Ads

September 27, 2009

2nd Day Hari Raya : Beraya Bersama Arwah Papa's Family


Second day Hari Raya, semua adik-beradik berkumpul di rumah mama. Izam and family nak bertolak pulang beraya ke Temerloh rumah mertua pulak. Singgah umah my mum bawa bekal lauk-pauk untuk bawa balik kampung. Adik yang bongsu, Idham dah pulang semula ke KL malam raya pertama. Dia balik dari Melaka ke KL jammed teruk malam tadi tu.

So, pagi raya kedua tu sebelum kami beraya ke rumah sedara-mara arwah papa di Kelang, kami bergambar dulu. Si Izam tak pakai baju Melayu, sebab tu gambar dia tak ada cuma ada gambar anak dia Danish aje.





From left: Idham, mama, me and alya





kami adik-beradik..Izam aje yang tak ada


Then, kami bertolak ke Kelang but singgah sebentar di PJ rumah mak sedara, adik kepada arwah papa. Lama gak kat sini, sambil makan kami berborak. Masa raya pertama semua cousins ada kat PJ. But, dah raya kedua depa balik kampung rumah mertua masing-masing. So, tak dapat jumpalah. Tunggu dorang datang rumah kami ajelah. Patutnya nak pi PJ pada raya pertama but tak sempatlah ramai tetamu datang rumah.

Pastu pi beraya plak ke rumah sepupu arwah papa, Wak Lan kat Jalan Kebun, Kelang. Suka beraya kat sini sebab terasa suasana kampung. Kueh pun sedap belaka. Kerepek ubi sedap, tempeyek sedap, kerepek keladi sedap....ada macam-macam jeruk plak tu. Memang special. Orang Jawa kalau hidang kueh mueh memang sedap-sedap belaka. Satu meja penuh dengan kueh raya.

Then pergi Sri Andalas, Pandamaran dan Kampung Raja Uda untuk beraya rumah pak sedara dan mak sedara belah arwah papa. Ada yang sediakan juadah nasi beriyani, mee soto, mee hoon sop dan masak lodeh. Kenyang yang amat.


bergambar bersama mak sedara kat PJ (tudung oren)...sorrylah gambar blurr....yang tukang amik gambar ni tak pro lagi...kena hantar pi kursus..hehehe...jgn marah hah syukri....
bergambar bersama Wak Lan dan Wak Odah .....

tengok tu kueh raya penuh satu meja...


Tahun ni beraya kat Kelang hanya 6 buah rumah sahaja kerana ada rumah yang tak ada orang dan ada lagi 2 buah rumah yang biasa kami pergi tuan rumahnya dah meninggal dunia. Semua tu sedara kepada arwah papa. Masing-masing pun dah uzur sebelum ni. So, kami sempat beraya hanya 6 buah rumah sahaja.

Itupun perut dah ketat. Setiap rumah sediakan juadah yang sangat heavy. Kami jamah sikit-sikit aje. Kalau yang makanan favourite tu, jamah banyak sikit...hehehe. Dah masuk rumah yang terakhir, i tak jamah langsung. Kenyang giler weyyy. Sib baik my bro yang drive keta. Pastu ada plak tetamu nak datang rumah malam tu. So, dalam pukul 8 malam kami dah sampai rumah. Mama sempat masakkan mee hailam untuk tetamu. Itulah hari raya kedua kami yang sangat padat dan kenyang.



kat umah Mami Senah....tuan rumah yang duduk tu....

ni pulak kat umah Mami Kiah....muka masing-masing dah penat giler...


No comments: