Selesai sudah meraikan majlis perkahwinan Encik Sepul n Nita. Kami meneruskan perjalanan lagi dan kali ini kami nak ke Penang pula. Nak pi jalan-jalan cari makan. Nak pekena nasi kandaq noo!!! Satu lagi hajat di hati nak pekena laksa Penang yang sedap.
Alhamdulillah ketika melalui Penang Bridge...perjalanan begitu smooth sekali. Ingatkan kot jem ke...cuti Tahun Baru kan....mesti ramai yang pi bercuti ke Penang. Lebih kurang jam 4.30 petang macam tu kami dah sampai seberang pulau. Nak cari laksa dulu. Before that ada cal 2-3 orang member Penang kot-kot boleh bagi idea mana nak makan laksa Penang yang best. Alaa.. semua yg direkemenkan, aku tak leh pi sendiri sebab tak tau jalan.
Akhirnya aku turun kat area Komtar. Adik aku kata kat sebelah bangunan Gama tu ada gerai laksa yang sedap. Dah jumpa tempat dan kami pun parking. Puaslah wat tawaf satu bangunan Gama tapi tak jumpa yang mana satu. Ada lah jumpa beberapa gerai tapi bukan gerai Melayu...banyak gerai Cina. Rupanya kat situlah juga terletaknya laksa yang sedap tu...tapi Melayu punya lah. Tetapi takda rezeki kami...gerai tutup hari ni. Sedihnyaaaa...kempunan nak makan laksa.
aku kat Komtar.....tingginya....dulu bangunan ni tertinggi di Malaysia..
Sebab frust tak dapat makan Laksa, kami terus pi Batu Feringgi sebab nak gi Hard Rock Cafe Penang. Malam ni malam minggu takut traffic jam kat situ. So, kami cepat-cepat pergi sebelum malam. Nanti nak bergambar kat situ tak cantik plak. Kami ni memang tak tau jalan ...main belasah aje ikut sign board nama Batu Feringgi. Jalan ok tak jem pun.
Akhirnya sampai gak ke Hard Rock Cafe. Fuuhhhh di hujung dunia. Memang bestlah tempat ni. Suasana tenang dan tempat ni cantik banget. Kami parking dalam kawasan ni. Posing sana sini...dengan pelbagai aksi. Niat di hati ke sini sebab nak beli baju HRC.
I'm here babe....HRC Penang ....
berposing di sini sudah semestinya....tapi kat HRC KL pun tak posing mcm ni..hehehe
all of us....pelbagai aksi...sangat comel
yg kat belakang tu Hard Rock Hotel...
masa tgh posing ni...kena tegur dgn security guard....tak bagi duduk di celah kangkang MJ..huhuh...sib baik sempat snap..
so, aku pun berdiri aje....
pakai baju HRC Paris dan berposing di HRC Penang..... anda jeles???
tak masuk dalam pun...sebab nak cepat balik...masing2 dah lapaq nak pekena nasi kandaq
nilah dia bangunan Hard Rock Shop
Then, after sudah membeli di sini, kami meneruskan perjalanan ke nite market pulak. Sebelah aje. Kami parking kereta kat depan sikit. Jalan di sini untuk mencari fridge magnet. Ini salah satu acara wajib tiap kali pergi melancong. Mesti dan wajib membeli fridge magnet. Yeaaaaa...aku dapat beli 3 buah FM. Benda-benda lain aku tak beli coz aku tak minat dan tidak menarik perhatian aku. Banyak barang-barang Siam lah. Mahal pulak tu. Siap tulis tak boleh kurangkan harga.. hmmm hai hai bai bai okay!!!
Kat sebelah tu ada bangunan Hard Rock Shop. So, kami masuk ke dalam untuk membeli t-shirt di sini. Biasalah aku ni....wajib membeli t-shirt di mana-mana destinasi HRC di seluruh dunia. Aku ni memang pengumpul HRC t-shirt. Tak banyak pun. So far ada 8 helai t-shirt daripada pelbagai negara. Masa gi Bahrain tahun lepas tak sempat membeli sebab sampai sana dah malam. Takut plak nak kuar malam buta pi HRC sana. Kejap aje coz esoknya dah nak ke Turkey plak. Memang rugilah....
Kat Hard Rock Shop ni aku membeli 2 helai t-shirt yang berharga RM85 sehelai dan short glass yang bergharga RM20. Satu helai lagi aku belikan untuk Mr M tersayang yang jauhhhh di sana. Lupalah nak bawak HRC card masa ni...kalau tak... dapat lah aku discount 10%. Aku beli t-shirt warna putih plak sebab aku suka dgn design nya...tapi yg ni Hard Rock Hotel punya design...takpalah...janji ada Hard Rock...dan cantik di mata aku.
Then, after sudah membeli di sini, kami meneruskan perjalanan ke nite market pulak. Sebelah aje. Kami parking kereta kat depan sikit. Jalan di sini untuk mencari fridge magnet. Ini salah satu acara wajib tiap kali pergi melancong. Mesti dan wajib membeli fridge magnet. Yeaaaaa...aku dapat beli 3 buah FM. Benda-benda lain aku tak beli coz aku tak minat dan tidak menarik perhatian aku. Banyak barang-barang Siam lah. Mahal pulak tu. Siap tulis tak boleh kurangkan harga.. hmmm hai hai bai bai okay!!!
Kejap aje kami kat sini. Then, terus balik ke bandar Georgetown. Kami nak pekena nasi kandaq pulak. Mana lagi ....sudah semestinya ke Nasi Kandar Line Clear. Aku tiap kali ke Penang mesti singgah sini punya. Tapikan sebab masa sampai tu dah malam...aku dah terlupa ikut jalan mana. Landmark aku senang aje...aku kena cari Balai Polis or Pasar Chowrasta. Tapi malangnya aku tak jumpa. Dah malam aku tak cam jalan. Kami dok berpusing-pusing kat Komtar tu aje. Akhirnya tanya orang...sib baik ada mamat India naik motor ni tolong hantarkan kami ke situ. Baiknya hati dia...timakasih yea!!!
Sebelum tu aku dah call blogger Buzu untuk datang ke Line Clear jumpa kami di sana. Buzu ni orang Penang dan dia juga follower blog aku. Sorry kepada follower blog aku sorang lagi Bro Rosli yang aku tidak berkesempatan nak jumpa dia di Penang. Sempat call dia aje. Lain kali kita jumpa yea. Kat Penang ni memang ramai blogger macam aku dan yg juga follower blog aku. Kalau u all rajin tegur i kat my blog.....tak mustahil i boleh mengunjungi kalian di mana-mana. Insya Allah.
Kepada blogger Axim...sorry tak berkesempatan nak jumpa. Patut kena call dia after dah habis makan nasi kandar tu. Tetapi malang dan sedihnya handphone aku dah habis battery. Geng-geng lain plak takda Axim punya hp number. Tulah...takda rezeki jugak. If not...boleh kita lepak-lepak kejap kan. Hang datang KL...message i nanti kay!!!
Kami terus balik after that. Sampai KL jam 4 pagi gak. Terima Kasih kepada Che Burn yg memandu sepanjang perjalanan balik. Bestlah trip ni. Dalam masa 2 hari kami dapat cover 3 tempat penting dengan pelbagai aktiviti. Best lah sesekali trip macam ni. Thank you guys my beloved blogger friends.....our next trip ke PD for BBQ and Singapore kayy!!!! Jangan lupa!!!!!
4 comments:
leez,
kenapakah tiada gambar nasik kandarnyaaaa..
catz pun everytime ke png akan mkn di situ..saya bukanplah penggemar nasik kandar, tapi tataw napa..mcm kalau ke png tak ke situ tak sah gitu..nasi+ ayam besar...and extra popodum..
PD for BBQ and Singapore???jgn lupa roger if free nakk joinnn....hehehe
Catz,
Lupalah nak snap nasi kandar tu...sebab terlalu lapaq sangat sampai terlupa..huhuhuh.
I pun bukan penggemar nasi kandar tapi bila sampai sana seperti memanggil2 pulak singgah ke Line Clear. Macam ada pelaris plak kan..hehehe.
Buzu,
Jom! Jom!
Gi PD Insya Allah awal bulan March and gi Singapore awal bulan April...so senang2kan diri anda yea...
Post a Comment