Ads
September 9, 2009
Dua Sahabat Baik ......!!!!
Dua orang sahabat baik dah macam adik-beradik. Yang baju biru belah kanan tu my nephew, Danish dan yang baju kuning tu my neighbour's daughter, Hanis. Both of them, setiap hari memang dibawah jagaan my mum. Hari-hari bersama.... makan bersama...mandi bersama....main2 bersama....tidur bersama dan bergaduh pun bersama gak..hehehe.
Kalau nak bagi apa-apa benda, tak boleh beli satu...mesti ada dua...nanti bergaduh berebut-rebut. Beza umur mereka hanya setahun sahaja. Yang si kakak tu kuat merajuk dan tak suka bermain kasar-kasar. Yang si adik pulak agak lasak sikit...suka ajak main bergumpal-gumpal dengan si kakak. Tu lah yang kadang-kadang kakak cepat tersentap kalau kena belasah dengan si adik. Pastu baik semula. Kalau salah seorang tak datang ke rumah i....yang sorang lagi rasa boring. Si adik duk tanya mana si kakak dan si kakak duk tanya mana si adik. There are close each other.
Tiap kali si kakak nak balik rumah dia dijemput oleh ibunya, mesti bersalam dulu dengan si adik dengan ucapan adik " Byeeeee kakak...byeeeeeeeeeee". Kalau misalnya dia tak sempat salam and say bye....si adik akan merajuk dan tertanya-tanya mana si kakak. Kalau dah salam baru dia puas hati. Heheheh...lawaklah bebudak ni.
Yang si adik kalau nak masuk my bilik mesti ajak kakak. Then, pandai naik atas my katil cari remote on aircond and main loncat-loncat atas katil. Amboiiiiiiiiii...habis selerak my cadar and bantal. Itulah kerja mereka setiap kali masuk dalam my bilik. Dah tak larat nak marah...apa dorang kisah. Then, bila tengok i tengah bersiap make-up nak gi kerja. Kedua-dua pun nak minta make-up gak. Sapu skit bedak kat pipi kedua-duanya...hmmm dah puashati cukuplah asalkan ada. Memang sangat-sangat terhibur dengan telatah mereka berdua ini.
Si adik pulak kalau tersentap kena marah dengan i...buat muka masam cepat-cepat pergi ke my mum mengadu "tokma, beat along!!!" ....pastu dia boleh cakap "ajuk...ajuk". Maknanya dia tengah merajuklah tu.....hahahahaha!!! ... i bantai gelak guling-guling tengok dia. Merajuk konon and mana ada orang merajuk siap bgtau...ajuk...ajuk.
Itulah telatah mereka berdua yang sangat menghiburkan hati i. Love both of them !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment