Ads

June 15, 2010

World Cup Fever !!! Futsal Fever !!!


World Cup fever is back!!!!!
Satu dunia dah demam ni. Aku pun turut rasa kehangatan World Cup kali ini. Aku bukanlah fanatik bolasepak tetapi aku still mengikuti perkembangan dunia bola sepak. Dulu team Malaysia yang aku sokong ialah Selangor The Red Giant. Sanggup tu ulak alik gi Stadium Shah Alam. Betapa gilanya aku dengan bola dulu. Tapi sekarang aku slow sikit...sebab kecewa dengan prestasi pemain bola sepak skrg. Just tengok tv ajerlah.

Team luar negara plak...dah tentulah Manchester United. Dulu aku benci MU dan sokong Liverpool You'll Never Walk Alone. Tapi aku minat MU taklah fanatik sangat. Minat gitu-gitu ajer. Aim aku nak jejak Old Trafford Stadium di Manchester. Nanti Mr. M nak bawak aku ke sana Insya Allah. Tungguuuuuuuuuuu!!!!

Ok back to World Cup plak.
Team pilihan aku dah tentulah England (tiba-tiba plak yea!!! Padahal dulu aku minat Argentina). Yelah cik abg penyokong kuat England kan. Tiap kali call aku citer pasal bola..huhuhu. Dia kata kat sana lagi teruk fevernya. Sampai boleh gaduh-gaduh. Masa England seri dengan USA....tv kat sana tak habis-habis duk kutuk goal keeper England tu. Sian dia kan. Alaaa...baru first game takkan nak tuding jari ke arah dia ajer. Huissshhhh.




Ok..ok..
Sekarang aku nak citer pasal futsal pulak.
Minggu ni aku kena training gila-gila punya sebab futsal tournament inter-department opis aku akan diadakan Ahad ni. One whole day berkampung kat Sport Center Cheras tu....itupun kalau menang hokay. Kalau kalah....jawabnya balik awal lahhh.

Untuk pengetahuan semua...aku telah dilantik menjadi goal keeper hokay...sekali ahkak nak bgtau.... GOAL KEEPER!!. Gempak tak? Sure bola susah nak bolos hokayyy. Hahahaha.
Actually aku seram gak....aku ni idoklah terror pun. Tapi dah tanggung jawab kan...terpaksalah aku pikul. Semenjak training futsal ni...badan aku lebam sana sini kena attack dengan bola. Yang paling tragiss....bola laju attack betul-betul kat pipi kanan. Berdesing seketika. Sib baik tak apa-apa kan. Kita tunggu dan lihat hari Ahad ni. Watch out!!!!

Dulu masa zaman sekolah rendah, aku aktif netball dan lontar peluru. Sekolah aku siap wakil Zon Pudu Wilayah. Pastu lontar peluru aku wakil Wilayah Persekutuan...jangan tak tahu g lawan kat Stadium Merdeka lagi. Then, sekolah menengah aku aktif Ping Pong.... tapi tak wakil mana-mana. Pengalaman manis aku...first time masuk tournament kat BBGS (sekolah aku dulu)...lawan dgn first player sekolah...aku menang gitu!!!! Then, masa kat universiti pun aku aktif Ping Pong...wakil kolej kediaman aku. Bila dah kerja ...aku tukar plak main Squash. Banyak kenangan aku masa main Squash ni....kalau yang dah tau tu....faham-faham ajer lah yea.

Gitulah pengalaman aku bergiat cergas dalam bidang sports. Macam-macam jenis sukan aku dah cuba. And now...aku dah start aktif dengan futsal plak. Walaupun hanya sebagai goal keeper but still player jugak kan. Tekanan woohh jadi Gol Keeper ni. Oklah....wish me luck for this coming tournament on Sunday. Muahhhhhhhhhh!!!


wahhh....aksi si goal keeper...

agaknya beginikah aksi aku nanti....

aduhh sakitnya...tak dapat aku bayangkan...

kalaulah aku tergolek macam ni..... aduhhhhhh.....

ayohhhh...kalau jadi terkangkang macam ni...oh tidakkkkkkkkkkkkk!!!!!



p/s - mekasih pakcik google




No comments: