Ads

February 10, 2010

Pokok Tumbang


I'm back!!!

Lama rasanya dah tak update citer-citer kat blog ni. Aku baru balik dari Melaka semalam. Penatnya yang amat. Setiap malam tidur kul 2 pagi dan bangun kul 6.30 pagi. The whole day ada sessi presentation dan lempas otak. Sampai ngantuk-ngantuk aku. Malam pulak penuh dengan segala mcm aktiviti....ada BBQ dan balik hotel gi mandi swimming pool lak...sampai kul 1 pagi. Besttt sangat!!

Aku dah jumpa kawan-kawna baru. Belum begitu mesra lagi....ada juga yang aku dah cepat mesra. Pelan-pelan yea. Jangan tak tahu, ramai yang terkejut dengan umur aku. They said i look younger than my age. Huhuhuhu...awet muda gitu. Apa rahsianya?? Takda rahsia...kena sentiasa senyum, gelak, ketawa....huhuhuh. Nanti aku tunjukkan gambar2 aku kat sana.

Nak citer sikit pasal kejadian pokok tumbang di area office aku minggu lepas. Pergghhhh ngeri tengok. Alhamdulillah kereta aku tak kena apa-apa. Aku parking jauh sikit hari tu. Kebetulan our parking area ditutup untuk beri laluan kepada jualan gudang. So, kami kena parking kat luar kawasan office di tepi jalan bawah pokok-pokok. Petang tu pulak hujan lebat angin bertiup kencang. Masa tu rasa dah lain macam bila tgk pokok bertiup kiri kanan cendong 90 darjah. Betul apa yg aku duga...akhirnya tumbang gak pokok2 tu. Ada 2-3 orang my officemate yang menjadi mangsa. Habis kereta kemik di hempap pokok.

So, ambil perhatian kepada DBKL, tolonglah jangan tanam pokok yang memberi risiko tinggi kepada kereta kami pengguna jalan raya. Tolonglah tebang pokok-pokok yang dahannya mudah patah ditiup angin. Sangat merbahaya dan menyusahkan kami ni. Tak payahlah tanam pokok-pokok jenis yang mudah patah dahan ni. Tak pasal-pasal kawan aku terbang RM500 membaiki keretanya yang rosak kemik sana sini.

Tengoklah gambar ini wahai kawan-kawan......






2 comments:

!eNa PnG said...

alahai..sian nya kawan akak..:(

Leez said...

Iena -

Tulah kesian kan. Dengar kata dia nak claim kat DBKL. Memang patut pun..kannn.