Ads

October 11, 2012

Part 1 : My Travel Destinations - In Memories



Salam semua.
Dah beberapa hari tak update blog. Byk benda actually nak update tapi aku rasa tak payahlah masukkan di sini sebab tak interesting pun. Kita citer pasal travel lagi best kan. Rating pun naik mencanak ahaksss. Kalau citer pasal benda lain...rating jatuh. Sungguh!!!

Aku nak flashback pengalaman aku berjalan-jalan di negara orang tahun-tahun sebelum ni. Masa ni takda blog lagi. Nak citer skrg pun aku ingat-ingat lupa. Kena rujuk gambar-gambar baru ingat balik. Tu pun ada pic yg pakai camera compact biasa...bukan yg digital punya. Gambar pun blur hehehe.


A. Percutian di Beijing, China (2000)

Masa ni aku bercuti dengan my travelling partner, Sha yg setia bersama ku berkelana di negara orang. Skrg dia dah kahwin dan punya keluarga sendiri. Masa ni tahun 2000 rasanya. Kami ikut TMTours and Travel rasanya lah (ingat-ingat lupa). Package ni harganya RM1,900 kalau tak silap aku. Kami berada di sana selama 7 hari 6 malam. Naik flight China Sounthern Airline. Transit di Hong Kong selama sejam. Then meneruskan perjalanan ke Ghuangzhou. Tukar ke terminal lain naik domestic flight plak. Tersadai 6 jam. Boleh keluar kalau nak jalan-jalan tetapi kami mempunya masalah komunikasi dengan orang China ni. Kami bgtau nak gi shopping...mintak tunjukkan masa shopping mall yg berdekatan...satu apa depa tak paham. Letih nyahhh!!! So, kami decided lepak kat airport ajerlah.

Sampai Beijing dah malam...letih sungguh. Nak dinner masa tu memang takda mood. Kami punya tourist guide namanya Simon- fasih berbahasa Indonesia. Cuaca masa ni sejuk dingin lebih kurang 22C. Malam tu hujan...so pagi tu rasa sangat sejuk...sib baik bawak sweater. Pengalaman yg tak dapat dilupakan di sini :

1. Wakil dari travel agent di KL seorang wanita... pun ikut sama...tapi dia ni baru first time nak ke Beijing. Pagi masa nak breakfast tu....sepatutnya kami disediakan satu tempat khas utk halal food. Tapi pagi tu tempat tu takda....dia ni turun awal. Dia pi makan kat cafe yg ada. Tanpa disedari dia dah termakan sausage dan nasi goreng tak halal. Dia ingat boleh makan. Hmmmm. Nasib baik aku dan teman sebilik turun lambat sikit. Tourist guide plak tak bagtau awal2 kat hotel yg dorang kena sediakan halal food utk kami. Alamatnya sesapa yg dah ternakan yg non halal tu......muntahkan segala2nya di toilet. Suweiiii betullah. First day dah terjadi macam2 benda.

2. Aku kehilangan duit bernilai RM700 di tempat jual kain silk. Aku beli agak byk jugak kain silk sebab belikan kiriman orang. Tanpa disedari duit aku dalam envelope tercicir masa tengah beratur nak bayar. Nasib baik aku ada simpan duit lain sana sini. Nak dijadikan cerita duit aku dijumpai oleh seseorg dari travel agent lain (org Malaysia) yg juga berada di tempat itu. Masa kat China Great Wall aku bertemu dgn org tu dan dia serahkan duit dalam envelope tu. Alhamdulillah dan terima kasih byk2.

3. Masa kami berjalan kaki utk ke masjid Nueji iaitu masjid tertua di Beijing...kami dikejar oleh orang gila yg memegang kayu panjang. Orang gila tu kejar aku dan 2 orang kawan ku yg lain. Mencicit kami lari bagai nak rak sampai memanggil nama Simon minta tolong. Simon kejar kami dan marahkan orang gila tu. Sib baik fuhhhh heheheh.

4. Rombongan kami ni seramai lebih kurang 25 orang sahaja. Kebanyakkannya makcik dan pakcik yg dah pencen. Yang anak dara hanya beberapa org sahaja. Ada 2 orang makcik ni memang suka join aku dan kawan aku ni. Yang seorang ni suka berfoto....camera dia canggih mcm profesional. Kami panggil dia Ibu Foto. Seorang lagi makcik ni plak suka bershopping. Duit dia banyak giler...kaki shopping. Kami panggil di Ibu Kaya. Dia orang plak panggil aku Raja Ema....sebab katanya muka aku mcm Raja Ema...hehehe ye ke???

5. Arwah papa ku memang kaki shopping jugak. Setiap tempat yg dia pergi...ada satu benda yg dia mesti beli. Nak tau tak apa? Pedang!!!!! So, aku belikan papa ku sebilah pedang samurai semasa di Beijing. Bila dah beli....masa nak packing baju...baru perasan camanalah aku nak bawak balik Malaysia ni. Sib baik aku pakai beg besar yg boleh memuatkan pedang tu. Fuhhhhhhh selamat!!!!


di bandar Beijing...masa ni berjalan kaki nak ke Forbidden City rasanya......
kenangan indah di Tembok Besar China. 
background Tembok Besar China.....kurusnya dulu hahahaha



B. Percutian di Bangkok, Thailand (2000)

Kali pertama aku menjejakkan kaki di Bangkok pada tahun 2000 bersama my parents dan teman baik Sha. Masa ni ikut rombongan naik bas dari KL-Hadyai-Bangkok. Fuihhhhh banyak sangat kenangan masa ni. 2 malam di Bangkok dan 5 malam di Hadyai (3 malam banjir)

1. Rasanya aku ada citer bagaimana kami pernah stranded selama 4 hari 3 malam di Hadyai masa nak balik ke KL. Rujuk link ini.

2. Berjam-jam dalam bas masa menuju ke Bangkok pengalaman yg tak dapat dilupakan. Sampaikan kaki aku bengkak dan kebas sebab lama sangat duduk dalam bas.

3. Masa kami sampai di Bangkok awal pagi masa subuh. So, lepas tu terus ke Floating Market dengan tak mandi dan tak makan lagi. Just makan buah ajer. Lepas tu kami sepatutnya makan di gerai-gerai makan Muslim di satu tempat ni. Sebaik kami sampai rupanya kedai-kedai tu semuanya tutup. Dengan tak makan...masing-masing dalam bas mula marah2 dan mengamuk. Then pihak penganjur bawa kami ke Chatucak sebab kat sana ada satu gerai muslim. Cuba pikir....4 buah bas yg dipenuhi dengan org2 yg kelaparan... makan di sebuah gerai kecil sahaja. Kami makan apa yg ada ajer...berebut2. Fuhhhh pengalaman pahit sungguh. Then, nak shopping kat Chatucak tu pun dah takda mood. Penat, mengantuk dan tak mandi semua ada. Malam tu balik hotel terus tidur.

4. Bangkok ni jammed memang tak hingat. So, pihak penganjur dah plan awal utk elakkan buang masa di jalan raya. Rupanya depa dah contact dengan pihak polis utk escot kami  siap bunyi siren sepanjang melalui jalan yg jammed di tengah2 bandar Bangkok. So, kereta2 semua berhenti tepi sebab beri kami laluan. huhuhuhu...terasa mcm PM plak.

5. Salah satu tempat yg kami pergi ialah Bangkok Safari. Nak masuk tengok binatang2 buas dalam ni memang kena naik bas jugak. Bila sampai ajer kat satu binatang ni....Zirafar rasanya. Baik punya tengah mengawan. Zifarah tu punya "ehem" siap nampak sangat jelas lagi. Satu bas semua menjerit hahahahaha.

6. Sebaik kami sampai di Grand Palace....aku dan parents plan tak nak masuk dalam tu. So, lepas bergambar kat luar tu...kami senyap2 naik tuktuk gi kedai jual kain Thai Silk. Lepas sakan shopping...kami balik semula ke tempat tadi. Hehehehe...dapat jugak membeli silk. Geng2 dalam bas jeles tengok kami shopping kain silk sebab dalam itinerary tak pi pun tempat tu.


bergambar di Bangkok Safari

dengan tak mandi hehehe...kami terus ke Floating Market. Air yg terapung tu agak busuk skit....geli pun ada. Beli buah ajer kat sini.

masa ni kat Grand Palace



C. Umrah di Mekah dan Madinah, Arab Saudi (2005)

Pertama kali menjejakkan diri ke tanah suci. Aku pergi bersama mamaku. Pengalaman di sini aku pernah ceritakan di blog ini juga. Cuba ke link ini.


semasa hendak miqot di Bir Ali

ziarah dan solat sunat dadi Masjid Quba'

ziarah dan berdoa di Jabal Rahman



D. Percutian ke Bali, Indonesia (2005)

Percutian pertama aku ke Bali ialah pada tahun 2005. Plan asal aku pergi dengan Sha. Then tetiba last minute mama dan adik2 ku yg lain nak joint plak. Akhirnya...jadi rombongan cik kiah. Best sangat...sebab dah jatuh cinta dengan Bali. Di antara pengalaman kami ialah :

1. Kami stay di Oasis Hotel yg terletak di Kuta. Masa ni terkejut lah jugak sebab dikatakan makanan di sini tak halal. First time pergi kannn. So, bila breakfast kami tanya kat pekerja hotel di cafe tu...nasi goreng ni halal tak? Dia jawab...halal. Entah camana aku ternampak pekerja tu siap kenyit2 mata dengan pekerja seorang lagi di situ suruh senyap. Hmmmmm...nampak sangat nak menipu kami. Terus aku sergah dorang. Kalau tak halal cakaplah dengan jujur...tak payah nak menipu kami. Bab2 makan halal tak halal  ni jangan buat main hokay. Aku dah banned hotel tu.

2. Aku booking hotel ni thru travel agent. So, stay di hotel tu selama 3 malam. Entah camana pada malam terakhir tu...hotel ni penuh. So, depa hantar kami ke Hotel Oasis and Resort yg terletak jauh dari Kuta. Oklah tu...sebab hotel ni 4 star...cuma jauh ajer.

3. Kat Bali ni banyak sangat Babi Guling. Sepanjang perjalanan kami ke sana sini naik van....asik gelak bila nampak babi guling kat kedai-kedai makan. Jakun masa ni. Sampai kan sempat berhenti di salah satu kedai nak ambil gambar punya pasal. Bukan takat gambar babi guling dan namanya...tetapi gambar aku pun terselit jugak. Ishhh ishhhh.....budak2 betul hahaha.

4. My brother yang 2 orang tu pun joint sekali dengan tunang masing2. Masa tu depa belum kahwin lagi. Pekedai sana ingatkan my bro Izam ni orang Jakarta,....siap tanya dia sama ada orang Jakarta ke hehehe. My brother Idham plak....orang sana memang dah tau dia org Malaysia. "Mari beli....hang chowkit...harga chow kit". hahahaha nak tergelak kami.

5. Kami shopping bagai nak giler. My bro siap beli perhiasan kayu-kayu utk barang hantaran perkahwinan dia. Murah beb. Terpaksa cari kotak utk mengisi barang2 perhiasan kayu tersebut. Memang kenangan terindah lah di sini.


semasa di gallery lukisan di sini

dinner seafood di Jimbaran

kami suka dengan dress putih sulaman yg dijual di kedai Uluwatu ni. 



E. Percutian Jakarta-Bandung, Indonesia (2006)

Kenangan pertama kali gi Bandung dan Jakarta. Masa ni Bandung tak popular sangat mcm skrg ni. Boleh dikatakan aku ni orang terawal ke Bandung. Susah nak cari info pasal Bandung masa ni. Sib baik Forum Cari membantu...tetapi info nya tidaklah sebanyak sekarang ni. Masa tu AirAsia ke Jakarta baru jer dilancarkan....ke Bandung belum ada lagi. Aku gi dengan family ku. Stay 3 malam di Bandung dan 1 malam di Jakarta. Sewa mobil cari melalui online ajer. Macam hampehhh sopir tu. Kerja dia asik nak mintak duit ajer.....memang aku ingat sampai bila-bila. Pengalaman aku di sana :

1. Factory Outlet di sini buatkan kami jadi giler. Aku dapat membeli blous dan jacket kerja dengan harga yg sangat murah. Semuanya datang dari overseas....plus size. Tapi malangnya FO tu dah pun ditutup. Lupa dah apa nama FO tu. Dari hotel yang kami tinggal tu boleh berjalan kaki ke Rumah Mode. Adik aku siap repeat berkali-kali ke sana. Sebabnya....dulu taklah seramai customer mcm sekrang. Nak shopping pun selesa.

2. Pak Sopir ajak kami makan di sebuah restoran terkenal di Bandung iaitu di Restoran Sapu Lidi. Jauhhh giler dengan jalanraya yg berbatu2. Sampaikan kami pening dan termuntah dalam van. Rasa makanan biasa ajer cuma tempat tu cantik lah. Rupanya pak sopir tu nak makan sedap di restoran mahal. Dia order makanan mengalahkan kami. Eeeee geram tengok masa tu. Dia yg lebih2 duduk satu meja dengan kami. Padahal kami semua dah menyampah dengan dia...asik mintak duit ajer.

3. Siang penat bershopping di sini. Malamnya kami berendam di dalam swimming pool sambil bergossip. Sejuk nak mampus sebab cuaca yg dingin di Bandung ni. Tapi memang best lah.

4. Kami stay di Jakarta one nite sahaja. First time jejak Jakarta...terkezut dengan jammed yg sangat azab. Stay di sebuah apartment di tengah2 bandar Jakarta. Esoknya kami bershopping di Tanah Abang. Shopping bagai nak giler - beli kain langsir, beli kain, beli telekung dan mcm2 lagi. Flight balik KL jam 8 malam. Pak sopir kata jam 4 petang dia akan ambil kami di depan Tanah Abang. Aku kata kenapa awal sangat? Dia kata nak ke bandara 2 jam sebab macet. Memang betul...macet giler. Dia drive mcm orang giler....sib baik cekap. Pukul 6 lebih jugak kami sampai airport fuhhhhhhhhhhhhhh. Pengalaman ngeri.


gambar ini ketika kami lunch di Restoran Sapu Lidi Bandung. Cantik tempat ni tapi makanannya biasa ajer. Tak taulah sekarang camana.

Kenangan shopping di FO Victoria, Bandung

Malam di Jakarta. Kami melepak di Plaza Indonesia. Jumpa seorang teman warga Malaysia di sini...then we had dinner. Dia belanja...fuhhh selamat sebab kami dah kehabisan duit nak makan di restoran mahal hahaha. You know who you are hiksss!!!



Ok stop dulu....penat menaip. Nanti aku sambung lagi part 2. Habis idea sudahhhh. Chowwww.


p/s - Selamat Hari Raya Haji!!!





11 comments:

~Beb~ said...

syiok nyaaaa.. bila laaaa lagi nk bejalan nih :)

Nina Hamdan said...

sekarang ni pergi Bangkok dah lain, boleh naik train sahaja.. kurang sikit jam.. hehehe..

Nina pun dah pergi Bangkok good experience! Tapi tak dapat la pergi floating market :(

kasihredha said...

bestnya baca
yg paling best tgok gambar lama leez.

akak pernah nak termakan mknan non halal...nasib baik belum masuk mulut...issshhhh geli betul kalau ingat.



Nieda said...

memg la akak pun suka baca citer jln2 ni. Cepat je tekan key hihihi

Unknown said...

Lezz masa tahun 2000 kurusnya...Insyaallah bila dah masuk cabaran sihat boleh kembali macam dulu...cabaran ni...

Alin Marlini said...

kak..mana lagik best :)

Chik Na said...

hmm..bandung je yg belum sampai lagi..

finizaini said...

thread jkrta-bandung tu sgt membantu...disitu le ku mengenali mu melalui maya ini...TQ leez ur info...Keep on update

Cawan said...

next destinasi ke mana?

Unknown said...

salam,,,kak,,ade simpan lagi tak no supir di yogjakarta?..

diyana
dianeazizi@yahoo.com

Unknown said...

salam kak,,,boleh tak bagi no supir di yogjakarta?

diyana
dianeazizi@yahoo.com