Ads

September 25, 2009

1st Day Hari Raya : My Grandfather's House



Selepas kami bersalam dan bermaaf-maafan di rumah. Kami terus bergerak ke rumah my grandfather's house belah my mum...selang 3 minit memandu sahaja. Rumah dah penuh dengan sanak-saudara. Nak parking kereta pun muat-muat aje. Boleh masuk 7 buah kereta di kawasan sekeliling rumah. Seronok sangat jumpa mak sedara, pak sedara dan sepupu-sepupu ku yang jarang-jarang kami jumpa. Semuanya duk merata-rata. Rumah datukku tu dah padat dengan cucu-cicit. Semuanya dah besar panjang...jadi anak dara...anak bujang.

Kami bergambar ramai- ramai. Itupun ada lagi 2 family belum sampai. Dorang datang lambat sikit. Kalau dikumpul kan semua ....hmmm memanglah kepadatan dibuatnya. Lepas makan-makan, borak-borak... kami pi beraya pulak ke rumah jiran datukku di sebelah rumah. Jiran yang dah macam sedara jugak. Rapat sejak kami kecil lagi. Kat rumah jiran pun tak habis bergambar lagi....sakan betul semuanya. Perut dah ketat dengan makanan raya....ada ketupat nasi, ada laksa dan macam-macam lagi.

Selepas itu, kami balik rumah semula coz dorang semua tu akan serbu ke rumahku pula. Haruslah kami menyediakan juadah untuk tetamu. Petang tu kat KL hujan selebat-lebatnya. Tak macam hari sebelumnya, hujan sepanjang hari. Alhamdulillah sejuk skit bumi Kuala Lumpur.


bersama sepupuku.... munira, farhana, me and yat


sepupu lelaki

sepupu pompuan
semua ni sepupu.....bergambar ramai-ramai
from left : pak sedara & wife, my mum and mak sedara & husband
beraya umah neighbour

with cousin, farhana

No comments: