Ads

August 14, 2012

Sekitar Ramadan Iftar 2012


Salam.
Mood raya dah datang. Kat opis ni pun dah terasa suasana Hari Raya. Lagu raya sana sini, yang hantar kueh raya pun ada, yang tukar duit raya lagi...macam-macam lah. Lagi sehari ajer aku akan bekerja...pastu terus cuit panjang yehaaaa. Cuti awal sebab nak buat kek....alhamdulillah ada tempahan moist choc cake tahun ni walaupun aku tak buat apa2 promosi pun. Ikutkan memang malas nak buat tapi atas permintaan regular customer...on ajer lah.

Aku nak citer pasal buka puasa yang aku attend selama sebulan berpuasa ni. Semuanya dengan kawan-kawan. Dengan family berbuka di rumah ajer. Bonda ku kata membazir ajer makan di luar...baik dia masakkan macam-macam lagi puashati dan berbaloi. Jimat pun iyea. Oklah ma....anakanda turutkan kata ajer. 

Ingat tak aku ada kata nak beraya di negara orang tahun ni...huhuhu. Plan asal raya kedua nak chowww huhuhu. Malas nak beraya sebab aku bukannya ada family sendiri. Hmmm...terpaksa ubah plan sebab tak sampai hati. Aku masih ada ibu dan tak baik tinggalkan dia mcm tu. Oklah lain kali ajer travel. Masa beraya ni lah kita nak jumpa family, sedara mara dan rakan taulan. Kalau nak gi travel....bila2 pun boleh gi...tul tak?

Jom tengok gambar-gambar aku berbuka dengan teman-teman. 


 First berbuka di luar ialah di Ketam Village Steamboat kat Ikano bersama teman-teman. Ampun Ajim...ahkak cilok pic ni kat blog hang tanpa izin hehehe. Mekasih yea.

 aku pilih seafood...nyum nyum

 selain drpd Azim....Sepul dan Nita pun joint gak. Ada lagi 2 orang teman Azim turut ada.

 steamboat kat sini ialah individual set iaitu setiap orang ada bekas steamboat masing-masing.

 dah lama tak borak-borak dengan nita....mcm2 citer ada kan hehehe. Tapi...biarlah rahsia. 

 Ajim dan Sepul. Alamak gambar Umar kentang takda plak masa ni.

 jom aku tunjukkan camana nak masak steamboat....hikhik

 slurpppppp...sedap.

 yeaaaa ada pic kentang di situ. Masa ni dah nak balik. Mekasih semua. Thanks to Azim sebab jemput akak joint berbuka dan thanks atas pemberian choc yg sedap itiewwwww. Selamat Hari Raya!!

Pastu next tempat berbuka ialah makan nasi arab mandy with grilled chicken dengan seorang teman di Khimat Hadramaout Ampang. Sedap gilakkkk. Terima kasih kepada teman itu.

 The next day berbuka di luar juga dengan teman baikku Azuan dan Kamarul di Q Thai Steamboat. Kali kedua aku makan steamboat bulan puasa ni. Gambar lupa nak amik. Ni pic masa aku pi dengan family last year.

Makan luar lagi uolssss. Kali ni dengan teman sepejabat. Mendapat jemputan berbuka di Residence Hotel, Bangi. Berbuka bersama team majalah Mangga. Thanks pada company yg belanja tu. Ada kambing panggang uolssss...slurrpsss sedap. Aku suka berbuka di sini sebab banyak pilihan makanan. 


Then next day pulak berbuka di KL Hilton bersama teman sepejabat. Juga mendapat jemputan. Thanks pada company yg belanja ni. Makanan biasa-biasa ajer walaupun 6 star hotel.

Yang ni plak berbuka dengan team Cabaran Sihat musim 2 yang diadakan di Tupai-Tupai Bangi. Makan steamboat lagi huhuhu. Aku rasa mcm dah muak makan steamboat. Makanan lain pun ada masa ni. Cuma choice of food not varieties compare branch yg kat KL tu. Thanks to team Cabaran Sihat yg hadir. Sayang kamu semua.

tadaaaaaaaaaaa....dapat cake lagi masa berbuka puasa tu. Pemberian daripada Zuhara peserta Cabaran Sihat yg menang tempat ketiga. Thanks dik !!!! Sedap cake ni.


ok habis sudah cerita berbuka puasa di luar. Kali ni aku memang malas nak bawak camera ke mana-mana. Snap pakai hp ajer. Oklah tu kan.


p/s - Mood rayaaaaaaa



2 comments:

Anum said...

sedapnya
nice place

Zara AB said...

Selamat Hari Raya! :d