Ads

February 22, 2011

Day 2 - Surabaya Trip : Ayam Penyet Ria, Novotel Surabaya & Tunjungan Plaza



Ayohhhh...bersawang dah blog aku ni. Sangat bercinta nak update skrg ni. Kemalasan melanda diri ini. Satu lagi lately ni sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Maaf yea semua!!!

Ok aku smbung lagi cerita Surabaya ini.
Ketika ini dah dekat jam 5 petang hokay. Sempat singgah bakery untuk membeli kek Surabaya yg aku sangat suka itu. Sib baik Pak Marji pandai mencari bakery yang sedap. Dan sangat menyesal aku beli satu kotak sahaja...haisssshhhh!!!

Pastu kami mencari rumah makan untuk lunch pulak. Apa???? lunch???? Yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian.....jam 5 petang baru lah nak lunch. Aku ada bgtau Pak Marji kami nak makan makanan sunda...yg menjadi favourite aku. Akhirnya kami terdampar ke rumah makan Ayam Penyet Ria....oklah tu aku suka gak. Perut lapar giler masa ni uolssss......sila tengok yea makanan kami itiew. Overall aku rate makanan di sini sangat sedap i likeeee :)

di dalam restoran ini....tak ramai org sebab ketika ini petang sapa lah nak makan nasi kannnn


aku order cendul and catz order alpokat....


ayam penyet yg sangat sedapppppp....


ni plak....sayur pecel...pun sedapppp!!!


kuah soto.....pekat!!!




muka ku berminyak ketika ini.....penat dan lapo kannnnn....,.



Lepas dah makan semua.....kami pun beredar untuk check-in hotel pulak. Kami dah booking awal melalui online. Kami stay di Novotel Surabaya. Memang puashati duk sini sebab hotelnya style resort dan memenuhi percutian kami yang sajer nak bersantai dan bermalas-malasan di hotel.

Cantik sangat hotel ini dan servicesnya pun sangat bagus. Highly recommended for those ppl yg nak bercuti ke sini. Ratenya pun tidaklah mahal mana...not even touch RM200 untuk satu malam. Kami stay di sini untuk satu malam sahaja dan esoknya dah nak balik. Tapi esok pagi kami memang free tidak kemana-mana...just lepak dan golek-golek di hotel.


deluxe room


bathroom yg cantik



tengok tuu...siap ada yoga untuk hotel guest...pic taken frm our hotel balcony


cantik kannn




Malam tu selepas bermandi-manda semua, kami keluar lagi. Kali ni, kami nak pi ke shopping mall paling besar dan top di Surabaya iaitu Tunjungan Plaza. Besar giler dan memang boleh sesat. Bangunannya bersambung-sambung. Orang punya ramai tak hengat. Kalau tanya aku.....taraf mall ni macam apa? Tarafnya macam KLCC tapi lagi besar tauuuu! Barangan yang dijual adalah berjenama sungguh. Aku tak sangka orang Surabaya ni ramai gak yg kaya-raya. Kalau gi fast food restaurant sentiasa penuh dengan manusia.

Jeng jeng jeng tetiba aku ternampak kat ruang legar punyalah ramai manusia bertenggek di setiap level. Ghopanya kat ground floor tu ada show dari artis terkenal. Aku try masuk dicelah-celah manusia yang ramai tu...perghhhh still tak boleh. Bila aku dengar lagu yg didendangkan......mcm biasa dengar ajer lagu tu. Peminat dah menjerit-jerit bingit. Happening siuttt kat sini. Teruja plak aku. Sempat tanya orang kat sana sapa tu? Jawapannya : Afgan.... hahhhh betul seperti jangkaanku. Heheheh....malas nak rebut-rebut kat situ....aku pun blah.

Perut dah lapaq ni.
Jom makan bakso lagi...sebab semalam mcm tak puashati pekena bakso meleset tu. Kami pi food court kat sana. Cantik siuttt tempat ni...memang kelassss. Catz beli bakso dan aku tumpang sekaki suap beberapa sudu ajer. Actually aku mood takda malam tu...sebabnya???? adalahhh......ia melibatkan hati dan perasaan dengan org kt Malaysia. Entah kenapa hati tetiba tak tenteram dan merajuk..heheheh.





Dah makan bakso....kami jalan-jalan lagi nak pekena es-teller plak. Tadi mcm ternampak ada satu restoran Es Teller 7.... byk cawangan restoran ni. Dulu masa aku gi Melbourne pun pernah singgah cabangnya di sana. Kami pekena Es teller yg sedap di sini. Beli satu ajer dan share berdua. Dalam Es Teller ni ada pelbagai campuran buah-buahan iaitu nangka, avocado dan kelapa. I likeeeee.

Tetiba perut ni rasa lapar lagi...hehehe. Kami pi pekena Pizza Hut plak. Terus terang cakap...aku memang enjoy makan Pizza Hut kat Indon. Banyak choice and tak macam kat negara kita. Bukan nak makan pizza pun sebenarnya...tapi kami nak makan benda lain yg ada kat Pizza Hut tu. Nak tengok apa yg kami makan...jom tengok bawah ni.


ni dia es teller yg sedap itieww


Pizza Hut in the house...enjoyyyy giler aku masa ni


choice aku and also my favourite..... fettucini carbonara...sedap gilerr


Catz pilih yang ini....pun sedapppp.


inilah makanan kami...




aku dah citer hari tu kan pasal camana aku boleh terjumpa Afgan di lobby hotel kami. Malam tu aku tidur dengan nyenyaknya sebab dapat berjumpa dan ngobrol dengan artis pujaanku dari Indonesia....Afgan in the houseeee!!!!!!!!



3 comments:

kasihredha said...

bestnya es teler tu kan...huhu

Azian Elias said...

I love Indonesian food. Seronokkan kalau ke Indonesia. Frust betul makan di Phuket. Nanti akak nak baca balik N3 Leez pasal Surabaya.

Anonymous said...

Salam, saje google cari info surabaya nxt january ada trip ke sana..nak tanya pak supir tu amb dari agent mana? Sehari charge brapa? X ke bromo ke? Tq