Ads

May 4, 2012

Bersiaran dari Seoul !!!


Salam semua.

Hari kedua aku di Seoul. Penat sangat dan kaki sakit yg amat. Sebabnya banyak berjalan dari pagi hingga ke malam. Aku rasa mcm nak tercabut kaki. Cara berjalan pun mcm org tempang...aduhaii. Bukan aku sorang tapi semua ahli rombongan cik kiah ni pun sakit kaki jugak. Kat sini  susah nak cari refleksologi utk kaki. Hisshhh...tunggu tahun depan aku bukak spa kat sini...khas utk warga mesia yg sakit kaki melancong di korea hahaha.

Semalam kami menerima berita pemergian  ayah kepada rakan yg sama-sama joint trip ini. Sedih sangat apabila menerima berita ini. Itupun tahu melalui facebook. Kat sini amatlah payah nak buat panggilan ke mobile phone....fixed line ok takda masalah. Handphone kami pun tak dapat line. Makanya sesapa yg call memang tak dapat nak contact kami. Malam tu jugak kawan kami tu balik ke Mesia. Semoga Azim tabah dan apa yg berlaku ini sudah tertulis olehNya....kita manusia hanya mampu perancang. Al-Fatihah utk ayahmu.

Tadi dah jejak Nami Island. Komen aku tentang tempat ini...so-so ajer. Nothing to impressed. Overated sangat. Itu komen aku lah. Ok nanti aku sambung lagi lah. Kesejukan ni....dah beku tangan aku weeiiiii.

11 comments:

kasihredha said...

Al Fatihah
takziah unk ayah azim.

Nami Island cantik waktu autumn Leez :)

Mie said...

Takziah buat Azim, moga dia tabah kerana dia sgt sayangkan ayahnya...

Dah masuk bulan Mei ni masih sejuk juga ke...

NEKCIK said...

Betol Leez..Nekcik pergi 6 hari jalan jalan Korea...sampai bengkak kaki..nasib baik hari last nak balik..Nekcik turun naik mrt..naik local bas...pergi pasar beli udang galah...seronok...free and easy..Leez jangan lupa makan briyani Muree kat area masjid seoul...banyak roti kat situ!!

Farikica said...

Wah...siaran langsong gitu... x da gambar ke..? w/pon x kenal, takziah pada Azim...:( Bulan 5 pon masih sejuk ya, di Seoul?

Badar The Great said...

annyeong haseyo ...

ya la leez kat sana mmg kena byk berjalan kaki. Nasib masa akak pegi dl musim sejuk takla penat sgt berjalan, rasa best aja.
Mmg betul Namiseon tu takdela apa sgt tp sbb citer Winter Sonata tu yg buat kami semua nk ke sana.

enjoy ur holiday

ummi_khalish said...

seronoknya gi korea,terus trbayang dramanya...kat sana yang tutup telinga bulu2 mcm earphone tu murah x kak?hihihi..selamat berholiday..jgadiri..
p/s:slm takziah buat azim..dil follow blognya...moga allahyarham ayhnya aman di sana..al-fatihah...

Unknown said...

Leez....tengah layan cerita Korea terbayang Leezand The Gang kat sana....Enjoy the trip. Nanti K.Chah akan follow kisah seterusnya...

p/s : Anak yang Soleh akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ibubapanya Dunia dan Akhirat....Al Fatihah untuk Arwah Ayah Azim

Akak Kembang said...

Takziah.

TK said...

Salam..looking forwad to your next post....been there in 2008. Bila la nak dapat pegi lagi..Kat sana bole shopping 24 hours.Memang lenguh kaki berjalan..Everytime tgok cerita korea..teringat Seoul

Azizan Zolkipli said...

Assalamualaikum.

Bila lagi nak melenguhkan kaki, masa jalan2 makan angin ni lah huhuhu ...

Takziah untuk ahli keluarga & sahabat handai arwah ayahnya si Azim tu. Moga rohnya sejahtera di sana, Amin ... Pernah juga terjadi kepada saya sewaktu bertugas di luar negara. Apakan daya tak boleh balik sebab sedang belayar di tengah lautan huhuhu ...

@xiM said...

Terima kasih kak..doakan roh arwah ayah tenang di sana.