia...ahaksssss



di kawasan puncak Calton Hill


welcome to Calton Hill




maaf keadaan gambar ketika di atas hill ini kurang memuaskan kerana lens aku asik berkabus ajer....susah betul nak snap pictures. Kesian Denniz bersabar melayan kerenah aku berposing. Ahkak rasa diri mcm model plaks.....ahaksss perasan.



aku plan nak golek2 kan diri masa kat sini tetapi Denniz kata jangan coz snow tu basah....and mengotorkan baju. So, aku tak jadi nak golek2. Hehehe





korang jangan termuntak plak tgk pic aku yg melambak2 kat sini..


gambar ni menunjukkan snow dah cair sikit tapi keadaan sangat licin....silap2 boleh terlentang






wahhhh...nampak bumbung2 di bangunan bandar Edin ini ditutupi dengan snow....



berlatarbelakangkan bandar Edin




ni masa nak balik menuju ke kereta. Nampak tak jalanraya yg dah jadi ais....licin sangat masa ni


after that...aku datang semula ke Royal Mile sebab nak beli lagi souvenir yg tak cukup....hehehehe.


take a break jap....minum hot choc my favourite



Thanks to Denniz yg byk membantu snapping foto model yg tak bertauliah ini. Sesekali jadi model apa salahnya...ahakssss





Okay sekian untuk entry kali ini....next entry plak.....tunggguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!









6 comments:

Madam Sooyaree said...

Wahhh... sakan bergambar! Hehehe... best nye ada orang nak tolong amik kan. Saya pernah sampai sekali aje ke Edinburgh. Tu pun masa tu duduk Livingston, pergi melawat aje la. Sempat gi castle yg dekat tattoo tu aje, ngan bangunan2 berdekatan :)

Yan said...

hamboiiiii!!! sakan gambar tau.. cantik nya..

kalau jumpa monster tu cium. sure keluar prince charming...heee..

kasihredha said...

leeezzzzz
cantiknya gambor2 tuh
akak suka gambor kat tasik tu..
hitam putih, kena dgn jaket leez hitam putih gak.

Leez M. Saaid said...

sooyaree -

bestkan Edinburgh....
rasa mcm tak puas nak gi lagi.
I gi sana 2 malam ajer mcm tak dcukup masa.

Leez M. Saaid said...

kak yan -

masalahnya....sy tak jumpa pun monster tu...tak sempat nak gi..
kalau tak mesti dah jumpa prince charming idaman hati ahakssss

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

yeaa kak...sy pun suka kat tasik tu...mmg sangat cantik...putihhh ajer. i like this place very much