First nak citer pasal makan-makan dengan Maksu dan Lily kat Satay Station Kg Pandan. Actually tak plan pun. Tiba-tiba aje Maksu tu ngidam nak makan satay katanya. Macam org mengandung plak yea mengidam ni. Hanya kami bertiga sahaja sebab kami aja yang free malam tu. Yang lain ada yang kerja malam dan ada hal lain. Sorry Song, dah dua kali perjumpaan you takda.
Patutnya Sepul nak joint sekali malam tu tetapi dia kata tak sempat pulaknya. Dah lewat malam katanya. Sambil tu nak transfer gambar-gambar yang kami posing dengan artis malam sebelumnya ke dalam my pen drive. Semalam tu pakai camera canggih Maksu. I tak guna my camera pun. Malam tu kami makan seperti biasa menu yang ada satay dan mee rebus yang meletop. Borak macam-macam benda. Apa bendanya? Oooooo itu rahsia kami bertiga. Huhuhu. Sorry yea kengkawan, tak dapat nak kongsi citer kat sini.
Lepas balik daripada makan-makan tu, i pi jumpa my dear kat Legend Hotel. He was in KL for a week. Pi temankan dia makan kat Kg Baru...aduhhh makan lagi. Kami makan nasi lemak kat sebelah Kelab Sultan Sulaiman tu. Borak-borak jap dengan dia coz esoknya dah nak balik ke negeri nya. He was here sebagai Perwakilan Pemuda di Perhimpunan Agung UMNO. Kali ni tak dapat nak jumpa lama coz he was soooo busyyyyyyy and look soooo tired.....sedih gak. Dalam pada busy tu masih sempat lagi pukul golf kat Glennmarie......hhmmmmm. Hari tu amik dia kat KLIA pun kejap aje jumpa. Lepas makan terus hantar dia ke hotel...borak sikit-sikit aje coz dia keletihan. Anyway, thanks dear for the nice white pearl... l like it!!!. Bertambah ler koleksi rantai mutiara aku....original hokay!!!!
Siapakah dia?? Itu rahsia aku...maaf tak dapat nak citer lebih-lebih kat sini. Shhhhhh!!!!
-------------------------------------------------------------------
Lepas balik daripada open house kat restoran my friend kat Subang Jaya tu, i terus gi LRT Cempaka menjemput my dear friend, Siti Hasniza. She came from Kuantan naik bas ke KL. She's the one yang akan bersama-sama ku terbang ke London next month. This is our last meeting before we fly to UK. Nak bereskan apa-apa yang patut di booking dan nak beli apa-apa yang patut dibeli untuk dibawa ke sana.
First destination we went to Queen's Park untuk tengok winter coat yang sesuai. Actually, Siti is planning nak beli winter coat kat sini. But, i prefer nak beli kat sana coz lagi byk choice, lebih murah and got my size some more. I cuma nak cari glove (dah ada tp nak tambahkan lagi koleksi), mafla, socks, winter cap and long john. Kedai ni murah sikit...dapatlah beli winter cap, long john, mafla and socks kat sini. Beli yang murah-murah aje. My dear friend kat London tu dah promise nak belikan i winter jacket kat sana. Thanks dear!!
Then, kami nak cari kedai lain pulak. So, we went to Berjaya Time Square. Kami makan dulu kat Penang Village. I order fried kueh teaw and Siti order fried rice with chicken. Biasa aje makanan kat sini. But the decoration is nice...like it.
dah lama tak buat peace....huhuhuh
ni dia my friend tu, Siti ...... very nice person...
Then, after dah makan, kami pi ke kedai Universal Traveller and Winter Time untuk mencari lagi winter coat for Siti yang belum jumpa yang berkenan di hati. Akhirnya Siti dapat juga membeli 2 helai coat...satu untuk jalan-jalan dan satu lagi nak guna masa snow kat Swiss. Ada discount 50%...bolehlah murah sikit. I pun terjebak beli juga jacket.....hanya RM95 after 50% discount. I beli lagi 2 helai mafla dan socks kat sini. Geramnya tengok fesyen winter coat yang cantik-cantik tetapi harganya punnnn cantik belaka. Tak beli ler. Beli kat sana ajelah boleh dapat GBP10-15. Murahkan!!!!!
Next entry i nak citer plak pasal my trip tu dan gambar-gambar barang yang i dah beli....
No comments:
Post a Comment