Ads

September 23, 2009

Hari Raya Eve !!!




Busy yang amat sehari sebelum Hari Raya.

Awal pagi dah kuar rumah dengan hujan yang lebat itu, i pi hantar choc cake ke rumah mak sedara di PJ. Pastu singgah umah my friend hantar cake gak kat Pandan Perdana. Balik rumah aje terus mengemas rumah lagi touch up mana yang patut. Malam tadi tu tidur 2 1/2 jam sahaja. Lepas mengemas semua tu mengantuk yang amat, so i tidur kejap. Petang tu selepas asar ingatkan nak ziarah kubur arwah my father tetapi hujan lebat yang amat. So, i sibuk plak buat topping for choc cake sendiri punya dan sorang lagi customer.

Pagi tu my mum dah siap nak merebus ketupat yang sudah siap dianyam. Mama wat dalam 50 biji ketupat aje. Dalam hati duk cakap cukup ke ni?? Hmmm...diam ajelah. Esok tu dah tentu ramai tetamu. Selalunya selain ketupat rendang, kami juga sediakan laksa atau soto. Tapi kali ni mama kata cukuplah kita masak ketupat, rendang, kuah kacang, sambal goreng and ayam percik. As for me....oklah.



ini dia ketupat yang sedang siap untuk direbus...
tu dia...dah siap masak...nyum...nyum...



My brother, izam yang sibuk turun dapur belakang rumah menolong my mum masak. Tolong mengacau rendang. Kami buat rendang 4 in one. Apa tu? Dalam rendang tu ada 4 jenis daging iaitu ada daging, limpa, paru dan hati. Sedapppp...jangan tak tau. Sejak zaman arwah papa masih hidup memang tradisi kami buat rendang 4 in one. Mama kata zaman arwah nenek memang buat rendang macam tu. So dah jadi turun-temurun hingga ke zaman kami ni. So, sesapa yang hanya makan daging tu, tercari-carilah daging dalam rendang tu...hehehe.

Pastu, ada satu lagi resipi istimewa mama iaitu ayam percik bakar. Resipi ni mama yang cipta sendiri. Rasanya ada mcm percik campur rendang. Sedap gilerrr. Lepas dah masak ayam tu dalam kuali, masukkan ayam tu dalam oven dan panaskan. Biasanya ayam dipotong empat. Bila nak dihidangkan kepada tetamu, kena potong racik ayam tu kecil-kecil macam nasi ayam tu. Memang tahan lama coz sentiasa dipanaskan dalam oven. Tetamu yang datang mesti tanya mama resipinya.

my bro, Izam tolong mama masak....hehehe muka penat...

tu dia....rendang 4 in one....daging + limpa + paru + hati

rendang masih dalam kuali...belum kering lagi

ni plak...ayam percik resipi mama...

sedang masa lagi....lepas masak masukkan dalam oven



My mum ada keturunan Jawa. So, tak sah kalau dia tak masak sambal goreng tiap kali raya. Nak masak sambal goreng ni leceh sikit coz banyak bahan nak dimasukkan. Ada tahu, tempe, udang, kacang panjang, petai dan cili. Kena potong kecil-kecil...banyak kerja nak buat. Rasanya memang umpphhh. Setiap orang yang masak sambal goreng memang rasa lain. Style my mum plak, rasa sambal goreng dia agak kering dan manis skit...mcm Singapore punya sambal goreng.

Satu lagi menu ialah kuah kacang letak perut usus. Sebab letak perut usus tulah yang sedap. Susah tau nak cari perut usus. Kena booking dulu dengan taukeh jual daging. Ni pun resipi turun temurun dari arwah nenek belah papa. So, dah jadi tradisi kami sehingga sekarang masak kuah kacang letak perut usus. Sedap jangan tak tau!!!

tengah masak sambal goreng...

sambal goreng my mum yang sedap...

kuah kacang letak perut usus...nampak tak???



Ni plak wajah my nephew yang sibuk main bunga api di petang sebelum hari raya dalam keadaan hujan lebat. Daddy dia sibuk menolong my mum, si anak sibuk nak main bunga api. Tak kira siang ke...malam ke...yang pasti dia nak jugak main bunga api. My nephew kata nak main 'hot' coz panas ada api...hehehehe. Mula2 memang penakut nak main bunga api. Tapi after my bro ajar
dia....dia dah jadi suka dan tak kira siang malam nak main 'hot'...hehehe. Tulah... sapa suruh ajar.

Masa raya pertama bunga api tu dah habis....dia meronta-ronta nak juga. Masih tak reti bahasa masih tak paham masa tu time raya. Terpaksalah daddy dia cari ke hulu ke hilir nak cari 'hot'. Sib baik ada mat Indon yang tak beraya jual bunga api tu. Ish..ish...tu lah dia budak kecil ni.

gembiranya dia main 'hot'...hehehe...ni kat belakang rumah

bila i nak ambil gambar dia....konon nak wat peace...tapi tak reti..hahahaha tergelak aku..




Lepas dah puas main 'hot', dia kata nak mamam kueh raya. So, daddy dia bagi kueh raya yg i dah siap susun dalam balang. Si kecil ni memang suka giler makan kueh raya buatan my mum. Pastu dia ternampak i sibuk wat topping choc cake. Meronta-ronta nak choc cake pulak. Sib baik satu tu bukan customer punya. So, terpaksalah daddy dia melayan dia potong cake eppy befday to you...hahahaha. Belum raya lagi my cake dah kena potong dengan my nephew. Kami semua masa tu tengah sibuk nak berbuka. Dia plak tengah sedap makan choc cake...hehehe.

Itulah serba sedikit persiapan kami di petang raya. After berbuka, i sibuk plak potong cake masuk dalam balang kek. Semua dah beres dan by 10pm i dah standby depan tv. Sebelum ni raya tahun- tahun dulu, lewat malam barulah semua siap. Tapi kali ni very the express. Malam tu kat my area bising dan bingit dengan bunyi mercun berdentam-dentum. Bising giler. Ishhh...nak tidur pun susah.


tengah makan kueh raya...

choc cake untuk tetamu di rumah...tapi my nephew dah rasmikan dulu...hehehe

eppy befday to you konon.......

barulah dia tersenyum dapat potong cake dan mamam cake...hehehe..


2 comments:

Nikli said...

rendang and kek coklat tuh look so tempting.. tengok rendang tuh terus jadik lapar balik..

Leez said...

Nikli - Hehehehe....kena rasa choc cake tu. Nantilah i buat bg u all makan.