Ads

June 17, 2010

Meehoon Goreng Black Pepper... Mood Memasak !!!

Semenjak aku berjinak-jinak dalam dunia blogging ni, tak pernah pulak aku citer pasal masak-memasak ni kan. Kalau preview pasal makanan kat kedai makan tu memang melambak-lambak lah. Hehehehe..bukan apa...segan nak tunjuk kat sini. Masak biasa-biasa ajer bukannya gempak mana pun. Satu lagi....tiap kali aku masak aku terlupa nak snapping gambar.

Bila dah kenyang baru teringat...eh..eh terlupa nak ambik gambar lah. Hmmm. Tapi last weekend entah camana aku terasa nak makan meehoon black pepper resipi sendiri. Aku takda cilok or tengok kat mana-mana resipi. Ni ciptaan aku sendiri. Cipta sendiri dan makan sendiri. Huhuhuhu...takda sapa nak puji. So, diri sendiri ajerlah yang puji. Oklah not bad. Hahaha.

Tau tak kenapa aku kata ciptaan sendiri. Sebab aku kena jenguk dulu kat dalam fridge tu...apa yg boleh aku masak. So, aku nampak ada daging dan sotong. Pastu ada nampak daun sup dan daun bawang. Wokeyyyy...cantikkkk!!!



tuan-tuan..puan-puan...nampak tak bawang putih tu....kasi tumbuk semua bawang tu untuk menumis. Cili padi tu pun tumbuk gak bagi menambah rasa meehon lebih kawwww dan berapi.

ni pulak daun sup dan daun bawang...kasi hiris halus-halus....

daging dan sotong pulak kasi potong kecil-kecil. Aku lagi prefer letak ayam...tapi sebab aku tak nampak ayam dalam fridge...so..daging pun daging lahhh.

jom kita mulakan memasak. Bawang putih yang dah tumbuk tadi kasi tumis dulu dengan minyak.

Bila dan naik bau tumisan bawang tu....teruk campakkan daging dan sotong tadi. Masa ni sedapnya baunya......

Then.... masukkan pulak sos tiram...aku suka pakai yang brand Adabi... agak2 lah letak..lebih kurang 2 sudu besar gitu. Tapi aku main tuang gitu ajer....hahaha.

wahhhh...mengancam baunyaa. Then aku letak pulak serbuk black pepper...cukuplah setengah sudu besar. Tapi masa ni aku terletak byk pulak. Sebab kalutkan tangan kanan pegang sudu black pepper dan tangan kiri pegang kamera. So, jadinya terbanyak pulak black pepper tu...hahahaa.

then..cili padi yang ditumbuk tadi....campak ke dalalm tumisan ini. Nampak tak warna kehijauan dalam tumisan tu. Tambahkan sedikit air..kalau nak letak lebih air pun ok gak...biarkan hingga daging tu dah cukup masak. Jangan lupa yea....masukkan garam secukup rasa. Kang tawar hambau plak meehoon ni.

masukkan pula meehoon....gaul hingga rata. Then jangan lupa masukkan daun sup dan daun bawang yang telah di hiris halus tadi. Wahhh...siap dah.

inilah dia meehoon black pepper campak-campak resepi aku sendiri. Selamat mencuba !!!!

7 comments:

@xiM said...

wahhhh dah ada rancangan masak masak bersama kak leez pulak..i like..:)

nanti kalau axim try nak tempek kat blog.muhahahaa..:)

catz said...

ha..ni aku suka.entry masak-masak-campak-campak.
hiks...nampak sooo sedap lah.
tapi tang cili api tuh...nampak pedas..
:)

che'Burn@che'Qis said...

i loikee!!

che'Burn@che'Qis said...

i loikee!!

Leez said...

Axim -

Yelah...asik tunjuk makanan org lain ajer...sesekali kena gak tunjuk hasil air tangan sendiri...resipi sendiri..

You kena cuba resipi ni tau..hehehe

Leez said...

Catz -

heheheh...resipi campak mencampak yang dicipta oleh bukan pakar masak. Cili padi tu lah yg kasi umpphh ini resipi.

Leez said...

Burn/Qis -

Like ajer ke?
Sila lah mencuba resipi campak-mencampak ni.....hehehe