Ads

October 1, 2014

Kenduri Menyambut Menantu @ Besut, Terengganu



Salam semua.
Terkezut tak tengok tajuk di atas. Walaupun gambar2 ni dah basi pun...tapi aku tetap nak masukkan jugak. Gigih aku habiskan pic honeymoon kami di UK. Habis dah entry tu. Sekarang ni baru aku ada masa nak share pics kami masa kenduri menyambut menantu di kampung husband di Besut. Dah kawin 7 bulan....tak habis-habis nak letak pic kawin dia. Tak kisah lah....yang penting gambar2 ni aku tak pernah share di dalam blog ni pun huhuhu.

Kenduri menyambut menantu ni diadakan sebulan selepas kenduri di KL iaitu seminggu selepas kami balik dari UK. Memang kelam kabut giler kami dibuatnya. Balik KL sibuk pulak persiapan kenduri di sana. Masa tu lah sibuk nak arrange masa amik baju di tailor dan butik. Dan masa tu jugak kami sibuk pergi ke Jalan Tar nak cari bunga telur untuk bawa ke sana. Adik-beradik aku pulak sibuk juga nak booking flight ticket dan cari hotel. Husband aku balik awal 3 hari...sebab banyak benda dia nak uruskan di kampung. Aku plak ikut my brother and mum naik satu kereta. Balik KL semua naik flight. Maka tinggallah aku di kampung suami untuk 3 hari lagi. Satu pengalaman pertama yang berharga sebagai menantu. Aku memang anak jati KL dan tidak pernah ada kampung halaman kecuali bandar KL ajer. So, aku memang nak sangat merasai pulang ke kampung macam orang lain. Alhamdulillah termakbul juga doa aku. 


Kami berkumpul di homestay.....adik2 aku dan anak2 mereka dah siap masuk dalam kereta....so takda dalam gambar ni. Terima kasih kepada kawan2 opis yang sudi hadir jauh dari KL...Kak Rose and family dan juga Ustaz Azrin and friend. Blogger Azim juga hadir....dari Kemaman ke Besut dia datang....tqvm.

pengantin bersiap untuk bergerak ke rumah pengantin lelaki. Tolong maafkan make-up yg tak berapa aku berkenan tu.... :p 

makan beradap kami satu family. Alhamdulillah dapat merasa masakan Terengganu yang umpph. Gulai daging tu memang sedap sangat.

terima kasih banyak2 keluarga mertua di atas layanan yang sangat baik.

petang tu kami bergerak ke Pantai Bukit Keluang untuk outdoor photoshoot. Nanti aku free aku share lagi di sini kay.Gambar2 semua dalam CD. Yang ni semua gambar2 di hp. 


Ni plak on the way balik. Kami singgang di Pantai Marang untuk menikmati ikan celup tepung. Sedapnya......berduaan dengan suami sambil disaksikan oleh lautan biru yang terbentang luas.

tadaaaaaa.....kami tidak terus balik KL...sebaliknya kami stay di Holiday Villa Cherating pulak..huhuhu. Honeymoon kedua kami. Sampai sana dah malam. Esoknya lepas subuh kami laki bini gi breakfast...lepas tu terus berendam dalam kolam. Masa ni hari bekerja. Takda orang langsung. Hanya kami berdua ajer dalam kolam tu. Tak percaya ke????

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


Tu dia perenang professional sedang rancak berenang tanpa gangguan sesiapa pun......


haiyoooooohhh......dengan penuh perasaan gitiewwww

si suami pun sama gak. Tetap taknak kalah dengan isterinya. So in love this moment. Takda sapa kacau kami dan takda sapa hiraukan kami.



Esoknya kami balik KL....tapi tak terus balik tuuuu. Kami singgah Kuantan pulak. Husband nak mengimbau kembali kenangan masa belajar di UIA Kuantan. So kami masuk kampus UIA dan berhenti seketika di fakulti tempat dia belajar dulu. Di atas ni pulak gambar masjid yang menjadi kenangan setiap kami solat Jumaat. 

Menjelang maghrib jugak kami sampai KL. Alhamdulillah semuanya selamat. 
Eh....lupa pulak. Ada yang bertanyakan pada aku camana aku mengenali husband aku ni. Senyap2 terus kahwin hehehe. Oklah aku kongsikan serba ringkas di sini camana aku kenal si dia ahaksss.

Ceritanya bermula begini.
Untuk pengetahuan.... suami aku ni juga adalah seorang traveller macam aku. Cumanya taklah seotai aku ni...kalau boleh satu dunia nak jejak hehehe. Dia ni traveller manja2 gitiew tapi seorang kaki jalan yang tegar. Ianya bermula begini. Dia and teman-teman sekerja plan nak berjalan ke Medan. Jadi sebelum hari bertolak tu tugasan dia ialah untuk mencari info berkenaan dengan Medan. Tetiba ada seorang rakan dia rekemen kan untuk merujuk pada blog Azimashaary sebagi panduan. Jadinya blog Azim menjadi rujukan mereka sepanjang berada di Medan. Sebaik kembali dari Medan.....husband aku memulakan langkah pertama hehehe.  Korang mesti ingat....bahawa aku pun pernah ke Medan dan aku pergi berempat bersama teman2...termasuk Azim. Jadinya.....dalam blog Azim ini juga terdapat muka aku dan muka kawan2 yang lain.

Tanpa diduga husband aku ni  mula tertarik dengan salah satu bunga di dalam blog Azim tu. Bunga tu katanya....tersenyum indah menghiasi setiap entry tentang Medan itu. Agak2nya siapakah gerangan si bunga itu. Adakah dia sudah berpunya? Firasat hatinya berkata....mesti belum berpunya sebabnya nampak mereka ramai2 dalam tu seperti teman biasa sahaja...tiada yg istimewa di antara mereka. Itulah agaknya. Maka husband aku pun mulalah menjelajah ke entry destinasi lain yang ditulis oleh blogger Azim ini. Eh.....tetap ada gambar si bunga ni dalam entry2 yang lain tu. Siapakah dia agaknya? Kaki jalan juga dia ni yea. Dalam hati suamiku berkata.."Ok...aku kena cari jugak siapa bunga ini sampai dapat....aku nak tahu banyak benda pasal bunga ni" .....cewahhhh!!! Belek punya belek blog Azim.........dia telah terjumpa blog si bunga itu. Ya Allah dia ni rupanya ada blog...pulak tu giler berjalan. Husband aku rasa impressed dengan kegigihan bunga ini travel ke negara orang pada usia yang masih muda.Muda ke? Hehehehe.....

Niat di hatinya berkata...camanya nak cari bunga ni yea??
Dalam blog dia ni takda email pun...apatahlagi hp number. Why not cuba cari kat FB. Wahhhh....ada nama dia dalam FB. Mula2 dia tanya pasal Medan.....tapi still tak berjawab. Seminggu lepas tu barulah bunga tu reply the message. Fuhhhhh......susah juga nak reply message bunga ni. Husband masa tu macam dah give up sebab message tanpa balasan setelah seminggu. Hinggalah pada tarikh 1 Februari 2013 bunga tu membalas message husband aku ni. Dia balas pasal Medan...ok fine. Nak tanya lebih2 takut plak kan. Then husband memberanikan diri contact melalui BBM Blackberry pulak. Rupanya si bunga ni tak sedar bahawa ada "ter"save pin number blackberry dalam FB. Apalagi...inilah peluang nak memulakan perbualan...kata hati  husband ku. Blind date kami yang pertama ialah di Mines Shopping Centre.....menjadi saksi dan kenangan yang paling abadi.

Dari kawan biasa....hinggalah husband aku mula tertarik dengan peribadi dan personaliti bunga ini. Pada awal bulan 6, keluarga husband datang merisik. Tiga bulan selepas itu iaitu musim raya kami telah ditunang pada tarikh 31 Ogos 2013. Selang 6 bulan selepas tu barulah kami bernikah. Enam bulan membuat persiapan kahwin memang sangat mencabar minda. Segala benda nak fikir. Alhamdulillah husband dan family aku sendiri sama2 membantu. 

Ok...itulah cerita camana kami bertemu. Hingga ke hari ini dia seorang yang selalu support aku berkenaan blog. Dia akan ingatkan aku...dah update blog ke belum hari ni. Dia adalah peminat setia blog aku. Hinggalah ada ketika dia akan tersenyum lebar bila melihat gambar sendiri dalam blog aku ataupun dia akan tergelak terbahak2 membaca apa yang aku tulis. Sajer jer aku nak sakat suami ku tu. Hehehe.

p/s - Hari Raya Haji ni kami beraya di Besut.....

11 comments:

syieda said...

Omaiiii sweetnya kisah romantik ni..tak sangka ye..ingatkan org jauh. Rupanya dekat je..rahsia Allah.
Nanti masukkan gambar kita pulak la kat blog ni. Mana la tau ada chance. Kikikikiki

Badar The Great said...

at last dpt jg tahu camne leh kenal dgn en suami tu. alhamdulillah , moga jodoh kalian kekal bahagia hga ke jannah.

Norharyani Sanusi said...

Sweetnya citer part 'bunga' tu..hihihi

Alhamdulillah..Dah namanya jodoh.Moga kekal hingga ke syurga.Aamiin!

CIKU said...

Best stori nya..sesama suka travel..okla tu.moga bahagia bersama dunia akhirat.

DJ said...

ah jeles la baca cerita ni..takde keee sang traveller manja luar tu yang baca blog saya...eh?

kehkehkeh

Leez M. Saaid said...

Syieda....


Hahaha dah jodohkan.
Tak sangka kami jumpa di alamaya.
Didoakan semoga syieda akan dapat jodoh nanti....juga di alamnaya..ehhhh.

Romantik ke kisah kami tu...huhuhuhu

Leez M. Saaid said...

Kak Badar...

tulah kak...jenuh nak update pasal kisah perkenalan kami.
Adik tertunda ajer...akhirnya dapat gak update hehehe

Leez M. Saaid said...

Norharyani....

hehehe...segan sebenarnya nak citer kat sini....tapi atas permintaan ramai.
Alahmdulillah doakan jodoh kami yea.

Leez M. Saaid said...


CIKU...

akhirnya dapat jodoh dengan suami yg kaki travel....sama hobi sama citarasa...alhamdulillah

Leez M. Saaid said...

DJ...

Hehehe...mana tau ada jodoh nanti di alam maya. Saya doakan...

yuyu said...

nice..:)