Ads

May 21, 2012

Day 2 - Korea Be Inspired : Nami Island Part 1





Hari ke-2 di bumi Korea.
Di awal pagi jam 4.30 dah bangun untuk solat suboh. Lepas tu aku tak tidur balik...terus ke kitchen dengan Siti dan Shima. Tujuannya kami nak masak nasi lemak utk bekalan kami hari ini. Cadangnya kami nak ke Nami Island hari ni. So, ada eloknya kami bawa bekalan lah. Dengar kata di sana ada jual halal food tapi kami dah amik keputusan nak bawak bekalan nasi lemak lah. 

Pagi tu kami bertiga pang pung pang bersilat memasak nasi lemak. Beras, santan kotak, daun pandan dan garam aku bawak dari rumah. Sambal tumis pun aku yg bawak. Cuma panaskan ajer kat sini. Dah siap tanak nasi dan rebus telur aku naik atas untuk mandi dan bersiap pulak. Take turn...orang lain plak turun ke kitchen menantikan nasi masak. Bila aku dah siap mandi berpakaian semua....bukak ajer pintu dah terbau haruman nasi lemak sampai ke tingkat 5...muahahahah kelasss. Haruman nasi lemak boleh sampai satu building Namsan Guesthouse tu uolsss hahahaha. 

Nasi lemak tu kami bahagikan dalam bekas makanan siap-siap kepada 7 orang. Alahai sedihnya masa ni Azim takda bersama kami. Ada rezeki...azim boleh datang lagi ke Korea ni. Ok..nasi lemak tu siap dengan telur dan ikan bilis kacang yg aku bawak jugak. Kami makan sama-sama dan berkongsi bekalan. Ada lebih nasi kami siap breakfast lagi. Alhamdulillah dah kenyang.

Lupa plak...
Aku nak citer sikit pasal line hp di Korea ni. Ada yg beri comment pada entry lepas pasal penggunaan hp di Korea. Entahlah aku pun pelik camana kami semua rombongan cik kiah ni tak dapat line. Aku memang pengguna hp 3G Blackberry dan memang roaming pun setiap kali aku ke overseas. Setakat ni semua negara yg aku pergi aku memang roamingkan line dan TIADA MASALAH dengan hp line aku tu. Pergi London, Aussie, Arab Saudi, Indon, Thailand dan mcm2 lagi...semuanya okay. Tetapi bile aku berada di Korea...totally out of service. Betul ke aku dengar pengguna line 016 sahaja yg boleh dapat di Korea. Am not sure about this. Aku guna Celcom line dan memang tak dapat langsung. Maxis pun tak dapat. Kena setting ke? Tapi aku gi mana-mana negara takda pulak aku nak setting apa-apa pun. Entahlah i dont know about this. Harap ada sesapa yg pakar boleh explain.



Pagi tu jam 8.00 pagi kami dah bergerak keluar menuju ke destinasi yg dirancang iaitu ke Nami Island. As usual...kami naik subway ajer ke sana. It took about 2 hours jugak perjalanannya. Naik turun subway banyak kali....pastu naik teksi dan akhirnya sampai ke tempat yg dituju. Agak complicted skit nak ke sini. Susah jugak aku nak tunjukkan arah dari Myeong-dong ke Nami Island. 


Direction ke Nami Island 

1. Myeong-dong Station ke Sangbong Station (Subway)
2. Take train to Gapyeong Station (train)
3. Take taxi from Gapyeong station  to Namiseom car parking (10 minutes journey) - KRW4,000 (RM12)
4. Take ferry from Namiseom Dock to Namiseom Island (5-6 minutes) - KRW8,000 (RM24)

Ferry Schedule
1. 7.30am-9.00am (30 minutes intervals)
2. 9.00am-6.00pm (20 minutes intervals)
3. 6.00pm -9.40pm (30 minutes intervals)

 di dalam subway

 di salah sebuah stesen subway... penat berjalan turun naik tangga dan tukar stesen...aduhhhhhh

 menunggu train sampai

 untuk sampai ke Gapyeong Station ni agak lama jugak...lebih kurang sejam lebih. Sedihnya tak dapat tenpat duduk. Ramai sangat pulak yg nak ke Nami Island ni. Nak tau apa dah jadi kat aku ni?

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Akhirnya aku rebah juga ke lantai. Bukan aku sorang....ramai lagi orang Korea yg duduk mcm aku ni hahahahaha. Ada sorang ahjuma Korea ni bagi aku kertas suratkhabar untuk alas punggong. Kamsa hanida!!!!

 pelancong Mesia yg selamba duduk di atas lantai subway...hahahahah. Selamba beb....tak tahan aku nak berdiri berjam2 kat sini. Tak payah lah nak control cun...korean guys not my taste lah.

 boleh juga naik skyline untuk ke Nami Island....tapi kami nampak mcm takda org pun yg naik. Nampak tak bendera negara kita kat situ? Rupanya ada company dari negara kita yg nak belajar dari Korea camana nak built this skyline untuk digunakan di negara kita. Dengar citer...LADA Langkawi.

 ingatkan ni bunga cherry blossom....rupanya bukan. Bunga tu dah gugur pun....kami tak berpeluang menikmati keindahan bunga tu. Silap date kami datang ni. Patutnya gi bulan 4 huhuhuh.

 yeaahhhh dah sampai Namieon Dock...kena beli ticket ferry dulu.

 ticket ferry ialah KRW8,000 (RM24)

 welcome to Naminara Republic

 sedang menunggu kawan-kawan yg lain pergi ke tandas....so kami berposing dulu

 ramai betul rombongan ke sini especially kanak-kanak kecil ini dan budak-budak sekolah. Lagi pun masa kami pergi ni ialah hari Jumaat...masih hari persekolahan.

 lebih kurang 20 minit jugak kami nak menunggu ferry ni sampai. 

 kat hujung sana tu ialah Nami Island. Perjalanan mengambil masa 5-6 minit untuk sampai ke sana tu. Kejap ajer

 kalau nak duduk dalam ferry boleh gi ke bahagian tengah...ada aircond. 

 kalau nak lepak di luar pun boleh. Berdiri ajer di luar tu sambil menikmati permandangan sekitar yg cantik

 alhamdulillah dah sampai jugak ke Nami Island. Tempat yg aku nak sangat sampai. Jatuh cinta dengan tempat ni masa tengok drama Korea- Winter Sonata. Tangkap cintan dengan heronya dan lagunya yg mendayu-dayu tu ahaksssss!!!! 


Nami Island - A place where there are romances and different beauty of each season. Why don't you go there and make a great reminiscence. Nami Island located in Bangha-ri, Namsan-myeon, Chuncheon-si was not an island originally. It is an island of the Bukhangang River, which was made as a result of the construction of Cheongpyeong Dam. Its circumference is about 6Km, and its area is 430,000. There are a grassplot of 260,000 in the center of the island, and chest-nut trees and poplars around it. This place is fit for a walkway. 

Walking into the island along the straight way starting from the Nami Island wharf, you can find a grave of General Nami this island named after. He passed the military service examination at the age of 17 and suppressed a riot led by Lee Shi-Ae in the 13th year of King Sejo' reign of Joseon Dynasty, and then was promoted to 'Byeongjopanseo (Minister of National Defense)' at the age of 27. But he died young at 28, denounced as a traitor after King Yejong's enthronement. A phrase of his poem which is familiar with the Korean is handed down that 'Not subjugating the whole country as a man, who on earth will call him a hero?'. 

This ialand has a wide grassplot, chest-nut trees, birches, ginko trees, and maples, etc. Besides, equipped with the facilities for recreation and accommodation, a zoo, a botanical garden and pleasure boats, it is well qualified as a all-round recreation center. People love this island as a rest place to provide young people with romance, lovers with reminiscences, families and workers with affection. 



 orang punyalah ramai dan pelancong Mesia pun ramai jugak. Sampai ajer sakan bergambar kami di sini.

 gambar blur...frust lah. Camera aku buat hal :(

aduhaiii...banyak sangat aku berjalan kat sini. Memang betul-betul kami exercise kaki kat sini.

 duk cari pokok cinta yg tinggi melangit tu....oooooo belum jumpa lagi. Bukan yg ini okay!!!

 ehhhhh...ada jugak signboard selamat Datang ke Pulau Nami - untuk pelancong Malaysia, Singapore and Indonesia. Ramai jugak org Indon melancong ke Korea ni. Orang Korea bila nampak kami ingatkan kami org Indon. Hellooooooooooooooo......kami org Malaysia lahhhh!!!! Kuat betul penangan Indon di sini...hishhhhh.


cantik tgk gambar-gambar yg tertera di atas ni. Dorang snap untuk 4 musim yg ada. Paling cantik ialah Winter and Autumn seasons. So, aku recommend korang kalau nak gi Nami Island ni time winter or autumn. Kalau spring mcm kami gi ni.....so-so ajer permandangannya. Sejujurnya aku cakap....aku taklah impressed sangat kat Nami Island ni sebaik aku menjejakkan kaki di sini. Mungkin kalau gi musim lain.... lain pulak suasananya.....mungkin lebih cantik.


oklah.....cukup dulu entry kali ni. Nanti aku sambung lagi Nami Island Part 2 pulak. Gambar terlalu banyak kalau aku nak masukkan semua sekali dalam entry ni ajer. Sabaq naaaaa. Antara yg menarik....kami naik basikal di Nami Island setelah bertahun2 tak naik hehehe. Ada yg dah lupa....hahaha.



p/s - jom jom masuk Cabaran Sihat Musim-2. Hadiah lumayan kali ni. Kalau nak masuk....gi ke website www.kevinzahri.com/isihat dan www.utusankarya.com.my/v2/cabaransihat



12 comments:

cdalan said...

cepat cepat upload! tak sabar nak baca on jeju island

Anum said...

wah seronoknya

PM said...

Hp kita x compatible dengan network di South Korea sebab dorang pakai CDMA dan kita pakai GSM. Nak unlock boleh tapi tak sure berapa kosnya.

masa kami g hari tu, kami sewa h/p kat airport. in case kot ada emergency senang nak communicate.

weols pun stay kat namsan. hehe. rasanya mcam dah jd official guesthouse org Mesia dah namsan tu. hiks

Badar The Great said...

leez ....akak rasa tak penat lak jln2 kat namiseon sbb masa tu winter time. Best je tak rasa penat pn cuma sejuk ajala. Akak amik student guide bwk kami jln2 smpai ke Mt Soerak.

Alin Marlini said...

ohsome sangat kak......

Rayyan Haries said...

bestnya!! bila lah nak sampai korea ni hah... kawan korean dah ada jumpa time backpacking..huhu

Leez M. Saaid said...

cdalan -

maaf sis....saya tak pergi ke Jeju Island. Kena naik flight utk ke sana...tidak berkesempatan. Next time kot.

Leez M. Saaid said...

Anum -

seronok dan penat..hehehe

Leez M. Saaid said...

PM -

thanks for the explanantion. Rupanya my hp boleh guna cuma kena ubah setting ke CDMA.

Kat namsan tu mmg penuh dgn org mesia. Hari2 bila berkumpul di kitchen mesti jumpa.

Leez M. Saaid said...

Badar -

kak...berjalan time winter mmg tak rasa penat pun. Dulu sy gi europe time winter pn tak sepenat ini.

Leez M. Saaid said...

Alin -

hehehe thanks. Cepat2 beli ticket ke seoul.

Leez M. Saaid said...

rayyan -

cepat2 beli ticket. Sy beli ticket setahun yg lepas...dapat murah skit.