Filem ini di adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan. Kutipan tiket setakat ini telah mencecah RM3.5 juta. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Ia mendapat maklum balas positif dari penonton. Filem yang diarahkan oleh Sharad Sharan dan di bintangi oleh Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazur dan ramai lagi.
Sebenarnya aku belum lagi menonton filem ini. Antara sebabnya aku mendapat pelbagai reaksi dari teman-teman yang dah tengok..... yang positif ada...yang negatif pun ada. Ada yang kata boring...ada yang kata besstttt sangat dan ada yang kata taklah se best jika dibandingkan membaca novel itu sendiri. Aku belum lagi membaca novel tu. Kerana sambutan hangat daripada pencinta-pencinta novel terhadap novel ini, maka sebab itulah ia difilemkan. Usaha ini actually dah lama dirancangkan.
Agak-agaknya masih ada lagi tak novel ini di pasaran? Aku rasa nak carilah. Ada tak sesapa boleh bagi info kat aku mana nak cari novel ini. Ada gak aku search kat internet. Katanya akan dipasarkan lagi awal bulan Julai ini. Benar kah itu? Sesapa yang dapat mengesahkan berita ini.....message -message lah kat aku yea.
Atau pun sesapa yang ada 3 novel di bawah ini...boleh bagi aku pinjam baca tak? Serius ni.....itu pun kalau uols tak kisahlah. Aku janji akan pulangkan semula nanti. Actually aku lagi prefer beli sendiri kalau ada dijual di luar sana. Tolong yea kawan-kawan ku semua.
Novel Lagenda Budak Setan (LBS)
Novel Katerina (sambungan LBS)
4 comments:
asalnye mmg ada koleksi tiga2 novel tu. tp now tinggal KATERINA je. yg lagi dua dah lama lesap. sobs..
fyi, novel LBS tu kompilasi dari 3 novel - budak setan 1, 2 & 3. klu yg tu saya masih ada simpan. kak leez mau pinjam ke?
kak leez,
saya punya pun dah ilang :( huwaa... pinjam2 tak pulang balik kot.
rasanya filem tu akan ada smabungan .. sebab ada katerina dan Kasyah Lagenda berakhir.
tgk la kak.. fazura best.
inzarin -
thanks dear bebeh...sebab bg pinjam buku ini...muahhhh!!!
Mrs Sheikh -
ramai pulak yg hilangkan. Sebab novel tu best sgt...tu psal cepat lesap. Ornag berebut2 kan.
Sib baik ada yg bg pinjam.
Post a Comment