Ads

February 15, 2010

Jogging @ Taman Tasik Ampang Hilir



Baru 2 kali aku luangkan masa untuk berjogging di Taman Tasik Ampang Hilir ini. Hanya hujung minggu yang aku sempat. Aku baru perasan tempat ini setelah sekian lama aku duk lalu lalang di tepi Highway MRR2 tu. Kebetulan pulak ada member yang rajin nak ajak aku joint jogging sekali. Thanks Sarina sudi jadi temanku untuk keluar berjogging.

At least aku ada aktiviti petang untuk mengeluarkan peluh di hujung minggu. Tempat ni best lah. Memang sesuai untuk berjogging. Ada trek untuk jogging dan alatan untuk menegangkan segala otot seluruh badan. Boleh tahan ramai gak orang yang berjogging, saja jalan-jalan, berkelah tepi tasik dan rekreasi bersama anak-anak di taman permainan.

Jom tengok gambar-gambar yang aku sempat snap kan. Sambil jogging bawa kamera..hehehe.


taman permainan kanak-kanakSarina begitu sakan berjogging.....
trek untuk jogging

petunjuk untuk ke gerai makan dan surau
ni gerai makan....


di sebalik highway MRR2.....nampak tak lori tu
pokok untuk memberikan suasana redup ketika berjogging

jom regangkan segala otot


suasana kehijauan di petang hari

di sebelah kanan boleh nampak kawasan perumahan

permandangan kondominium di tepi tasik


ada gak sepasang pengantin sedang berposing di tepi tasik ini

pohon-pohon yang redup




nampak tak rumah banglo ni di tepi tasik....sangat cantik...

bayangan kondominium di tasik...



buat pusingan bulatan di sini
sejambak bunga putih menjadi hasil tangkapan si pemegang kamera

oh indah sekali...

tiba-tiba nampak si gadis ini sedang berjogging

rupa-rupanya ni cousinku, Yat...terjumpa plak kat sini.....hahahaha apa lagi posinglah kami..


2 comments:

!eNa PnG said...

hehe wah... memang nak p singgah sini.. tapi lom berkesempatan hehehe..

Leez said...

Iena -

Ada masa tu singgah ler ke sini. Tempatnya best.....