Ads

July 7, 2011

Day 1 - Perhentian Getaway Trp : Snorkeling Session




Lebih kurang pukul 2.30 petang kami sudah bersiap dengan pakaian mandi untuk snorkeling session. Di wajah masing-masing sudah terpancar keceriaan...tak sabar nak terjun dalam laut dan berjumpa dengan ikang-ikang yang comel itiewww. Aku dah bersiap dengan pakaian mandi yang selesa......supaya selesa utk berkayuh kaki dan kuak tangan di dalam laut atau pool.


Agent kata tunggu di depan Bayu Dive tu jam 2.30 petang. Sebelum tu aku dah request dengan Kak Ana...aku nak instructor Mizi for snorkeling session ni. Adik aku yg rekemen dia. Alhamdulillah dapat gak dengan dia...dia free waktu ni. Tunggu punya tunggu dia sampai dalam jam 3 petang. Ohhh lupa hari ni solat Jumaat sebab tu dia terlambat sikit. Bila ternampak Mizi...masing-masing dah bersemangat dan excited gilosssss.


penuh kesabaran kami menunggu Mizi sampai

yeaaaa....kami nak pi snorkeling. Sebelah tu boat yang kami akan naik....


tu diaaa....... terpancar keceriaan di wajah masing-masing. 2 orang jejaka yang menceriakan suasana trip kami. Hampa memang lawokkkkkk..... kelas kau maria!!!!!


Geng Pee Ai - hampa memang rawwkssss....muahh muahhh. Tak lupa juga Mizi instructor kami yang menjadikan trip ni bertambah happening.


nona ni datang dari KL....bersemangat gitu nak bersnorkeling. Datang ke Perhentian membawa diri untuk mengubati kelukaan dan kesedihan dihatinya sejak beberapa bulan ini. Hilai ketawanya serba sedikit menceriakan suasana..... cewahhhh. Azim and Azuan tolong jangan jelessss dengan keseksian ketawa aku hokay!!!!! knock...knock..knock..ahaksss~~~


alhamdulillah cuaca terang benderang.....laut kebiru-biruan


Mizi bawak boat dengan penuh berhemah....kami enjoys sgt masa ni


berposing sakan dengan seripah....combi penang hehehe


sekarang kami berada di Jeti Taman Laut Pulau Perhentian




Tu diaaa...tengok gambar di atas. Aku dah masuk dalam laut. Yang lawoknya....kami bertiga iaitu aku, ajim dan ajuan tak toleh kiri kanan terus terjun ke dalam laut. Puas duk menyelam sana sini...posing dalam air sana sini. Tetiba baru aku perasan...ehhhh yang lain pi mana??? Duk cari kiri kanan depa takdak pun. Ghopa-ghopanya depa semua duk ada lagi ataih boat dengan Mizi. Mizi bagi briefing camana nak guna gorgle untuk snorkeling. Hahahaha....nampak sangat aku ni penting diri bak kata Azuan. Sampai aku tinggalkan kawan aku Nani kat ataih boat. Hehehehe....sorry Nani aku tak sedar rupanya bila dah jumpa laut ni aku jadi lupa diri tak ingat kawan sebelah...ngeh-ngeh-ngeh.

Lepas dah pas camana nak guna gorgle...depa yang lima orang tu pun turun untuk percubaan dalam laut pulak. Aku tengok Zahrah, Seripah and Syazana ok dah pandai. Cuma Nani dan Kak Zack duk kalut lagi pegang pelampung...heheheh lawokkk. Depa tak berani nak lepaskan tangan kat pelampung. Bak kata Azim....di mana ada Mizi dan pelampung...di situlah ada Nani dan Kak Zack..ahakssss.





masa ni kami bertiga duk sakan menyelam dan berposing....tak ingat kat kawan-kawan lain...hehehe

dua orang jejaka yang sangat hebat buat dive skin...ahakssss...hampa terrer kan!!!!!


Ya Allah...puteri duyung mana plak tu??? hehehe....


cakkk...hebat tak aku??? Untuk pengetahuan semua...aku memang giler swimming dan pantang jumpa air. Sebab itu aku enjoy sgt dgn trip ini...muka berbelang pun aku tak kisah..hehehe.


ikutkan hati aku tak mau pakai life jacket....ringan sikit nak berenang. Masa ni air tak berapa jernih...ikan pun kureng. Baru perasan sebab kami terlupa nak bawak roti bagi makan ikan.


tu diaaa.... Finding Nemo at Perhentian Island


masa ni baru lah semua orang dah turun ke laut. Pelampung tetap ada uolssss.....


Gambar kanan tu Mizi duk tengah bagi briefing camana nak apungkan badan ketika snorkeling....hehehe yolah tu.



Nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Azim sebab underwater camera kepunyaannya sangat menjadikan trip ini bertambah happening. Tanpa camera itieewwww mesti boringkan. Cuma frustnya camera tu banyak makan bateri woooo. Cepat ajer nak weak dah. So, kami kena berpada-pada menggunakan nya untuk spare kat tempat lain pulak. Anyway....kelas camera kau maria!!!! ahaksss

Pada hari kami snorkeling ini...kami juga bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kiranya banyak point yang kami berhenti untuk snorkeling. Ikan memang banyak tetapi bila ikan tu nampak kami dia duk lari hehehe. Naper yea??? ohhhh baru tau...rupanya ikan tu akan jadi jinak kalau kami bagi dia makan roti. Roti memang ada tetapi lupa plak nak bawak. Mizi pun lupa nak bawak roti. So, snorkeling untuk petang tu ada kureng skit sebab tak dapat amik gambar ikan yang banyak dan cantik2. Tunggu esoknya...yang paling happening uolssss.
Aku teringat masa gi Pulau Redang tahun lepas. Pun aku terlupa nak bawak roti. Dalam beg aku cuma ada roti sambal bilis. Hehehe...sian ikan-ikan tu kepedasan makan roti bersambal ahaksss. Mizi ada pesan...jangan bagi makan roti yang dah expired sebab akan menyebabkan ikan tu sakit. Wahhhh dengar tu. Baguslah sebab orang yang duduk di pulau ni amat menjaga pemuliharaan alam laut. Cayalahhhh Mizi...




di mana ada camera dalam laut...di situlah aku ada...ahaksss.


dah puas snorkeling kat sini...naik atas boat sat amik nafas.....






masa ni aku tak pakai life jacket...sajer nak bgtau yang aku pandai berenang...ahaksss. Taklah bukan mcm tu...sebenarnya aku nak rasa feel tanpa life jacket. Kesimpulannya memang best cuma penat sikit sebab kita duk melawan karen dalam laut.


ni coral yang ajim amik gambar. Aku dah experience snorkeling di Sipadan dan Mabul...kat sana coral memang tak boleh lawan lah. Sangat berwarna-warni dan bercahaya. Memang tempat yang paling terbaik for scuba divers.


mcm ikan selar kuning....dia berenang seiringan....comel sangat


ikan ni banyak sangat....beriringan mcm baracuda pulak hehehe


betapa jernihnya air laut ini


ikan flower horn pun ada...sangat jinak dan penat aku mengejarnya....



habis dahh snorkeling....masa ni kami naik boat utk pulang ke chalet penginapan kami. Esok ada lagi satu snorkeling.


Cozy Chalet dalam pembikinan lagi....look so nice.





Lebih kurang jam 6.30 petang kami sampai semula ke tempat penginapan kami. Yang lain duk terus balik ke chalet tetapi aku, Azim dan Azuan terus ke swimming pool pulak. Tetapi pool ini ialah kepunyaan Arwana.....belasahlah. Takda sapa yang marah kami pun...hehehe. Agak ramai orang di dalam pool ini. Berenang kejap dalam pool dan then kami balik semula ke chalet.

Sekian untuk entry kali ini. Aku sambung lagi esok utk cerita selanjutnya. Nak tahu apa aktiviti malam kami di sini??? Tungguuuuuuuuuuuu..... :p





7 comments:

fatt said...

leez,
lama dah aku tak pegi perhentian ni. ada tak dia bwk p air berani? kat situ airnya sejuk sgt dan tak masin mcm air laut. ada tak pegi lighthouse sume tu?

@xiM said...

AIKKK GAMBAR CAM SAMA JER..HEHEHEEE..

eKa said...

enjoy kan... tp ye la... apalah maknanya kalu snorkel... muka tak burn...biarpun makan bulan nak kembali ke ton asal... rasa puas je setiap kali tatap muka hitam kat cermin..ehhehe...saya pun tgh tunggu proses pemutihan semula ni.tetttt...

Leez M. Saaid said...

fatt -

ada dia bawak kami pi air berani tu and lighthouse...tmpt ni terbaik byk coral cantik2. Aku lum sampai entry tu lagi hehehe...tungguuu.

Leez M. Saaid said...

axim -

yorlahh...gambar sama sebab cilok hang punya. Nak saman ke??? See u in court...ahakssss.

Leez M. Saaid said...

eka -

kalau muka tak tanned itu bukan snorkeling namanya. Camana pun sangat puashati gi perhentian. Wahhh u pun baru balik perhentian kan...ehsamalah kita. :p

yumishe said...

camera underwater tu brand apa ek?. recommended tak kalau nk beli?