Baru-baru ini sempat lagi jalan-jalan makan angin ke negeri Selangor. Sajer nak menghabiskan masa lapang dan menghilangkan kesunyiaan...ngeh3. Mesti korang terfikir ke mana lah aku pi makang angin tu??? Aku pun duk area Selangor tapi tempat yg aku gi ni kat area tepi pantai belah nak ke Perak nunnnn.
Tempat aku gi ialah Dorani Bayu Resort D'Muara Marine Park di daerah Sungai Besar. Kalau korang tak reti mana satu Sungai Besar...tempatnya atas sikit lebih kurang sejam dari Kuala Selangor. Sampai ajer di kawasan Sungai Besar ni....korang akan nampak signboard Homestay Hj Dorani belah kiri anda. Jalan depan sikit nampak Petronas belah kanan dan BP belah kiri anda. Lepas BP terus masuk kiri.... ada lorong masuk ke situ. Korang memang takkan nampak signboard ke resort ini. Masuk ajer lorong tu...ada ramai orang menjual sayur kampung dan ikan segar dari laut. Depan sikit lagi masuk kanan.... dan masuk kiri pulak. There you are....dah nampak Dorani Bayu Resort.
Camana aku tau tempat ni?? Aku sajer gooogle and tup tap terjumpa tempat ini. Nice place and sesuai untuk membawa family menikmati angin laut dan bersantai tengok nelayan. Kalau korang tengah frust bercinta ke....ada masalah rumahtangga nak cari kedamaian seketika ke....boleh lah datang ke tempat ini..oppppssss!!!!! Jgn ada yg terasa yeakk~~~~~
Kalau nak cerita lanjut tentang rate di tempat ini boleh masuk link ini Dorani Bayu Resort D'Muara Marine Park.
Maaf aku tak sempat nak amik pic bilik di tempat sebab terlupa heheheh. Kat sini ada chalet (atas laut) dan apartment (atas darat).
ada pelbagai jenis ikan segar dari laut di tepi lorong jalan menuju ke resort ini
sayur-sayur kampung pun ada dijual di sini
nampak tak nun dihujung sana ialah resortnya....yg ni plak kawasan nelayan
masa ni petang.....aku duk tengok nelayan sibuk siapkan jala utk gi ke laut
wuz here babe!!!
tempat berbumbung tu ialah
Muara Ikan Bakar......boleh makan seafood di sini
kalau nak memancing pun boleh.....tak taulah ikan apa yg ada kat sini
ini kawasan resort ......aku ambil dari tepi jeti
Masa aku lepak di sini ialah jam 7 petang matahari dah nak terbenam. Masa ni kelihatan beberapa orang nelayan tengah bersiap untuk pergi menjala di tengah laut. Sempat juga interview pakcik-pakcik ini. Bila tengok dorang kesian pun ada....demi mencari rezeki tidak kira waktu walaupun ketika itu dah nak masuk waktu maghrib. Kesian kan...
Pakcik nelayan ini bgtau.....biasanya dorang turun ke laut 2 kali sehari iaitu di waktu selepas subuh dan pulangnya tengahari untuk mencari udang. Satu lagi dorang keluar jam 7 petang dan pulangnya jam 11 malam untuk mencari ikan pulak. Biasa yang dapat ialah ikan bawal...mahal sikit harganya.....tupun ikut musim. Kadang2 dapat ikan lain. Then ikan tersebut akan dijual kepada peraih mengikut timbang berat. Aku tengok budak muda pun ramai yang gi ke laut. Asalkan halal rezeki tu.....takpalah kan.
Aku rasa macam pengalaman yg best pulak...sambil duduk lepak tepi ni dan dapat pulak interview pakcik-pakcik nelayan ni. Pengalaman yg jarang aku dapat rasai dan ianya sangat memberi keinsafan dan aku terfikir bersyukur pada Allah dengan rezeki yg aku ada sekarang.
belakang aku tu ialah resortnya
dengan pakcik ni yang aku banyak berborak pada petang tu.... terima kasih pakcik kerana meluangkan masa berborak dengan saya
pakcik ini sedang mengirai jala sebelum mendamparkannya ke tengah laut nanti.....
budak-budak muda pun ramai ke laut...
ketika ini...sunset
ini plak...bilik yang aku stay.....rezeki aku dapat bilik yg mengadap laut......rate berbeza jika bilik mengadap laut dan mengadap taman
masa ini peak season...aku dapat rate RM150 untuk sebilik
kalau nak buat bbq pada waktu malam....kat sini pun boleh...tp bawak barang sendiri lah
bilik di dalam chalet ini sangat besar....ada satu katil queen. Kalau nak tidur bawah dan boleh bawak toto sendiri...memang luas biliknyaa....
malamnya...aku makan ikan bakar kat tempat yang aku tunjukkan tadi......makan tepi laut kalau anda berdua-duaan...pergghhhhh memang romantik giler. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa....ngeh3.
bila tidur di waktu malam....boleh mendengar desuran ombak memukul pantai......best gilerrrr!!!!
masa ni dah tengahari aku nak check-out. Tengok tu.....air dah surut giler jauh ke sana. Aku ada nampak budak-budak bermandikan lumpur di bawah tu.
Ok itu sajer cerita tentang percutian singkat aku ke resort ini. What i can say...tempat ini cantik dan sangat menenangkan minda aku seketika. Jalan-jalan menenangkan minda namanya. I love u and i love this place. Insya Allah nak datang lagi.....muahhhhhh!!!!
16 comments:
"i lebiu n i lap tis place"..amboi, i lebiu sapa??? ngeh3
wah...i like this place...boleh try nanti!!
zul orangrawa
semoga kak leez cepat menikah. macam best tempat ni. sesuai untuk ambik2 gambaq
Leez, last year akak ke sini amik 4 bilik terus.. Seronok sgt. Hubby memancing dr malam sampai subuh, akak tido..hee
kal0 datang cnie,, gtaw la sy.. . .=)ley share h0bi bersame,,, i originally fr0m sg besar..
bagus2.. datang2 la lagi tempat saye ni ok...
http://www.akulahfaris.com/
TQ sis promote tempat ni...sy staff kt sni..ada msa dtg la lgi ek..
TQVM memberi comment yg +ve boleh la dtg lagi..
bestnyerr nak ajak abah bercuti kt sini,,,hope termakbul,aminnn
besttt nyerr nak holiday mse cuti sekolah ntt,,,semoga termkbul,aminnn
Nice place, Tq for thepodt
Dgr cerita mlm byk nyamuk,btul ke???
Ada contact no x
Menarik view.. nk tny.. Kawasan brpagar x.. Mlm2 da org jaga ka... bimbg jg..
Next trip sri buyong familidays...
Thanks for info..nak pergi esok..
Post a Comment