Ads

July 31, 2012

Part 2 : Majlis Cukur Jambul Ariesya & Hari Lahirku @ Kelab Darul Ehsan



Sambung lagi part 2.
Pabila tetamu dah sampai...kami memulakan dengan bacaan tahlil dan doa untuk arwah keluarga dan saudara-mara yang meninggal dunia. Masa ni belum mula makan lagi. Then, barulah acara mencukur jambul dimulakan. Masa ni baby Ariesya di bawa ke depan oleh daddy dan mummy nya mengelilingi kumpulan marhaban tersebut. Baik ajer dia tak menangis. Seorang demi seorang menggunting sedikit rambut Ariesya termasuklah kami semua ahli keluarga.

Lebih kurang jam 4.30 petang barulah acara santapan di mulakan. Makan buffet ajer. Masa ni Ariesya di bawa ke buaian oleh mummynya utk acara berendoi. Nyanyian syair oleh kumpulan Marhaban membuat Ariesya terpegun seketika....muka dia siap berpaling ke arah makcik-makcik marhaban tu. Sebabnya di dalam wording syair tersebut seperti mendoakan agar Ariesya menjadi anak yg soleh, taat pada ibubapa dan anak yg berguna bila dah besar nanti. Ameen Insya Allah. Memang sedap di dengar syair tu.


para tetamu yg hadir sambil mengikuti bacaan tahlil dan salam Rasulullah. Tetapi ada juga tetamu yg hadir tidak memakai tudung dan menutup aurat huhuhuhu.

bersama teman-teman ku...Kak Rose, Kak Zila dan Mai. 

teman ku juga....Qistina dan Burn

sempat tarik cousin ku Syukri utk bergambar bersama 

dah dimulakan dengan acara bercukur jambul

tengoklah princess tu dengan baju gaunnya......comel!!!!

ada sekali tu dia dah start mencebek nak menangis...pastu daddynya agah sampai dia ketawa...hehehe

tengoklah bulu mata Ariesya....mcm anak mat saleh.

disuapkan dengan air zam zam

geram nak gomol2 dia

tokma gunting skit rambut baby ariesya

mak sedara pun nak gunting jugak.....pastu bagi minum air zam zam

tadaaaa....sama tak muka ku dgn ariesya? ahakssss (perasan!!). Sapa pulakkk kat belakang tu menempel ajer.

papa wan buat apa tu?

papa yek dan mama yah bergambar dgn ariesya

masukkan dalam buaian....abg rayyan pun nak buai sama

 amboi sukanya dia duk dalam buaian

 alunan syair berkumandang di dalam ballroom ini

 makan time.....alhamdulillah makanan semua cukup dan semua berpuashati

para jemputan mengambil makanan.


ok habis dah part 2.....next entry plak aku sambung part 3....ada gambar besday girl lah nanti huhuhu


p/s - berbanyaklah bersedekah di bulan Ramadan yg mulia ini.




7 comments:

retna yusof said...

wow meriah nyaa!!! :-)

Azian Elias said...

ALHAMDULLILAH....nak tunggu bufday gurl sambut bufday nii..

Alin Marlini said...

cantik baju akak

kasihredha said...

dah lama x tengok qistina dan burn dlm blog leez...suka tengok diaorang(happy je kan)

gerammmm nak cium baby

zila said...

Comelnya anak buah..mamapun cun...hehe

Muna said...

comelnye Ariesya!!

Anonymous said...

ariesya cute sgt~~~