Ads

July 17, 2011

Day 2 - Perhentian Getaway Trip : Lunch & BBQ Dinner



Ada coretan sedikit. Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah. Semoga Allah memakbulkan doa-doaku. Tunggulah pembalasan Allah. Jika tidak kena pada diri kamu sendiri....tak mustahil akan kena pada anak cucu kamu. Ingatlah Allah mendengar dan melihat. Eh tetiba kan....sajer jer bagi usrah sikit pada seseorang yg sedang baca blog aku ni. Tak sangka eh...nak ugut aku pasal blog....do i care??? Siap....see u in court idiot!! Sejak beberapa hari ni hati aku panas tetapi Alhamdulillah aku tetap ingat pada Allah....Allah sentiasa bersamaku dan melindungiku. Jika kita tak buat salah...nak takut apa kan.


Ok sambung cerita Perhentian. Lepas kami balik dari acara snorkeling..tak balik bilik pun. Sebabnya...perut lapar bebenor...dengan baju basah tu kami terus lunch. Ketika ini sudah hampir jam 3 petang uolsss. Patutlah lapar kan. Kami terus ke B'First Cafe untuk menikmati makan tengahari. Sambil tu kami jemput Mizi makan sekali dengan kami.


As usual...makanan memang terangkat dan memuaskan hati kami. Sambil makan kami berborak dan bergurau senda. Masa ni kami dah makin rapat dengan Mizi. Kami asik duk sakat dia jer. Dia cerita....pada musim cuaca elok ni rezeki dia memang di laut bawa orang pi snorkeling. Dia ada PADI licence tau....kelas kau maria. Then, bila musim tengkujuh laut bergelora...dia balik ke darat cari rezeki di sana. Jangan tak tahu.....raya ni dia akan bertunang. Tahniah untuk kamu. Sesiapa yg mahu menggunakan perkhidmatan snorkeling dgn Mizi...boleh message kat aku. Nanti aku bg phone number dia.



paprik seafood......sedap terangkat. Gambar di atas sup ayam...pun sedap


kangkung belacan


sebelum makan....posing tu wajib ahakss






Lepas makan...masing-masing pulang ke bilik masing-masing. Mizi pun balik ke rumah dia di Perhentian Kecil. Sebelum tu aku ada amik phone number Mizi. Ntah camana aku sempat amik phone number ajer sbb bateri hp dia dah kong. Dia lupa apa email addressnya. Aku janji nak call dia semula. Tetapi aku terus terlupa sebab penat sangat kan. Lepas mandi bersihkan diri aku terus membuta sampai petang. Bukan aku ajer membuta....semua pun macam tu. Penat wei snorkeling ni.


Rupa-rupanya si Mizi tertunggu-tunggu aku menelefon dia. Dia plan nak datang balik and bawakkan durian pulau untuk kami. Nampaknya takda rezeki kami nak makan durian pulau kat Perhentian ni. Mizi ingatkan dia nak mai ajer....tapi takut kami semua dah penat katanya. Takpalah Mizi...Insya Allah ada rezeki kami ke sini lagi....jgn lupa bawak durian sekali ehhh...Hehehehe...tak malu tul pompuan ni. Baik hati budak Mizi ni.....dia ikhlas buat kerja dia...so kami ada bagi dia sikit tips.....memang rezeki dia kan.








Petang lebih kurang kul 7 malam aku terjaga dari tidur dan terus ke tepi pantai. Semua ada duk melepak kat sini. Aku jer terhegeh-hegeh baru nak sampai ahakss. Best dan mendamaikan cuaca ketika ini. Angin pun bertiup sungguh menyegarkan.


Ketika ini terpancar kepuasan di wajah setiap Geng Pee Ai. Yelah duk sakan bersnorkeling siang tadi..dapat pulak tengok penyu, shark, nemo dan ikan-ikan yang comel itiewww. Esok dah nak balik....sedihnya. Ikutkan hati nak stay lagi satu malam kat sini. Hmmm...nampaknya aku kena cari laki taukeh chalet perhentian lahh...ahaksss. Berangan jerrkkk.




cewahhh.....choc blended uolssss...sedap aku tak tipu



wajah-wajah kami yg sangat ceria...dan puas


ketika ini dah nak masuk maghrib....jap lagi kami nak menikmati BBQ dinner pulak



lihatlah suasana petang di B'First Cafe...happening dan meriah dengan mat salleh.



Sebelum kami menikmati juadah BBQ Dinner kejap lagi...aku, Azim dan Azuan berjalan di sepanjang tepi pantai ini untuk melihat package yang ada untuk diving licence. Sejak dah terror wat skin dive ni....tetiba nak amik licence kan. Insya Allah plan kami next year nak cuba diving plak. So, duk survey mana-mana package yang menarik. Lagi setahun lagi boleh plan masa dan kewangan. Actually aku plan ni dah lama sejak tahun-tahun dulu. Masalahnya aku tak jumpa geng-geng yang nak joint. Alhamdulillah dah jumpa geng...bolehlah plan next year kan. Sesapa yang nak joint aku amik PADI licence...message me please. Lagi ramai lagi meriah kannnn.


Ada pelbagai package yang kami jumpa. Ada yang 3 hari 2 malam dan ada yg 4 hari 3 malam. Yang lebih daripada itupun ada juga. Semuanya bergantung kepada kita nak pilih package yang mana. Menurut dive master yang kami duk bual tu....better amik package yang 5 hari...so that kita akan lebih cekap diving dan ada kepuasan di situ. Kalau amik package yang singkat...everything in rushing dan kita akan jadi kurang mahir. Package ini termasuk teori class, exam, diving 4 kali, makan minum dan accomodation.




kami tanya package di Bayu Dive and di sini (lihat gambar di atas). Kalau kat Bayu...instructornya mat salleh....kalau kat sini Melayu. Tak kisahlah kat mana-mana pun...asalkan kami dapat licence kan. :)




package yang ditawarkan





Jam dah menunjukkan 8 lebih...masa untuk makang malam. Kami bertiga pulang semula ke B'First Cafe untuk dinner. Kelasssss uolsss makanannya sangat mengancam. Ada nasi goreng yg sangat sedap (lihat pic diatas), ikan kembung bakar, ayam bbq, sotong bbq dan hotdog. Portion sangat banyak dan tak larat nak habiskan semua. Masa duk makan ikan kembung, kami request cili kicap. Sekali sampai...ambik kau....semangkuk cili kicap dia bagi...sedap dan pedas tak hingat. Ikan kembung ada lebih...kami duk ratah ikan yg fresh dan sedap itu dengan cili kicap. Bestlah sesekali di tepi pantai dan makan bbq macam ni. Hilang segala masalah di ibukota dan tenang sangat kepala otak ni.


Ada lagi makanan berlebih...kami tapau kot2 boleh masuk lagi masa melepak nanti. Alhamdulillah dengan rezeki Allah dan sangat berpuashati dengan makanan yang dihidangkan. Terima kasih Sunny Travel.




ayam bbq yang sedap......


hotdog bbq...


sotong ni sedap dan fresh....puashatilah


ikan kembung bakar...cicah dgn cili kicap memang terangkat uolsss


hidangan kami malam tu


ewahhh...pegang ikan mcm tu macam nak bawak lari ke bilik ajer...ahakssss.


bergambar sebelum sessi santapan......


gitulah...dah mcm ikan perana hancur habis makanan semua...hahaha




Lepas habis makan...takkan nak balik bilik terus kan. Haruslah kami jalan-jalan tepi pantai lagi. Walaupun di luar tu gelap gelita tetapi still happening. Malam tu agak ramai orang berjalan-jalan di tepi pantai...almaklum malam minggu kan....ramai pelancong.


Misi kami malam tu ialah survey package diving lagi. Lagi banyak info yang kami cari...lagi senang nak pilih yang mana sesuai dan worth it. Diving package di Flora Bay Divers seperti gambar di atas ialah 5 hari 4 malam sebanyak RM1,400++. For me....ok and reasonable. Reasonnya ...walaupun agak lama hingga 5 hari tetapi berbaloi. Mcm plan nak amik kat sini ajer...tengoklah nanti camana.


Then, malam tu kami bertiga duk melepak lagi di beranda bilik 2 jejaka itieww. Bilik aku di sebelah ajer. Yang lain dah masuk tidur. Malam semalam lepak kat lobby Bayu Dive dan malam ni lepak di beranda bilik ajor. Malam-malam buta duk mengilai dan ketawa tak sudah. Aduhaiiii.....korang memang kelakar. As usual kami duk tengok gambar dalam air yang kami duk snap siang tadi. Azim sempat lagi tu upload dalam FB dan update blog sikit. Tak sedar sampai kul 2 pagi kami duk sakan berborak lagi. Esok pagi dah nak balik coz bas kami balik KL ialah jam 9.30 pagi.








ok habis dah hari kedua di Perhentian....esok aku sambung lagi masa kami nak balik ke KL....sedihlah. Kenangan indah di Perhentian takkan di lupakan.






12 comments:

kemang~ said...

huyoo cam best je..walaupun sy duk tganu tp x penah lg pegi.. sibuk nak pegi tmpat lain plak..huhu

fatt said...

aiyoo sis, gegar la first paragraph tu..i mean, org gila je perangai camni. so pathetic sbb dia takde life smpai tpksa ganggu org punya life. wlpun i tak pasti apa yg dia ugut tp i hrp u bole deal benda ni dgn baik.

well, i think u punya idea nak amik lesen diving next year tu menarik coz i pun tgh kumpul org. setakat ni dah ada 4-5 org (could be up to 6 ppl), so klu u nak join jomla. dpt dalam 10 org dah elok. bleh kita buddy sbb genap. if you're keen to join just let me know & i'll keep u updated from time to time. interested? :)

laniey said...

assalam...k.liz, saya nak joint akak pi amik kelas diving boleh..??saya pon berminat nak pi amik kelas..tapi xde orang yang nak pi..:)..

Leez M. Saaid said...

kemang -

selalu dgr mcm tu...org ganu sendri tak pernah jejak pulau2 yg cantik ni..hehehe. Pas ni boleh try eh...rugi kalau tak jejak tau

Leez M. Saaid said...

fatt -

hehehe....sesekali kena kasi gegar sikit. Depa ingat aku ni apa? hehehe. Dia bukan reader blog aku tetapi dia sajer nak pedajal bloga aku sebab ada masalah peribadi dgn aku. So, do i care? hehehe

pasal diving tu...Insya Allah aku mmg nak sgt amik next year. So far, dah ramai yg interested nak joint aku. Ok kita set nanti....kalau ada rezeki kita gi ramai2..Insya Allah.

Leez M. Saaid said...

laniey -

ok jom. I mmg nak cari sesapa nak joint me for diving class. Nanti kita roger kay...:)

laniey said...

ok k.liz..saya pon mmg nak amik next year..this year nak pi snorkeling dulu kat mabul ngan kapalai..pastu next year boleh la berscuba diving plak..insyaAllah..nnt saya roger k.liz kat FB eh..thanks k.liz..:)

kasihredha said...

cute le leez pakai cermin mata :)

perut lapar bila tengok menu macam ni sure bestkan

@xiM said...

saya pun nak join ambik lesen!!!!count me in!!

miss $h0rty said...

salam kak,saya nk no fon instructor snorkelling tu boleyh x?mcm nk wt sudden plan g weekend ni..stress sgt dgn praktikal..tp tula, untung la dia available kn...sbb last minute..igt nk tnya dia if boleyh join ngn trip mana2 sbb saya travel solo aje...reason being,susah nk cari geng sekepala...

klo sya intrstd,cmne nk join trip2 akak ni?tgk mcm bes dan happening..saya suka melancong cma stakat ni x berkemampuan sgt..student ag kak..tp klo da plan awal tu insyaallah akan save sket2...btw,keep in touch ye kak =)

Leez M. Saaid said...

axim -

awak org pertama sy letak dlm senarai hokay :)

Leez M. Saaid said...

miss shorty -

i suggest kalau u nak gi weekend ni...terus contact agent jer. Dia akan arrange everything for you. Kalau u contact mizi....dia hanya handle snorkeling ajer. Request kat agent tu yg kamu nak mizi as snorkeling instructor.
Ni number agent : 019-9444563/012-9587917.

Kalau nak joint me travel mana2...ok ajer Insya Allah. Apa2 roger kay...or message me kat email : syarliz@hotmail.com