Ads

December 12, 2011

Part 1 : Lunch Gathering & Bowling With Cabaran Sihat Team


Hai semua. Rasa macam dah lama sangat tak update blog. Cuti 3 hari tetapi still tak sempat nak update blog....banyak sangat urusan aku lately ni. Hari sabtu lepas aku busy baking cake and berjumpa dengan one of my blog reader di Ampang Point....first time jumpa. Thanks Eyta....akhirmya dapat gak jumpa dengan kak leez and borak-borak pasal travel. Dia nak travel ke Europe next year and minta aku kongsi2 experience kat sana. Alamak lupa nak snapping pic..hehehe.

Then hari Ahad pulak aku busy bergathering dengan my beloved adik2 yang menjadi peserta Cabaran Sihat dan tidak lupa Kevin Zahri pun ada jugak. Memang dah janji dengan Kevin nak bawak dorang pi makan-makan after dah habis event tu. Tak semua dapat hadir....maklumlah cuti sekolah banyak hal masing-masing. Kepada yang hadir...thank you so much guys!!! Muahh..muahhh.... sayang kat korang lah!!!

Plan asal nak lunch kat Shangri-La Hotel atas cadangan Kevin. Last minit cancel sebab mahal sangat weiiii....walaupun dah tolak discount. Akhirnya....di manakah arah tuju kami???. Jom tengok...tadaaaaaa...kami makan di Marmalade Restaurant yang terletak di Publika, Solaris Dutamas. Area ni yang aku selalu pergi utk berspa...huhuhu.




aku dan Juliya sampai paling awal....diikuti Shafina (kiri sekali)

wahhhh...anak siapakah itu yg didukung oleh Juliya?? Juliya, anak mu kah itiewww?? Bila kahwin? tak jemput punnnnnnnnn....tau-tau datang bawak anak...ahakssss!!!!


inilah dia tiga jejaka tampan yang menghangatkan suasana......


sementara menunggu yg lain sampai...kami berposing dulu.....sakan korang yea!!!


sepanjang kesibukan aku mengendalikan cabaran sihat....aku tiada berkesempatan nak berbual dengan Suhaida. And that day baru dapat berbual betul-betul. Just to let u know....actually she's my blog reader. And dia masuk cabaran sihat pun melalui blog aku ni. Nice knowing you dear and she's such a nice and sweet lady.....sungguh!!!!


tengoklah gelagat mereka bila tengok cake yg aku buat tu.....hehehe


ehhhh...mana Kevin ni? Tadi kata dia pun joint sekali. Tungguuuuuuuuuuuu...........


ini dia moist choc cake yg aku buat tu....aku deco simple ajer sbb x sempat.


Spaghetti Carbonara.....aku munyer (my favourite)


spaghetti Pesto....hadi munyer...dia kata tak sedap....rasa daun basil tu kot


rice and chicken


breakfast set...Kevin munyer.....so healthy food!!!


rice and salmon.....


pita bread with mutton....sedap katanya....


ni pun healthy food jugak........sandwich and salad


tadaaaaaa Kevin in the house!!!!......sebenarnya the next day tu adalah birthday Kevin....and kami celebrate in advance one day. Alahai 2 lilin ajer... jadilah kannn. Happy Birthday Kevin. Dia kata umur dia dah 33 tahun. Huhuhu.....muda lagi.


hahahah...terbaik punya tiupppp!!!!!!


baby yang tadi tu ialah anak Kevin, Rafael....bukan anak Juliya...hehehehe. Jangan marah hah Juliya....ahkak gurau ajerr!!!!!!!


all of us bergambar dengan besday boy...hehehehe


faten datang lambat....so dia baru nak menjamah makanan. Faten adalah pemenang tempat kedua Cabaran Sihat. Makin vogue you!!!!!


Maya, Faradiana and Farah....... comelnyerrrrr!!!!!!


me, Suhaida, Hani and Juliya....pun comelllllllllll!!!!


gadis-gadis pingitan.....pilih..pilih...yg mana berkenan di hati...ahaksss!!!


hehehe sukanya Juliya tu....alamakkk abang debab duk jauh lahh...korang berdua mmg sesuai ..hehehe


lagi dan lagi pic kami bersama Kevin....


Kevin yang sangat fatherly.... :)


Insya Allah....tahun depan kita sambung lagi Cabaran Sihat Kedua yea Kevin...:)


sambil makan...borak dan borak lagi.........


me and faten...pemenang tempat kedua. She's a nice lady....lemah lembut orangnya.


me and Hadi...juara Cabaran Sihat. Dia masih menganggur mencari kerja after finish studying Masters.


bergurau senda sambil main-main dengan anak Kevin yang sangat comel itiewwww!!!


Rafa yg sangat comel....nampak skit2 muka mat salleh.


akhirnya Rafa dah tertidur....masa tu Kevin tengah sibuk rakam video dengan pemenang2. Dia tertidur di pangku Shafina. Gambar di atas masa kami dah nak balik. Next kami ada acara bermain bowling pulak. Tapi Kevin tak dapat joint.

Anyway, thanks to Kevin for spending your time and having lunch with all of us. Insya Allah ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi for next season. Habis ajer makan tu....kami pecut ke Endah Parade di Sri Petaling utk acara bowling pulak. Kali ni Epul yang arrange kan everything. So....aku sambung next entry plak yea.




p/s - lagi 2 hari aku nak jalan-jalan cari makan dan rehat-rehat kan diri. Penat dah ni......




December 7, 2011

My Pic @ Magazine


Hehehe..jangan gelak yea tengok majalah di atas. Untuk pengetahuan semua..majalah ini adalah majalah hiburan yang paling tinggi jualannya di Malaysia. Ehhh...mcm pelikkan tetiba plak aku nak highlight pasal majalah ni. Ada sebab tu kenapa aku berkata demikian. Jom ke bawah


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>



feeling ala-ala retis fofuler uolsssss masuk majalah hiburan!!!! (errkkk) Tadaaa..........gambar siapakah itu disebelah ku. Kalau korang mengikuti blog ini dari dulu...anda akan kenal siapa dia. Kenapa yea...tetiba aku ada disana. Insya Allah ada nak buat projek akan datang dengan mereka-mereka ini.

Aku tak suka sangat pic ini sebab nampak lipstik itu sangat merah makngah. Aku mana pernah pakai listik merah menyala nyah oi!!! Tu sebenarnya kesan touch-up oleh pereka grafik majalah ini utk menampakkan lipstik lebih merah. Errrkkkkkk...i dont like it babe!!!!

Ok...itu sahaja untuk entry aku kali ini....sajer jer nak menceriakan keadaan bubuh pic ini di blog ku ini. Ahaksss!!!

p/s - feeling Ombak Rindu lagi..... :'(

Jom Travel !!!

Mari kita sembang-sembang. Malam tadi aku tengok movie "Ombak Rindu". Aduhaiii...tangkap leleh wei. Berderai-derai airmataku tengok citer tu (tutup muka malu..hehehe). Rasanya mcm nak tengok lagi (sgt over!). Lirik lagu "Ombak Rinduku" nyanyian Hafiz dan Adira begitu menusuk jiwaku. Mcm kena pada diri aku...sedih uwakkkkk!!!!. Balik umah lepas tengok citer tu aku terus bukak youtube cari lagu tu and now aku dengar sampai berulang-ulang kali (sgt over!!). Di antara liriknya yg mampu buat aku menangis....mcm kena pada diri sendiri....tu yang aku sedih. Teringat kekasih lama sebab inilah ayat yang aku doa setiap kali lepas solat. Tapi...memang Allah tak makbulkan doa aku.....dia bukan jodohku. :

" Tuhan tolong lembutkan hati dia. Untuk terima ku seadanya. Kerna ku tak sanggup. Kerna ku tak sanggup hidup tanpa dia di sisiku"...... (uwakkkkk cedih!!!)

Nak tau camana citer movie ni?? Korang tengok sendiri lah yea...yang sedang hangat di pawagam sekarang. Yang pastinya lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani sangat mantopp!! Syabas to all of you and not to forget...pengarahnya Osman Ali. Cinematografinya sangat cantik dan anda pasti akan jatuh cinta tengok scenery dalam citer tu. Ok stop pasal movie.

Jom citer pasal travel plak. Di antara trip yang aku utk tahun depan yang dah confirm setakat ini ialah :

1) Next week aku nak berkelana dengan teman office ke sebuah negara. Di mana? Kita tunggu yeaaa!!!. Aku gi Rabu malam and balik sampai Malaysia pada Ahad pagi. Tempat ni aku dah pergi....tapi sajer gatal tangan nak gi lagi. Utk relax-relax dan tenangkan minda.

2) Then, awal Januari aku gi ke negara lain pulak. This place baru first time aku nak jejak. Itinerary pun belum sempat buat lagi...sibuk maa. Balik rumah aku dah penat dan mood nak cari info mcm belum datang lagi. Tengoklah nanti this weekend aku cuba curi masa kejap.

3) Awal March ada lagi trip. Trip ini agak jauh jugak...2 minggu aku akan berada di sana. Semoga Allah makbulkan doaku untuk sampai ke sana. Trip yang aku sangat nanti-nantikan. Perjalanan ke negara ini mengambil masa 7 jam. Insya Allah, aku akan sampai ke sana. Melambai-lambai!!!

4) Awak bulan Mei got another trip. Pertama kali aku akan menjejaki negara ini. Perjalanan mengambil masa 6 jam. Flight ticket dah beli beberapa bulan yang lepas. Agak ramai yang akan joint trip ini. Seminggu aku akan berada di sini. Semoga semuanya sukses nanti Insya Allah.

Tahun depan projek aku agak banyak jugak. Udah....jangan bertembung plak dengan planning aku ni. Doa-doakan semoga apa yang aku rancangkan akan menjadi kenyataan.


p/s - Biar aku sayang dia kerana dirinya sendiri dan bukan kerana duitnya.

December 6, 2011

Jalan-jalan Cari Makan @ KL


Ok tuan-tuan dan puan-puan sekelian...kali ni aku nak cerita pasal aktiviti makan-makan ku bersama teman-teman seperjuangan. Sebelum tu aku nak mintak maap pada tuan punya gambar ni....aku cilok tanpa keizinan dia. Elehhhh...berani dia nak marah aku??? Tengok tu....dengan adanya watermark nama dia pada gambar-gambar ini boleh membantu menfemeskan semula blog dia yang semakin sendu tu...hehehe jangan marah. Jangan sesekali overshadow hokay!!! :p


Aktiviti makan2 ni baru ajer berlaku....weekend baru ni. Kebetulan plak aku pun tak berapa sihat dan agak sibuk dengan tetamu jauh. So, aku selitkan sedikit aktiviti makan2 ini bersama teman-teman dalam gambar ini.


Malam minggu yang lalu kami pi makan di Restoran Pak Ya Chinese Muslim Food yang terletak di Galaxy Ampang. Aku pernah makan di restoran ini masa di gerai lama lagi...tapi masa tu aku selalu order takat goreng2 ajer. Kali ni restoran ni dah pindah ke tempat baru yang lebih selesa dan mantap. Nak tau tak apakah masakan istimewa di sini? Tadaaaaaa....KETAM TELUR MASIN. Jujur cakap....first time aku rasa terus jatuh cinta. Dah mcm addicted dgn ketam plak. Nak tau alamat nya??? sila ke bawah

Venue: RESTORAN PAK YA CHINESE MUSLIM FOODS CORNERAddress: Galaxy Ampang, Taman Dagang, hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, near the well known TT place Restoren Bonda GPS Coordinates: N3° 8' 53.50", E01° 45' 20.92"




inilah ketam telur masin yg sedap itu....yg warna kuning tu ialah telur masin yg telah dijadikan pelengkap makanan ini. Kalau nak resipi...sila gugel....memang ada.


aku gi makan dengan pak ajuan dan pak ajim. Tapi maaf yea....lupa plak nak letak pic pak ajuan....kat bawah ada byk pic dia.


tengok tu kesedapannya hingga menjilat jari.....licin wei!!! kesan tangan ajim pada dulang ketam tu...heheheh



-------------------------------------------------------------


Keesokan harinya belah petang lebih kurang pukul 2 kami bertiga berjumpa semula. Itupun selepas mereka berdua pulang daripada aktiviti marathorn ajim...aku tak ikut masa tu. Then lunch hour kami pergi makan pulakkkk...adoiiiiiiiiii asik makan ajer. Orang jauh datang kenalah entertain kan...hehehe.


Masa ni kami makan di Restoran Wong Solo Ayam Bakar yg terletak di Dagang Avenue. Lama jugak melepak di sini. Aku meratah lauk dan ayam bakar sahaja sebab masa breakfast aku dah makan dengan seseorang. Masih kenyang tapi gatal sangat nak ratah-ratah lauk yea...hehehe. Lama gak kami spent time di sini sementara menunggu sepasang pengantin baru sampai.....yang baru menjadi pengantin. Bestnya kawin!!! Hehehe.




gambar kami bertiga....masa ni tak habis2 gelak ajer....adohaiii itulah kami bertiga bila berjumpa. Orang kata banyak gelak boleh buat awet muda kan...hehehe.


maaf gambar makanan aku tak letak...sebab tak nak bagi korang terliuqqqqq!!!



Dah habis dan sakan berbual...ke mana plak arah tujuan kami??? Jom lah ke bawahh


>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>


satay station here we come.....sebab nak jumpa pengantin baru di sini.


walaupun restoran ini dekat dengan rumah aku tetapi lama dah aku tak makan di sini. Nak tau kenapa?? sebab harganya bertambah mahal. Secucuk ialah RM1 uolssssssss!!!!! Kau mampu???

Dulu masa aku pertama kali kenal satay station ini...harganya hanyalah 60 sen tau!!!!


yeahhhhhh...pengantin baru dah sampai....bawak red velvet cake and butter scotch cake...yummyyyy!! Thanks Buzu and Dzul...selamat pengantin baru!!!!!!



sementara menunggu satay sampai...kami berbual2 dan mengusik pengantin baru...hehehe. Sambil tu amik sikit aura pengantin...kot2 melekat nanti....ahakss!!!


baru perasan baju kami semua sedondon....kebetulan ajer.


pastu majlis penyerahan hadiah untuk pengantin....special tak? Cuba tengok kotak kanan tu...burberry uolssss....mampu ke?



Ok sekian sahaja aktiviti kami di hujung minggu. Sebenarnya ada lagi aktiviti lain...tetapi tak payahlah kami citer di sini. Hanya kami bertiga ajer yang tahu...biarlah rahsia ahakss!!!!!!




p/s - entahlah...apa lagi yg aku nak cari dalam hidup aku ni????




December 1, 2011

Part 2 - Jalan-jalan ke Temerloh : Pekan Sehari Temerloh


Bersambung lagi cerita tentang Temerloh. Malam sebelum tu aku memang tidur awal sebab mengantuk sangat dan keletihan. So, jam 10 malam aku dah ngorokkk. Pagi bangun after solat suboh terus bersiap nak pergi Pasar Pekan Sehari yang dibuka setiap hari ahad di pekan Temerloh ini. Segala benda nak cari...semuanya ada di sini.


Nak cari ikan? sayur? baju? kasut? kueh mueh? ayam? ....apa sahaja...semuanya ada. Dulu aku pernah pergi sekali masa zaman my bro berkahwin dulu. Sempat lah singgah sini kejap pagi tu. And this time kami datang sekali lagi ke sini. Ikutkan hati nak jalan dari depan sampai ke belakang. Tapi memandangkan mama ku tak larat nak jalan...half way ajer kami dah pusing balik hehe. Besar gila tempat ni...ia terletak di persisiran jalan dari bulatan kecil depan masjid tu hinggalah sepanjang jalan persisiran sungai pahang tu.


masa ni ada jugak penjual baru nak siap-siap bukak meja atau bentang tikar jualan

nampak tak sungai pahang di depan tu?


menurut adik aku...penjual-penjual sayur2an kampung ni kebanyakannya datang dari kampung2 dan felda-felda berdekatan. Selain sayur2an...mereka juga meniaga hasil kampung seperti ikan sungai, pisang dan mcm2 lagi.



macam2 ada...harganya murah sikit lah daripada di KL nun hahhhh


sayur-sayur kampung yang aku tak biasa nampak...pun ada di sini.


cili padi kampung sangat pedasss uolssss....berapi mulut jika memakannya....


asam keping.....


petai ni murah...satu ikat harganya RM5....tak dapat tu kat KL....


ikan keli sungai....agaknya kot!!!


kat sana ramai betul yg meniaga ikan sungai....aku tak tau apa nama2 ikan tu. Yang udang galah di atas tu harganya RM60 sekilo fuhhhhhhhhhh.....yg pentingnya udang tu fresh.


ikan talapia pun banyak di jual si sini.....


masa ni kami duk tengah sibuk nak membeli ikan patin.... (yg dalam besen biru tu)


ikan patin yang masih hidup lagi. Sekil0 ialah RM13....ikan patin sangkar. Kalau ikan patin sungai...harganya boleh cecah beratuss. Fuhhhhhh baru ku tau. Patutlah ada orang komplen kenapa makan ikan patin tempoyak di Temerloh sangat mahal.....rupanya yang depa makan tu ialah ikan patin sungai...memang harga ikan tu mahal berbanding patin sangkar.


kami beli ikan patin 2 ekor sahaja...cukuplah tu


brother ni tengah belah ikan apa entah...besar gilossss ikan ni. Ishhhh tak reti aku nak makan ikan besaq2 mcm ni...hehehe.


Masa di pekan sehari ini....kami ada lah beli sikit beberapa barang seperti ikan patin, sayur kampung, kerepek kampung, daging kerbau dan makanan-makanan lain. Breakfast makan nasi kerabu....cili padi fuhhhh pedas gilossss. Then balik bilik di Rest House tu untuk berehat dan lepak sekejap.


Then, tengahari tu ada jemputan makan ikan patin tempoyak lagi daripada besan my mum.....ayooooohhhh nak makan lagi ke??. Tadi makan nasi kerabu aku dah rasa full semacam. Orang dah jemput kan....so pergi ajerlah. Kami bersiap pakai baju kurung sebab after that terus balik KL sebab tengahari tu ada jemputan kenduri kahwin di Wangsa Maju. Maaf gambar makan tengahari aku macam kemalasan nak snap..huhuhu.


After dah kenyang, kami pun pulang semula ke ibukota. On the way balik tu singgah jap kat simpang Bentong tu sebab ternampak orang jual durian. Wahhhhh memang kami duk mencari durian ni. Dengan ayu berbaju kurung....makan durian uolssss. Nak tau durian apa yg kami makan?????





durian musang king uolssssss!!! sedap nak mampus dan harganyapun boleh tahan nak mampusss!!! Takpalah sesekali makan durian sedap memang berbaloi dengan harganya. Durian ini ialah RM18 sekilo dan kami ambil 2 biji utk dimakan 7 orang. Harga semua ialah RM80.....terbuntang mata aku dengar harganya. Oklahhhh halal kan ajer....sib baik sedappppp!!!!


jangan terkezut ada juga durian musang king ini yang harganya RM25 sekilo...ya ampunnnn mahalnya. Mesti rasanya lebih sedapkan. Yang harga RM18 sekilo pun sedap...apalagi yg RM25 sekilo......sekali ngap terus pengsan kot!! hahaha. Betul ke orang kata durian musang king ni paling sedap yg kat area Bentong???


kalau nak makan durian kampung biasa pun ada.....


kami makan kat tepi jalan tu ajer. Tak kuasa aihh nak bawak durian masuk dalam kereta...nanti satu badan kami bau durian...hehehe.



Sampai ajer KL lebih kurang pukul 2.30 petang....terus kami pergi ke jemputan kenduri kahwin di Wangsa Maju. Aduhai...tak larat dah nak makan lagi. Dalm perut ni dah penuh dengan nasi kerabu, ikan patin tempoyak, durian...ayohhhhhh pengsan!!! Tapi aku jamah 2-3 suap jugak utk ambik hati tuan rumah.


Sampai rumah petang tu aku terus membuta....sebab keletihan dan kekenyangan. Masa tidur tu aku tak sedar seorang blogger femes ada call aku......betul2 tidur mati hahaha. Rupanya dia nak ajak dinner malam tu.....ya ampunnnnnnnnnn!!!! makan lagi ke? Ishhhhh kalau Kevin tau ni.....sure kena marah kaw-kaw punya.


p/s - saya sayang awak....tapi awak tak tau pun yg saya sayang awak. Hik..hik..hik. Maaf abang ameno!!!!