Ads

February 28, 2010

Teater Muzikal "ANTARA ..." @ Istana Budaya



Pada hari Khamis malam yang lepas aku menghadiri pra-tonton teater muzikal "Antara..." di Istana Budaya bersama Kak Rose. Lepas habis kerja terus cabut ke Istana Budaya. Traffic jem ke sana jangan cakap ler..perhhh menahan kesabaran aku. Teater hari ini ramai dihadiri oleh wakil dari media.

Walaupun aku tension dengan keadaan traffic jem tadi tetapi setelah menonton teater ini aku merasakan kepuasan yang amat bernilai. Teater ini mempunyai unsur-unsur keinsafan dan dakwah. "Antara..." diterbitkan sempena menyambut Maulidur Rasul dan ini merupakan teater ketiga yang diterbitkan oleh Erma Fatima untuk menjunjung serta mengingati perjuangan Rasulullah SAW.

"Antara..." juga antara lain mahu membawa masyarakat melihat dan merenung kehidupan manusia kini yang sudah makin jauh tersasar dari landasannya. Ia dibintangi pelakon handalan tanah air seperti Fahrin Ahmad dan Nasha Aziz yang memegang watak sebagai Adam dan Hawa. Alahai kejap ajer part dorang berdua ni. Tetapi lakonan yang paling bagus sudah tentulah yg memegang watak sebagai 'Syaitan' dalam teater ini iaitu Azahan Rani. Memang sangat superb and beliau berjaya membawa watak itu sangat berkesan.

Penyanyi-penyanyi popular yang terlibat dalam pementasan teater arahan bersama Ellie Suriaty Omar ini ialah Jamal Abdillah, Ziana Zain, Hattan, Iqwal, Wana serta Azlan & The Typewriter. Yang pastinya, gabungan nama-nama besar dalam bidang lakonan dan nyanyian itu membantu memantapkan lagi perjalanan cerita "Antara..." yang banyak mengundang keinsafan dan kesedaran.


dengan officemate aku, Kak Rose
watak syaitan lakonan Azahan Rani...gambar atas ni aku curi-curi snapping...
Hattan nyanyi malam tu.....lagu2 dakwah yg berunsur keinsafan
alahai abg Jamai...pun best....menghayati sungguh...nyanyi 4 lagu malam tu
Ziana Zain ..... pun ada malam tu

persembahan terbaik malam tu sudah tentu daripada Azlan Typewriter...dulu dia ni penyanyi Meet Uncle Husein...best giler vokal dia......sangat mantap!!!!!... ishhh jatuh cinta plak dgn vokal si Lan ni..huhuhu



barisan pelakon teater yg memegang watak Syaitan dalam teater ini....sgt mantap

beramai-ramai melafazkan pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...


lafaz pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW diketuai oleh abg Jamal..


ketika ini semua hadirin bangun...sangat menginsafkan....Nasha menangis!!!

Hattan pun turut menitiskan air mata...

Ziana, Jamal, Azlan dan Nasha.....

anak Hattan duk belakang aku...

berborak jap dgn Umie Aida....

masa nak balik jumpa Nana and Sein....

koreografer Ray Sehati Berdansa yang lepas......



p/s - Lepas ni tak sabar nak tengok konsert Amy Search plak kat IB.....


6 comments:

RunWitMe said...

Nice pics. So near the stage. I am sitting at the grand circle nun di atas sana.

Please check out my pics here.

http://runwitme.blogspot.com/2010/02/muzikal-antara-photo-tribute.html

Leez said...

RunWitMe -

Thanks for dropping by.
Wahh....yours nice pic too!!!

sepul said...

ooo kak leez masuk IB tak mandi yea

Leez said...

Sepul -

Dah mandi lah...kat opissss!!!

MOLY said...

meriah u olsssss !!!
:D

!eNa PnG said...

wah... beshnya...:D tingin nak p..