Ads

July 30, 2012

Part 1 : Majlis Cukur Jambul Ariesya & Hari Lahirku @ Kelab Darul Ehsan


Salam kawan-kawanku semua.
Agak lama aku membiarkan blog ini bersawang. My netbook masih belum dibaiki lagi so....agak susah untuk aku update blog ini lebih kerap. Susah betul nak update pakai tab....asik salah type ajer....haiishhh!!! Korang semua puasa tak hari ni? Mestilah puasa kan....wajib tu. Alhamdulillah setakat ini sepanjang Ramadhn ni jugak aku dapat menjalani ibadah puasa dan terawih dalam keadaan sihat walafiat. Syukur.

Entry kali ni aku nak share dengan korang majlis cukur jambul dan majlis hari lahirku yg diadakan di Kelab Darul Ehsan Ampang sebulan yg lalu. Aku ulang sekali lagi....sebulan yg lalu hokay. Update lambat dalam blog sebabnya kebusyan aku yg tidak dapat dielakkan. Tak kisahlah kan....asalkan korang dapat menatap gambar-gambar yg sempat kami snap. Ada tiga part ok.....sebabnya banyak sgt gambar. So entry kali ni aku wat intro dulu...tunjukkan gambar makanan dan suasana di dalam Cempaka Ballroom ni. Majlia ini dibuat khas utk anak buahku Ariesya tetapi mak sedara dia ni menempel sekali nak buat besday huhuhuhu.

Anak buahku Ariesya masa ni dah 3 bulan lebih. Cantik dan comelnya dia mcm princess. Semua hadirin yg datang boleh dikatakan pertama kali tengok dia dan semuanya geram dgn baby Ariesya. Comel sgt. Pulak  tu dia nak dengan semua org yg dukung dia. Senyum simpul lagi hehehe.


siap ada pelamin uolssss...kelass Ariesya. Daddy dia kata....dulu masa kawin tak dapat bersanding dalam ballroom...takpalah majlis cukur jambul anak dara kat sini.

nak tau harga pelamin sahaja? Ribu riban uolssss....memang bertuah Ariesya ni.

sebelum majlis bermula.....kami anak-beranak dah berkumpul 

Kumpulan Marhaban dah sampai...my mum menemani mereka.

kami jamu makanan hi-tea. Nasi goreng Singapore

Bolognese spaghettie

Kuah Spaghettie

Roti jala uolssss....

roti jala tadi dimakan dengan kuah kari ayam...slurrppppp

BBQ Ayam....sedappp

Gado-Gado sedappp....

croissant tuna...tak sempat nak makan huhuhu

choc cake

fruits

kami 4 orang ajer yg sempat bergambar...yg lain entah ke mana...huhuhu

my mum sibuk melayan tetamu......my auntie and family from PJ

lil princess Ariesya Sofia.....gerammmm nak cubit2

sapa sajer yg dukung dia.....dia senyap siap senyum2 lagi

 2 orang anak buah aku yg busy jugak...lari sana sini

 kumpulan marhaban dah memulakan bacaan tahlil

 gift untuk sesiapa yg memotong sedikit rambut ariesya

ni pulak gift untk kumpulan marhaban..... dan juga tempat utk bercukur jambul


Nanti next entry aku sambung lagi kay....banyak sangat gambarnya.

p/s - sesapa yg menempah moist choc cake dan choc chipc,...message aku kay.

4 comments:

!eNa PnG said...

wahhhh bestnya kak... Meriah gitue...:)

kasihredha said...

comelnya ariesya...geram nak cium

Azian Elias said...

masyallahhh.. superbnya celebration...

Hartina Arssid said...

Grand giler majlis cukur jambul anak buah Leez beruntung Ariesya....yg penting theme color purple I loike sangat :-)