Ads

August 28, 2012

Raya Oh Raya 2012



Selamat Hari Raya pembaca semua.
Semalam dah start bekerja selepas cuti panjang. Aku beraya di KL ajer. Takda kampung....sian kan. Tapi penat beraya di KL tak usah cakaplah. Sapa kata beraya di KL tak meriah. Meriah wei. Meriah dengan sanak saudara yang datang beraya. Rumah aku tidak sepi dengan kunjungan saudara mara dari serata tempat. Masa ni lah nak jumpa mak sedara...pak sedara dan sepupu-sepupu yang dah lama tak jumpa. Jumpa setahun sekali ajer walaupun tinggal di KL huhu. Gitulah warga kota. Sibuk sangat dengan karier mencari rezeki.

Kat rumah aku ni boleh dikatakan setiap hari memasak menu yang berbeza. Hari pertama raya kami masak ketupat dan lontong yang dimakan dengan kuah lodeh, rendang daging+limpa+hati+paru, ayam percik, sambal goreng, kuah kacang dan tidak lupa menu nasi arab yang dimakan dengan bbq kambing dan salad arab. Menu nasi arab tu dimasakkan khas untuk tetamu kami warga Turki iaitu business partner my bro. Depa ni tak pandai makan ketupat rendang walaupun dah duduk di sini few years. Sorry lupa nak snap pic makanan hahaha. Penat sangat raya pertama tu sebab tetamu datang tanpa henti dari pagi sampailah ke petang. Malam kami tutup rumah sebab nak pi beraya pulak.

Disebabkan kesibukan menyediakan juadah utk tetamu...kadang kala tu ada juga aku tak sempat nak snap gambar tetamu yang datang. Yang sempat tu...memang ada gambar. Maaf yea kepada sedara mara yg gambarnya aku tak sempat nak snap. Menu-menu lain yg mama ku masak di hari lain ialah soto, nasi tomato, mee kari dan mcm2 lagi. Jom tengok gambar raya family aku dan gambar-gambar tetamu yg sempat di snap.



 moist choc cake aku setiap tahun. Tahun ni banyak jugak tempahan daripada regular customer. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih semua.

 cake2 lain ialah layer cake, fruit cake, rainbow cake and sandwich cake

 kueh raya kami tahun ini...meriah sebab ada yg buat sendiri dan ada juga yg aku beli.

 dekorasi rumah tahun ni agak berlainan skit....classic contemporary design..... main belasah ajer tu

sajer nak share dengan readers curtain yg aku beli tu....jahit sendiri tu uolss. 

 my family photo bersama my atuk yg berusia dekat 95 tahun dan 2 orang maid kami

my beloved family. bertambah lagi ahli keluarga kami tahun ni...my niece ariesya sofia

 bermaafan di pagi raya dengan bonda tercinta

 my bro, izuan....love him and my nephew. Sesungguhnya Allah mengetahui segalanya. Pity him.

 my bro izam and family. Meriah baju colur pink

 my bro idham and family. meriah jugak colour biru ni

 with my sis in law, Lya

 my 2 sis in law....Lya and Azam. Lupa plak nak snap dengan my niece Ariesya sekali

 my 3 brothers...izam, izuan and idham

 my 3 brothers and anak lelaki masing2

 tetamu pertama kami...my auntie and family from Ipoh

 family from Ipoh

 mak arah and family from Ampang...raya pertama

 raya kedua...my uncle and family from Singapore.

 my cousins and family from JB...thanks semua.

 cousins from PJ and Shah Alam....thanks semua

 my old friend masa zaman belajar UiTM...Zurita and family from Shah Alam. Thanks for coming dear.

my family friend from Mantin. Dah lama lost contact about 10 years...tetiba datang mengunjungi kami sekeluarga. Thanks kak aziah and family. We appreciate it so much.


Kepada saudara mara lain yg aku tak sempat snap pic minta maaf banyak-banyak dan juga kepada my blog reader Ogy and family yg aku lupa jugak nak snap pic. Kalut sangat masa tu sebab tetamu lain plak datang. Tak sempat nak berborak panjang. 

Anyway...kepada semua yg kunjung beraya ke rumahku itu sangat-sangat berterima kasih dan kami sekeluarga menghargainya. Semoga ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi di lain masa. Kepada teman-teman blogger dan my blog reader yg nak datang ke rumah ku....bgtau yea. Tengoklah kalau ada kesempatan masa aku jemput sesapa yg sudi beraya di rumah ku...tunggu aku plan dulu Insya Allah.


p/s - this weekend aku beraya di JB and Singapore....sesapa org JB yg nak jemput aku beraya ke rumah korang...bgtau yea hehehe. Insya Allah aku cuba hadir.



4 comments:

Anum said...

happy family

ANR said...

kak leez, jemput datang rumah. :) kite pun ade kat JB this weekend.

Anonymous said...

aikkkk ,perabut yang lama tu simpan kat mana

Yanti Othman said...

selamat hari raya buat leez dan family..