Ads

February 10, 2010

New Born Beloved Nephew.... Emran Damien Zarief !!!!




Tahniah tu my bro Idham and Alya....
Alhamdulillah bertambah lagi zuriat keturunan Allahyarham Haji Mohamed Saaid dan Hajjah Sariah lahir di dunia ini. Ini lah dia anak buah ku yang baru lahir semalam. Beratnya 2.8 kg. Sangatttt comel ok!!! Rambutnya lebat, kulitnya mulus dan bulu romanya wahhhh mcm adik aku...sangat lebat..hehehehe. Memang betul-betul ikut keturunan belah arwah papaku.

Aku dapat letak satu gambar aje. Nanti aku letak lagi banyak-banyak kat sini gambar dia senyum, ketawa, menangis dan tidur. Bestnnyaaa!!! Aku sangat excited dapat anak buah lagi.....waris harta ku... Insya Allah.

Namanya sangat panjang iaitu Emran Damien Zarief. Penat nanti nak isi borang nama panjang sangat. Aku lupa plak nak tanya adik aku apa maknanya. Kami sekeluarga begitu excited dengan kelahiran Damien. Lepas ni aku akan menjadi seorang yang busy melayan anak buah coz anak buah ni tinggal di rumahku.

Bulan depan pulak akan lahir lagi seorang anak buah iaitu anak kepada adik lelakiku yang kedua. Pun baby boy gak....hmmmm ramai tul anak buah lelaki. Mamaku sangat excited terima cucu...yelah buat mengisi masa lapangnya mengendong cucu.

Masa aku gi Europe 2 bulan lepas, aku yang terlebih excited membeli baju baby kat sana....Mr M tersenyum aje. Ada lah juga beberapa pasang baju yang aku belikan untuk kedua-dua anak buah baru ni. Jangan tak tahu...botol susu pun aku sempat belikan tau...Amsterdam mari gitu!!!!


4 comments:

che'Burn@che'Qis said...

congrats kak leez!!seronoknye tgk baby tuh!!!comellll!!!!

Leez said...

Burn&Qis -

Thanks. Kak Leez excited mcm dpt anak sendiri plak. Hehehe.

Ehem...awak bila lagi? Ada good news?? Sabar yea...usaha lebih keras lagi yea.

MOLY said...

kak leez .. congratsss !!
bertambah lagi anak buah lelaki dalam family

kiutnyaa .. geram tgk !!
can't wait to have mine
:D

Leez said...

Moly -

Thanks Lily,
Yelah bertambah anak buah lelaki.
Lepas ni ada sorang lagi...pun lelaki.

Sabar yea lily...baby dalam perut tu pun dah tak sabar nak kuar tgk ibu dan ayahnya...heheheh