Ads

October 3, 2012

Karnival @ Dataran Pantai Morib



Salam semua.
Masa cuti Hari Malaysia yang lepas aku tengok ramai yang gi bercoti-coti tapi aku kena kerja uhuk uhuk. Demi syarikat ku sanggup berkorban apa saja ahaksss...poyo wei!! Tak lah....memang kebetulan kena kerja kan ....apa nak buat...pasrah ajer. Bila dah buat kerja event ni....tak kira week end ke... malam ke...siang ke....kerja tetap kerja. 

Majalah iSihat menjadi majalah rasmi karnival kesihatan yg diadakan di Dataran Pantai Morib ini. So, aku kena create apa bentuk aktiviti yg kena buat supaya booth kami ni menjadi tumpuan orang. So setelah berbincang dan memerah otak apa nak buat....kami decided nak buat demo masakan menu sihat, khidmat urut refleksology dan jualaan majalah dan cenderahati. Nak tau sama ada ramai ke tidak...jom tengok gambar  bawah ni.


 booth kami pada hari pertama.....oklah boleh tahan ramai gak org sebab ada persembahan artis kat pentas utama. Booth kami dekat dgn pentas

 jom jom beli majalah terbaru di pasaran. Sesapa beli majalah isihat dan majalah2 lain akan dapat percuma paper bag isihat yg warna hijau tu. Dalam tu ada lagi 2 majalah backdated dan barang2 lain. Setelah 2 hari karnival....majalah2 kami sold out mcm goreng pisang panas. Alhamdulillah...tersenyum bos  bila aku tunjukkan RM sales kami hari tu. Syukur sangat.

 Kami juga ada perkhidmatan urut refleksology. Boleh tahan ramai juga yg datang mengurut pada hari tu. Bukan free tau....kena bayar jugak. Tukang urut kami import dari Bandung..hahahaha percaya???

 Then ada persembahan nyanyian artis terkenal M.Nasir. Oklah meriah jugak. Suka sgt org kampung datang karnival tgk artis popular buat persembahan.

 Lepas tu  ada demo masakan menu sihat di booth kami. Kami jemput Chef Ezani buat demo ni. Nak tau org yg serbu ke booth kami ramai atau tak.....sila tgk gambar di bawah ini.

 tu diaaaa......seronok depa tgk org buat demo memasak. Siap ada DJ yang bercakap bgtau camana nak masak menu sihat ini. Ada 5 menu sihat kami persembahkan hari tu.

ni plak hari kedua karnival. Org berpusu-pusu membeli majalah-majalah kami. Belah kanan tu ialah brg sourvenir yg kami jual....boleh tahan gak sales hari tu. Dan dalam booth tu ialah perkhidmatan mengurut. Alhamdulillah apa yg dirancang berjaya juga. Walaupun penat 2 hari berkampung di sini....aku tetap puas dan bersukur. Tidak sia-sia usaha kami ni.


Pagi buta jam 5 aku dah bangun dan balik rumah jam 9 malam baru sampai. Tak ke penat namanya tu. Esoknya hari Isnin nasib baik cuti lagi. Membutooooooo ajer hahahaha. Chowwwww.


p/s - end of the year dah plan nak gi negara jauhhhh. Mana? 

No comments: