Ads

August 30, 2012

Ragam Anak Buah Ku @ Raya


Raya raya raya.
Selagi tak habis Syawal...selagi tu lah tak habis beraya. Lepas ni penuh dengan open house plak. Maaflah pada teman-teman yg buat open house this weekend..tak dapat datang. Sebab aku berjalan raya ke selatan tanahair pulak. Asik pegang senduk dan periuk ajer...sesekali nak gak pi beraya rumah orang kan. Sambil tu nak mencari stok perfume di Singapore dan tidak lupa nak singgah JPO. Orang lain dah lama pergi...aku ni baru lah nak jejak ke sana. Tak sabarnya nak sopinggg.

Entry kali ni aku nak share gambar-gambar candid anak buah ku yg seramai 5 orang tu. Gamat betul raya kali ni sebab anak buah semakin membesar dan semakin lasak. Letih ahkak dik oi. Kejap dia main kat garage kereta...pastu kat hall rumah boleh plak dia pi main bola...pastu kejap kat ruang tv. Adoiiii.....sakit tekak ni duk pekik kat depa. Camana pun terhibur gak rumah kami ni. Suasana beraya pun  meriah lah disebabkan dia orang ni. Nak tunggu ariesya besar...leh tolong kemas rumah Tokma hehehe.


 masa nak bersalam-salaman di pagi raya 1 Syawal. Tengoklah 2 budak kecik ni. Ada yg tak nak pakai songkok dan ada juga yg taknak pakai sampin hahaha. Lawak betul. Bapak masing2 duk pujuk anak kecil suh pakai songkok dan sampin. Akhirnya songkok ke mana...dan sampin pun ke mana. Langsung tak nak pakai. 

 Daniel salam Tokma nak minta ampun dan duit raya....suka dia dapat duit raya byk tahun ni.

 Danish pulak masa salam....siap ada ucapan lagi. Dengan slow motionnya dia cakap "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin tokma"....hahaha penat nak tunggu sampai habis lah danish!!!

 Rayyan pulak tak nak pakai sampin...puas daddy nya pujuk suh pakai. Akhirnya tak pakai langsung. Tapi Rayyan tetap comel pakai songkok mcm tu. Ramai kata muka dia mcm pompuan hehehe. Cucu tokma paling ensem ni.

 the one and only cucu pompuan tokma. Comel dia pakai gaun pink. Siap ada bunga kat kepala tu. Cucu tokma paling jelita ni hehehe.

 ni plak Zarief yang tak nak pakai songkok. Mummy dia paksa jugak tapi letak diam-diam atas kepala....dia tak perasan tu. Tapi tengoklah mukanya apa dah jadi....mcm Wak Parjo lah hahahaha. Budak yg susah nak bergambar....tiap kali nak suruh posing dia akan mengeliatkan badan tak nak. Ishhhh ishhh. Raya tahun ni dia semakin lasak dan berani. Tiap kali tetamu datang yg bawak anak2 baya dia...dia akan terlonjak2 suka sebab nak ajak main. Aduhhh.

yeaaaaa mama leez bagi duit raya banyak tahun ni...hahahaha. Ada rezeki lebih why not kita berkongsi dengan anak2 buah kan. Tengok tu Rayyan tengok ajer abgnya....dah tak sabar nak salam mak sedara dia sebab nak duit raya lah tuuuu. Hahaha.

 berlonjak riang Daniel dan Danish. Masa ni my bro dah bersiap nak balik kampung di Pahang.

 Rayyan yg bijak, petah bercakap, pandai tendang bola dan ensem.

 Tengok lah tu....dia yg duduk di depan sebelah daddy. Abang terpaksa beralah. Bersiap sedia nak balik kampung.

 Zarief paling seronok kalau sepupu-sepupunya datang rumah tokma...so that dia boleh main kejar-kejar. Kalau tak....dia kat rumah sorang2 takda kawan.

 Zarief dah pandai berkawan sekarang. Dulu dia pemalu.

 sama tak muka depa? Mereka berdua ni ialah pangkat anak sedara dan pak sedara tetapi mukanya sama dan seiras.

 kerja dia setiap hari ialah selerakkan bantal2 di ruang tv ini. Kalau kita marah...dia letak tangan mcm tu kat mulut kita suruh kita diam hahahah.

anak buah yg paling comel, putih melepak, mata lentik dan jelita...ariesya sofia. Seorang baby yg baik dan tak banyak kerenah. Yang penting cukup nenen hehehe. Kalau tengok abg2 dia main buat bising...dia pun seronok mcm nak main sekali. Paling suka kalau kita loncatkan dia...kaki automatik boleh melompat-lompat. kelassss isyaa!! Nanti suh mummy daftar kelas aerobik yea nak!!!


ok sekian sahaja celoteh aku tentang anak buah kesayangan aku yg 5 orang ni. Harap tahun depan bertambah lagi anak buah dan makanya bertambahlah lagi kos duit raya aku hahahah. Muahh muahh sayang semuanya.


p/s - Latest news...pompuan gatal tu dah SAH diceraikan. So, bila nak merambus dari rumah tu? Dengar cerita otak dah mereng sekarang ni. Sendiri cari masalah dan sendirilah terima akibatnya. Arak dan rokok menjadi teman setia nya skrg. Ishhh ishhhh rosak dah.



5 comments:

Anum said...

comelnya

ANR said...

comelnyaaaaaaaaaaaa baby girl.. nk picit² je rasa. :)

semoga family kak Leez di dilindungi Allah dari perkara² yg x baik. InshaAllah. Aminn

Rozita said...

Selamat hari raya leez. Wahhh...segak segak semua budak hensem pakai baju melayu. Geram tengok arisya yg sangat comel tuuu..

Mamasya said...

Slmt hari raya buat Leez. comei2 anak buah Leez....pasti terhibur dg keletah mrk kan...

crescent said...

perh...anak buah sume comel...huhu...selamat hari raya... ;)