Ads
October 4, 2009
Open House @ UP&D Office
My office is at Taman Shamelin. But not located at corporate office. Just menumpang kat office anak syarikat. Wait till our new building siap. Bila tu? Entahlah. Yang best office kat Shamelin ni coz dekat sangat dengan my house about 10 minutes drive if tak jam lah. Eh...nak citer pasal Raya...tercerita pasal office plak yea. But still ada kaitan tuu....
Actually, last Friday ada Raya Open House at my office. They all wat open house, so my departmet pun tumpang sekalilah. Tumpang makan aje. Those yang hadir kebanyakannya ialah head of each department and anak syarikat, corporate client and their x-staffs. Meriah juga. Jemputan lebih kurang 250 orang. Semua staff pakai baju Melayu and baju kurung. Segan sebenarnya nak melawa pada hari tu. So, i pakai baju kurung raya beberapa tahun dulu yang i jarang pakai. Baju kurung yang kena dry cleaning memang i jarang pakai kat office. Pakai pi kenduri kahwin aje. Hehehe...malas nak selalu hantar dry cleaning. Pakai tudung simple aje... takda mengerlip semua.
Ada khemah 5 buah yang dipasang di tempat parking depan office. Para VIP makan di dalam bilik khas yang ada aircond. Makanan yang dihidangkan pun meriah juga. Ada lemang, nasi impit, rendang ayam & daging, mee soto, meehoon goreng, mee goreng, satay, rojak mamak, cendul, kueh-mueh dan buah-buahan. Memang kenyang giler tak larat nak makan semua.
Majlis bermula dari jam 1.30 tengahari hinggalah jam 6 petang. Tidak berhenti tetamu hadir. Yang sporting siap hadir dengan berbaju Melayu. VIP yang hadir ialah Datuk ZAM, our x-menteri yang juga x-chief editor di syarikat i bekerja.
Tak banyak gambar i snapping. Segan sebenarnya...hehehe. Nanti orang syak i ada blog. Takda sesapa yang tau about my blog. Hopefully lah!!! Kalau ada yang terjumpa...itu kira nasiblah kan. I just snap sikit-sikit. Itupun pakai hp camera aje.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment