Ads

April 18, 2011

UK Trip : From Scotland Back to England





Entah bila lah nak habis entry UK Trip ni. Banyak sangat...al-maklum aku stay sana sampai 2 minggu lebih. So banyak benda nak kena cover. Pas ni banyak citer pasal shopping plak yea coz aktiviti aku di England ialah shopping dan shopping...ahaksss.

Ok back to this entry. Awal pagi hari Ahad kami dah check out from hotel. Alasannya....banyak tempat yang kami hendak singgah on the way back tu. So, awal jam 6.30 pagi kami dah check-out. Masa tu dah terang sikit.....sejukkkks sangat. Masa on the way tu...kami melalui jalan yang sama masa kami pergi hari tu. Niat di hati berkata...minta-minta aku dapat tengok snow lagi. Aku nak sangat ambil gambar di tepi-tepi rumah kampung yang ditutupi dengan salji tu. Sebab masa gi hari tu tidak kesampaian.....sebab ada orang tu malas nak berhentikan kereta kannn. Merajuk tak sudah aku masa tu. Kali ni aku dah bgtau awal-awal....aku nak gak dia berhenti jap utk aku mengambil gambar. Mengada kan minah ni.

Thanks dear......heheheh tersenyum aku bila tetiba dia berhenti di tepi jalan tu. Perghhhh sangat cantik tempat ni. Sila anda semua tengok gambar-gambar di bawah. Masa ni awal pagi belum berapa terang sangat....so dalam gambar nampak mcm mendung jer. Kat area kampung ini lah yg snow turun lebat masa aku pergi hari tu. And masa aku nak balik ni....the snow still there but dah berhenti turun lah. Kebanyakan penduduk di sini adalah peladang kambing biri-biri. So, masa aku turun tu....ada sikit bau taik kambing...hahahaha.



inilah permandangan rumah kampung di tepi main road hala nak balik.

dorang parking kereta tepi jalan ajer....

keliling rumah dorang masih bersalji.....cantik aku suka masa ni

nampak tak background tu ada gunung yg masih bersalji. Masa ni spring season krg sikit snownya...agaknya kalau winter season mesti putih semua kannn.....

pagi2 buta duk sakan berposing di tepi rumah orang....agaknya tuan rumah tu duk berdengkuq lagi...hahahaha




thanks Denniz for snapping these pictures...like it.




aku sangat suka sebenarnya...hehehehe...




Lepas sakan bergambar di tepi rumah orang...hehehe....kami meneruskan perjalanan lagi. Permandangan sangat cantik dan keputihan. Gunung ganang kiri kanan diselaputi salji. So, aku bgtau kawan aku tu.....tolong berhenti jap sekali lagi aku nak ambil gambar lagi. Hehehehe...mood dia okay....terus dia berhenti jap. Mekacih ehhh!!!. Kali ini permandangan gunung ganang pulak. Perrghhh cantik gilossss. Aku rasa mcm poskad plak bila tengok gambar-gambar ni. I like it!!


Awal pagi jadi kereta memang tak banyak. Perjalanan sangat smooth and sangat segar bugar. Then bila dah nak sampai ke England....snow pun habis dah. Alaaaaa sedihnya. Entah bilalah aku akan merasai lagi snowing mcm ni. Pengalaman yg best actually sesekali gi oversea time ada snow...tetapi yg tak bestnya kita ni tak tahan sejuk. Segala2nya susah....nak pakai jacket...nak pakai baju berlapis2...nak pakai boot...nak pakai glove...nak pakai stokin and mafla lagi. Nampak mcm segak jer kan bila dah berpakaian begitu tetapi betapa siksanya nak bawak diri hanya Allah yg tau. Udah ler nak bawak badan yg berat ni....pakaian pun berat jugak....ahaksss...memanglah tak selesa nak bergerak. Time berjalan tangan dok masuk dalam pocket ajer.....angin sejuk tak tahan.



gunung ganang yg keputihan dgn salji


ni jalan highway dorang


kesejukan tak tahan




aikk baru perasan betapa banyaknya pic aku kat sini kannn.......tolong jgn muntah lagi ahaksss...enjoysss





Next entry plak...pengalaman aku berada di dalam Old Trafford Stadium, Manchester





6 comments:

@xiM said...

tak mau komen banyak sebab jeles yang hamatzzz

kasihredha said...

nasib baik kawan leez tu mood dia ok time tu kan. Dapat juga akak tengok gambar cantik2.

Azian Elias said...

gambar lah bebanyak Leez. tak dapat p, dapat tengok pun happy..

Leez M. Saaid said...

axim -

hahaha....lepas ni sy nak bagi awak jelesssss lagi...ahaksss

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

mood dia mmg ok kak tapi dia sajer nak bagi saya muncung selalu....duk menyakat

mmg cantikkan kak kat sana...

Leez M. Saaid said...

kak yan -

hehehehe......takpa kak one day Insya Allah dapat gi gak tu...pujuklah cik abg tu hehehe