Ads

July 25, 2012

Cabaran Sihat Musim 2 : Merentas Desa 10km & Majlis Penutup


Entry terakhir untuk Cabaran Sihat Musim 2 ni.
Untuk aktiviti terakhir ialah Merentas Desa sejauh 10 km yg diadakan di Wetland Putrajaya.....jauhhhhhh. Kepada peserta yang tak biasa masuk marathon memang terasa sangat jauhhhh. Aku sebagai organizer dibekalkan dengan basikal untuk mengekori peserta yang berlari. Ada juga yang mengekori dengan naiki motor sebab nak standby kalau ada yang pengsan atau pancit di pertengahan jalan. Rupanya ada 4 orang dah surrender baru sampai 7 km dah tak larat sebab kaki sakitlah...kaki melecetlah.....nak pengsan lah dan yg sakit perut nak buang air besar pun ada...hahahaha....macam-macam kerenah. Aku yg standby dari belakang peserta dah agak benda mcm ni akan berlaku. Kita jangan expect mereka sama seperti orang lain yang berbadan normal.

Kesimpulannya aktiviti ini benar2 mencabar minda dan fizikal para peserta. Ikutkan hati memang cepat give up tetapi semangat dan sokongan dari kawan-kawan yang sama2 menyertai aktiviti ini membolehkan peserta meneruskan perjuangan hingga ke garisan penamat. Alhamdulillah para peserta memang enjoy dengan aktiviti terakhir ini dan minggu depannya dah nak penutup dan mengumumkan siapa pemenang.


bergambar riang sebelum memulakan aktiviti merentas desa

kevin sedang memberi sedikit komen ttg progress berat badan peserta

jom kita berlari

ni masa di awal larian....energy masih banyak lagi

di pertengahan larian....dah nampak jarak antara setiap peserta

di wajah peserta nampak keletihan tetapi masih tetap bersemangat

hahaha....kami dera peserta masuk dalam air banjir hehehe. sajer jer bagi fun sikit.

muka kepenatan masing-masing....kasi sejuk kaki sikit berendam dalam air

ada jugak yg ketinggalan di belakang....tapi tetap berjaya menghabiskan larian...syabas semua!!

minggu seterusnya ialah majlis penutup dan pengumuman pemenang yg diadakan di AEON Cheras Selatan. Orang punyalah ramai sehinggakan ramai yg berdiri takda tempat duduk.

ada booth pemeriksaan kesihatan percuma dari KKM. 

pemenang persembahan terbaik peserta - Mix Chicken Dance ....budak2 pun suka sebab tarian tu catchy...tapi sorry gambar takda

artis jemputan ialah Ferhad....oklah terhibur gak.

Ferhad tarik 2 orang peserta utk menari bersama2 dia.....sporting giler depa 2 orang ni. Gelak ajer kami masa ni

pemenang diumumkan...pertama ialah Hazim (krg 15kg dalam masa 6 minggu), Afiqah (13 kg) dan Zuhara (13kg). Cayalahhhh korang. Organizer ni turun 5 kg ajerrr.....sebab banyak stress buat program ni.

bergambar ramai2 dengan VIP, penaja dan penganjur...terima kasih semua

 telatah peserta selepas habis majlis penutup ni....hehehe

 sempat jugak tu bergambar dengan cikgu kevin

 hehehe...gitulah telatah mereka yg mencuitkan hati aku....sayang korang semua.

 posing sakan peserta wanita semua ni...dah nampak comel dan kurus semua

 yang tiga orang ini ialah peserta cabaran sihat musim pertama...thanks sebab sudi hadir. Hadi yg belah kanan sekali ialah juara musim pertama

 peserta persembahan terbaik dengan hadiah masing2.....suka mereka yea

 hehehe...mcm2 telatah

 sempat jugak aku ditarik oleh pemenang tempat kedua...Afiqah

 ni pulak organizer dengan pemenang tempat ketiga- Zuhara. Ahkak tak sempat bergambar guna camera sendiri sebab sibuk sgt masa ni.

inilah dia cikgu dan juga penasihat utk program ini- Kevin Zahri. Program ini banyak dibantu oleh beliau. So tahun depan sesapa nak sihat dan langsing jom joint musim ketiga pulak.


Alhamdulillah selesai sudah event yang aku tungkus lumus utk menjadikan ia berjaya. Musim kedua telah selsai dan tunggu next year pulak musim ketiga. Syukur kepada Allah penat lelah selama ini mendapat kata-kata pujian daripada peserta dan penaja. Insya Allah aku akan buat yang lebih baik dan bagus dari tahun ini. Semoga lebih banyak penaja yang glamer2 sudi joint this program utk tahun depan. 

Sekarang aku boleh relax dan tersenyum. Nak raya pun tak pening kepala nak pikir pasal program in hehehehe. Ok semua...selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini dan perbanyak lah kita beribadah pada Nya....Insya Allah.

p/s - belum decide lagi nak bercuti ke mana lepas ini





4 comments:

sepul said...

congrats

Unknown said...

Sila rehatkan diri yer cik :-) dan selamat berpuasa juga rasanya belum lambat nak wish ahaks...


Tina
www.mylittlewing12.com

Kopiolimauice said...

sis lama menyepi....dh lma tak hupdate blog ~_~

Akak Kembang said...

wah bestnyer kak leez..cikgu kevin lagik..hehehe

Selamat Berpusasa kak