Ads

February 9, 2011

Day 1 - Surabaya Trip - Kebun Epal, Strawbery, Markisa, Jeruk dan Jambu


Bersambung lagi....
Destinasi kami ialah ke Kebun Apel (apple ok !!)...actually bukan ada epal ajer malah ada juga strawbery, jeruk (limau), markisa dan jambu. Yang lain aku tak excited tapi yg paling excited ialah nak petik buah epal ya tuan-tuan dan puan-puan. Buah-buahan yg lain tu dah melambak-lambak kat Mesia ni.

Bila masuk ajer ke kebun ni...aduhh cantiknya. Penuh kehijauan dengan cuaca yg segar-bugar. Kami diperkenalkan dengan guide kami petang iaitu....entah apa namanya lebih kurang bunyinya Wofo...heheheh tal tau eden dia bangsa apa. Ngeh3. 2 orang cewek Malaysia ini dia layan dengan sangat bagus.....terkekeh-kekeh dia ketawa dengan telatah kami. Jangan tak tau...dia pandai amik gambar. So, kami dera dia cukup-cukup menjadi photograper kami...heheheh. Dengan 2 bijik DSLR dan 2 bijik compact camera.....pening cowok ni nak snap satu per satu.




Di sekeliling tempat ini di penuhi dengan tanaman bunga tasbih (betul ke?? aku main belasah ajer)....cuba korang tengok bunga-bungaan yang berwarna kuning, merah dan mcm-mcm colour lagi ni. Sangat cantik dan subur tumbuh di Kota Batu ini. Tanah di sini subur untuk tanamam buah-buahan seperti yang aku ceritakan tadi. Satu lagi adalah faktor cuaca juga. Kalau tanah subur tapi cuaca panas terik...hmmm idok ler menjadi buah apel tu.

Buah yang kami tuju dulu ialah buah markisa. Pernah dengar tak? Rasanya kat negara kita jarang orang tanam buah ni. Banyak kat Indon ajer. Ada yang panggil buah ni dengan nama nenen or buah susu. Nenen???? heheheh kalau tak caya cuba tengok bentuk buah ni...sebijik macam nenen atau panggilan yg lebih tepat payudara...ngeh3. Cara nak makan buah ni ialah kita belah dua dengan gunakan genggaman 2 tangan. Buah yang sudah terbelah dua....disedut terus masuk dalam mulut. Kalau buahnya warna oren maknanya buah tu manis dan sesuai untuk di makan. kalau masih hijau...aduhhhh masam. Tak rela mak nak makan.




inilah buah markisa.....berduyun-duyun tumbuh buahnya..


kulit luar warna hijau....maknanya isinya masam.

rupa buah markisa ini mcm nenen kan...heheheheh


Kebun yang seterusnya ialah buah strawbery. Hmmm...dah biasa tengok kat Cameron Highland. So, idok ler excited sangat yea. Buahnya pun tak banyak kerana bukan musimnya lagi. Masih kecil dan tidak begitu merah. Orang sini tanam strwbery dalam kampit seperti dalam gambar di atas. Lain sikit dengan yang ada kat negara kita.

Tengah sakan posing sana-sini, tetiba aku nampak ada sorang mamat ni datang ke arah kami. Dia membawa camera DSLR di sampingnya. Ooooo aku pikir mesti mamat ni nak joint kami dalam sessi fotografi. Maka dengan gediksnya kami posing sakan terbaring... terkentang... menonggeng.... macam-macam lah. Perasan model ler konon...ceh!!. Siap aku tegur mamat tu " ni kena bayar ambil gambar kami". Dia selamba senyum ajer. Ghopa-ghopanyaaaa..... siapakah dia?? nanti aku citer di penghujung entry ni yea.... :p



beginilah aksi gediks kami........sehinggakan menarik perhatian mamat misteri itiewwww....jeng...jeng!!!!!!!!!


buah strawbery yg tak berapa nak menarik



nampak tak kt belakang aku? siapakah itiewww?


sayur organik pun ada uols.....


satu lagi aksi gediks...jangan marah hahhh


dah mcm filem hindustan...sian Wofo jadi mangsa kami...ngeh3










dua orang cewek gediksss


pompuan ni pantang jumpa bunga......mesti nak posing :p


tadaaaaa.... inilah dia pokok apel yg sedah berbunga....lain musim baru tumbuh buah....


yang ini pulak kebun satu lagi....buah epal dah tumbuh dan boleh dipetik tapi tak banyak buahnya. Untuk pengetahuan anda, ada 4 jenis buah apel yg ditanam di sini. Setiap apel tersebut mempunyai rasa yang berlainan. Manis tauuuuu!!! kenyang kami makan.


specis apel yg manis...entah apa namanya

ni plak specis lain....


ni specis yg sama seperti di atas


dan lagi.....




jangan marah...si Wofo potongkan buah epal untuk kami sampai berbijik-bijik. Patutnya hanya dibenarkan petik 2 biji seorang. Hehehehe.....


tengok tu aksi gediks kami di samping pokok epal


buahnya kecik ajer......


walaupun buahnya tak banyak...tapi aku tetap puashati dan teramat gumbira




Kebun seterusnya ialah buah jeruk pulak atau buah limau. Kat Indon depa panggil jeruk ya tuan-tuan puan-puan. Sungguh banyak buahnya dan berduyun-duyun tumbuh. Walaupun buahnya berwarna hijau tetapi isinya warna oren dan manis. Menurut Wofo selalunya mereka gunanyak jeruk ini untuk membuat juice dan dibotolkan sekali.

Sakan bergambar sana sini dan tidak perasan kami mengambil masa yang lama membelek segala jenis buah-buahan ini. Belum lagi gi tengok buah jambu. Tapi takpa....Wofo sporting menanti dan melayan kerenah kami yg sangat ceria dan gediks itiew.


jeruk in the house




sila tengok buah jeruk ini...sangat mengancam kan...manis hokay!!!!




mesti korang nak tahu Wofo ni macamana orangnya......tu dia berposing dengan aku...ngeh3.
Maaf syg, i gediks skit masa ni....harap u tak jeles yea...hehehe.

ni plak pokok buah naga.......tak nampak pun buahnya...


Penat betul masuk kebun-kebun ni.....turun naik bukit pancit wehhh. Kami ke kebun buah jambu plak. Aduhhh jauhnya nak berjalan. So, kami berehat sebentar sementara menunggu di Wofo memetikkan buah jambu untuk kami. Aku mcm tak berapa excited nak tgk pokok jambu sebab kat negara kita pun manyak hokay.

Sekali bila Wofo belah dua buah jambu/guava tu. Tu diaaaaa warna pink dalamnya. Memang jambu specis untuk buah juice. Aku jamah sikit tapi tak habis pun sebab tak minat sangat. Rasanya memang manis weiii. Ni jambu jenis kualiti bagus aku rasa.

ni pokok dan buah jambu yg sangat lebat tumbuh.....




tu diaaa....warnaya pink dan sangat manis


satu lagi aksi gedik...harap jgn menyampah okay!!!!




Jalan dan jalan lagi.....kami pi ke kebun bunga plak. Ada macam-macam jenis bunga...ada bonsai, pokok buluh dan bunga entah apa lagi. Masa ni aku dah penat yg amat dan masa amik gambar pun ala-ala ajer. Mcm nak cari katil dan tidur..hehehehe.

Nak balik ke hotel kami tu...kena mendaki sikit....aduhh pancit. Tapi keseluruhannya aku memang puas sangat dengan trip ini. Dalam masa satu hari ajer macam-macam benda yg kami buat dan sangatlah berbaloi. Harap tidak jemu melihat aksi-aksi gedik aku tu...sajer jer.


pokok bonsai byk di sini




masa nak kuar...kami berhenti jap di kedai sourvenir yg dekeluarakn oleh pihak hotel ini. Hmmmm tak beli apa pun sebab aku tak jumpa FM pun di sini. Barangan lain pun macam tidak menarik langsung.



Oh yaaa... lupa nak citer. Pasal siapakah mamat misteri yg bawak DSLR itu? Dia dok meriya-iya mengambil gambar kami ...ada maksud rupa-rupanya. Entah gambar apa yg dia ambil...pastu dia print dan boleh plak jual kat kami. Masa kami dah nak balik...tetiba dia datang ke arah kami dengan motornya. Dia jual dengan harga Rp25,000 sekeping. Mulanya malas nak beli tapi mcm kesian...akhirnya aku terbeli gak. Udah ler aku tak suka dengan pic tu...hmmmmm.

2 comments:

Azian Elias said...

Salam Leez,

dah lama betul akak tak singgah umah leez ni.. Sal nak wat n3 pun malas. Ari ni tgk, eee..bestnya.. Segar2 nampak kat gambar tu.. Teringin akak nak p.. Nak plan lah..hee

Alin Marlini said...

sgt comey kak leez pakai tu...hehehe